Help Palestine [hidayahnet] Nak Tanya (^_^)!

2007-01-08 Terurut Topik noorzee yusop
Assalamualaikum wbt.

MOHON LALUAN DARIPADA TUAN MODERATOR

Saya ingin memohon pekerjaan dengan mana-mana majikan yang
ada kekosongan pekerjaan di kawasan Ampang, Selangor.
   
  Pengalaman kerja 4 tahun dalam bidang kerani admin.
   
  Sekiranya da peluang pekerjaan dalam bidang tersebut, tuan/puan bolehlah 
membalas balik email saya.
   
  Perhatian dari pihak tuan/puan amatlah saya hargai.
   
  Sekian, terima kasih
  (^_*)!!


 __
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Help Palestine [hidayahnet] ada vacancy?

2007-01-08 Terurut Topik noorzee yusop
Terima kasih pada Tuan Moderator kerana memberi laluan.
   
  Assalamualaikum buat teman yang dihormati ,
   
  Saya dikenali sebagai Nor ingin bertanyakan kepada semua member, sekiranya 
ada peluang pekerjaan sebagai kerani pada waktu terdekat ini di kawasan Ampang, 
Selangor. 
   
  Saya yang hanya mempunyai kelulusan SPM dan pengalaman kerja selama 4 tahun  
dalam bidang ini amat memerlukan kerja pada waktu terdekat ini.
   
  Sekiranya ada , tolonglah balas email ini.
   
  Sekian, terima kasih.(^_^)!

 

[EMAIL PROTECTED]


Re: Bismillah [hidayahnet] cerpen adik

2006-03-26 Terurut Topik noorzee yusop



sedih nyer tatkala membaca cerpen ini.."Zifri Baharudin"@yahoo.com wrote:  Assalamualaikum,     Cerpen: Adik      "“mak, Kenapa adik tak ada ayah? Kenapa ayah tinggalkan adik?”Emak bingung, soalan itu sering adik ungkapkan. Macam mana emak nak jawab. Adik faham ke kalau emak katakan yang emak dan ayah dah berpisah dan ayah dah kahwin lain. Nanti adik mesti tanya Kenapa emak dan ayah berpisah? Kenapa emak dan ayah Ee tak berpisah? Kenapa emak dan ayah Najlah tak berpisah?
 Kenapa emak dan ayah Fifi pun tak berpisah? Kenapa mesti emak dan ayah adik berpisah?Emak usap kepala adik.“adik, ayah tak tinggalkan adik, ayah ada, satu hari nanti ayah balik..” emak pujuk adik lembut-lembut. Adik senyum, tak sabar rasanya nak menunggu ‘satu hari’ itu. Selama ingat adik, adik Cuma lihat wajah ayah di gambar yang tergantung dibilik emak. Penat adik menggelamun, akhirnya adik terlelap.   Sedar saja adik dengar laungan azan subuh. Merdu dan mendayu-dayu. Adik bingkas bangun. Lama adik termenung. “sedapnya…satu hari nanti adik pun nak nyanyi nasyid macam tu..” adik tersengih dibelakang emak yang sudah siap bertelekung. “itu bukan nasyid sayang, itu azan, laungan untuk menyeru semua umat islam menunaikan solat”, emak membetulkan pengetahuan adik.Emak memimpin adik ke bilik air. Emak mengajar adik berwuduk. Mula-mula adik kena basuh tangan. Moga-moga dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh
 tangan gugur bersama air sembahyang. Lepas tu adik berkumur dan begitulah seterusnya.   Adik cari telekung, nak pakai cantik-cantik macam emak pakai. Emak tersenyum, tapi adik lelaki.. Emak mengajar adik bersolat. Bila selesai, adik tersenyum.“mak, mesti Tuhan sayang kat adik kan?” emak menggangguk. “mesti lepas ni Tuhan bagi balik ayah kat adik kan?” emak mengangguk lagi. Adik tersenyum puas. Wahh..Tuhan sayang kat adik, Tuhan tak sayang kat Ee, Tuhan tak sayang kat Najlah, Tuhan tak sayang kat Fifi. Tuhan sayang kat adik seorang saja. Adik tersenyum bangga.Pagi itu, seperti biasa adik ikut emak menjaja kuih. Keliling kampung adik berjalan mengikut emak. Ketika emak berhenti di kedai Long Gayah meletakkan kuih muih, adik berlari mendapatkan Ee, Najlah dan Fifi yang sedang bermain di tepi longkang.“nak main jugak,” adik tersengih menegur kawan-kawannya.“boleh, tapi kami main rumah-rumah. Najlah jadi emak, Fifi jadi kakak.Adik jadi ayah
 ye..” Najlah memberi cadangan. Adik tersengih dapat jadi ayah. Tapi macam mana nak jadi ayah, Adik tak tau apa peranan ayah.  “tak boleh…tak boleh..Adik tak boleh jadi ayah, sebab Adik tak ada ayah. Biar Ee jadi ayah, Ee ada ayah..”, Ee mula memberontak.Adik sekadar menggangguk. Jauh disudut hatinya, Adik sedih. Adik nak menangis, tapi cepat-cepat Adik teringat, pagi tadi Adik solat subuh, Tuhan sayang kat Adik, Tuhan tak sayang kat Ee.“Adik jadi mamak roti, sebab Adik hitam macam mamak roti,” Ee memberi cadangan.“Adik tak mahu jadi mamak roti, Adik nak jadi orang laung azan”.“mana boleh!” Ee memberontak. Ee tolak Adik. Bedebukkk!! Adik jatuh ke tanah. Adik tak mengalah, Adik bangun tolak Ee kuat-kuat. Bedebukkk!!! Ee jatuh. Ee menangis teresak-esak.“Ee bagitau kat ayah!” Ee gertak Adik. Adik diam. Adik nak bagitau siapa? Adik hanya boleh bagitau emak, tapi emak Adik tak boleh lawan ayah Ee. Ayah Ee kuat.“Adik bagitau mak!” Adik
 melawan.“ayah Ee kuat, mak Adik tak kuat!” Ee mengamuk“Adik Bagitau Tuhan! Mak kata Tuhan kuat tak ada siapa boleh lawan Tuhan!” Adik berlari meninggalkan Ee termanggu sendiri.  Adik menangis teresak-esak. “Kenapa?” soal emak lembut.“mak, Kenapa adik hitam macam mamak roti?” “mana ada hitam, kulit adik kan sama macam kulit mak.., kalau Adik hina kulit Adik maknanya Adik hina kulit emak juga, Tuhan marah tau..” Emak memujuk Adik. Memanglah kulit Adik macam kulit emak sebab emak, emak Adik dan Emak bukan orang melayu, Emak orang bangsa lain. Emak tinggalkan keluarga dan amalan nenek moyangnya demi sayangkan ayah. Sebab itu, emak tak pernah membenci ayah biarpun ayah meninggalkan emak sendiri. Kerana ayahlah, emak kenal agama Islam. Kerana ayahlah emak kenal Allah. Kerana ayahlah emak keluar dari kegelapan. Dan kerana ayahlah, emak ada Adik. Biarlah ayah tinggalkan emak tapi emak tidak akan meninggalkan Allah. Allah Yang Satu.  “mak,
 Kenapa Adik tak ada ayah?”Emak pening. Soalan itu lagi diulang-ulang. Emak Cuma diam merenung tanah.“Adik..,” Long Gayah menghampiri Adik dan Emak.“ walaupun Adik tak ada ayah, tapi Adik ada emak, betul tak?, Emak boleh jaga Adik lebih baik dari ayah Ee jaga Ee, kan??”, Long Gayah pujuk Adik. Airmata Adik disapu. Wajah Adik dielus lembut. Kepala adik diusap penuh kasih sayang.“mungkin kalau Adik ada ayah, Adik tak ada emak. Mana satu adik nak”, Long Gayah sambung lagi.“Adik nak dua-dua sekali”, jawab Adik tersekat-sekat.Long Gayah terdiam. Tak tau nak jawab apa lagi. Adik ternganga menanti jawapan Long Gayah. “Adik tau ayah tak sayang Adik, tapi Adik tau Tuhan sayang Adik sebab Adik sembahyang subuh pagi tadi, kan Long?”Long Gayah mengangguk. Ters

