Assalaamu`alaikum
   
  Kisah-kisah seperti ini sepatutnya hendaklah disebutkan rujukannya
  Kalau hadis riwayat siapa?
   
  Pohon kerjasama

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
              TAUBAT SEORANG LELAKI     Suatu malam yang hening, kelihatan 
seorang lelaki berjalan-jalan di sekitar Madinah dalam keadaan lapar. Dia 
berhenti di luar sebuah rumah kerana terhidu bau makanan. Imannya belum cukup 
kuat untuk membuat pertimbangan yang waras dalam menyuluh tindak tanduknya. 
Kerana terliur dengan makanan itu, dia menyusup masuk ke dalam rumah tanpa izin 
tuan rumah tersebut. 
     Melihat makanan yang menyelerakan di satu sudut rumah, dia segera 
mencapainya. Tetapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata-kata yang 
didengarnya daripada Rasulullah s.a.w dalam satu majlis ilmu di Masjid Nabi 
siang tadi terlintas dibenaknya. Rasulullah berpesan, "Barangsiapa meninggalkan 
yang haram, dia akan mendapat yang halal." Mengingatkan kata-kata itu, dia 
tidak jadi untuk mengambil makanan tadi. Dia hendak segera beredar, tetapi ada 
godaan lain pula. Telah terlihat olehnya barang kemas. Kalau dia ambil, tentu 
tidak ada siapa tahu. Segera barang kemas itu digenggamnya. Namun sekali lagi 
niat jahatnya dimatikan. Teringat lagi dia kepada pesan Rasulullah s.a.w, 
"Tinggalkan yang haram, dapat yang halal." 
     Diletak kembali barang yang berharga itu. Haram mengambil barang milik 
orang lain. Namun, sebelum dia beredar...datang lagi satu godaan yang lebih 
besar. Dadanya berdebar kencang apabila melihat seorang wanita cantik sedang 
lena tidur di kamar peraduannya. Pintu kamar itu dilangkah masuk. Wanita itu 
dirapatinya. Tangannya menggeletar, peluh memercik membasahi tubuh. Nafsu 
membisikkan kata-kata indah untuknya. Berlaku perebutan nafsu dan bisikan 
kata-kata Rasulullah s.a.w, " Tinggalkan yang haram, akan dapat yang halal." 
     Akhirnya dia beristighfar dan perlahan-lahan beredar. Berkat pesanan 
Rasulullah s.a.w yang melekat di sanubarinya, dia berjaya mematahkan keinginan 
nafsunya. Kelegaan yang amat sangat terasa di hatinya apabila keluar dari rumah 
wanita tadi dan kemudian memijakkan kaki di Masjid Nabi. 
     Kerana berjaya dalam peperangan sengit mengalahkan nafsu yang mengajak 
kepada yang haram, dia diberi ketenangan yang luar biasa oleh Allah 
SWT.Seketika kemudian, subuh tiba. Selepas solat subuh berjemaah, lelaki itu 
merebahkan diri di masjid kerana terlalu mengantuk akibat berjaga semalaman. 
Apabila matahari telah meninggi, seorang wanita datang bertemu dengan 
Rasulullah s.a.w di masjid. Dia mengadu rumahnya dimasuki orang. Dia takut 
diganggu lagi, lalu memohon mendapakan seorang pengawal yang dapat menjaga 
harta bendanya. Setelah ditanya, rupanya si wanita itu seorang janda. Baginda 
memandang sekeliling kalau-kalau ada orang yang dapat menjaga wanita itu. 
Melihat lelaki yang sedang lena di suatu sudut masjid, baginda menemuinya. 
Ditanyakan siapakah gerangannya dan adakah dia telah beristeri. "Saya seorang 
duda," jawab lelaki itu yang hidupnya kurang terurus selepas kematian 
isterinya. Baginda bertanya apakah kedua-dua janda dan duda itu bersetuju untuk 
dijodohkan.
 Mereka berdua tersipu malu. 
     Kerana terharu dengan pilihan Rasulullah s.a.w dan teringat perbuatannya 
malam tadi, lelaki itu tidak dapat menahan diri daripada menangis lalu 
menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di rumah wanita