Bismillah [hidayahnet] CARI KERJA...

2005-12-15 Terurut Topik noorzee yusop



Assalamualaikum buat member-member yang dihormati,         Semenjak dua menjak nisaya lihat begitu ramai yang mencari kerja...     Dengan kesempatan ini saya juga amat memerlukan kerja kosong sebagai kerani di area Selangor terutama Ampang Jaya ..(dekat dengan tempat tinggal) ...     Semoga dengan jasa baik [EMAIL PROTECTED] semua.tolonglah send kat saya sekiranya ade keje
 kosong..     TIMA KASI!        
	
		Yahoo! Shopping 
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping 





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 








  
  
SPONSORED LINKS
  
  
  

Divine inspiration
  
  
Islam
  

   
  







  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.



  









Re: Bismillah [hidayahnet] Maklumat ini adalah benar?

2005-11-10 Terurut Topik noorzee yusop



Terima kasih atas info anda . Kalau tidak kerana info anda pasti kita tidak sedar bahawa perkara remeh seperti itu boleh mendatangkan kemudaratan.[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:

from a friend, wallahuallam
 
 
1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya    memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas    pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya    karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan    barah). Timun pula adalah anti-karsinogen. 2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C! Yang mana      anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja. Ini      termasuk pengambilan jus & buah oren.3. Bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh". Banyak orang Cina suka      makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke    (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu    sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.    Fakta diperolehi dari
 'Health Corporation of Singapore'. 4.Barah akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi  periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan   dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau   ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka   masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan   mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell,   L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan   lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-  satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.  Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan   jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini  tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan   bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada
 itu,    Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak)turut mengandungi bahan   yang sama untuk penghasilan busa. 5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,    koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3    hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil    paket yang seterusnya.    Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga    saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat    tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang    menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain    apabila dimasak.    Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC    (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang    mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak,
    jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau    disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee    segera.    Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari       untuk membersihkan wax dari sistem badan.    Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang    mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia    tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati    menghidap barah dan mati selepas itu.    Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan    sebagai makan untuk mendapat barah'. Kalau istilah James    Bond, 'Licence to kill!' 6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat kesebuah perusahaan    kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw
    minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan.    Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur    bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw      tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang    tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli    terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita    buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah      maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna    yang masih belum disedarkan lagi. Nor Hamizi Md. Amin Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia 11800 Minden, Pulau Pinang 


Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses. 
		 Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

 

 





--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 





  




  
  
  YAHOO! GROUPS LINKS



   Visit your group "hidayahnet" on the web. 
   To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] 
   Your use of Yahoo!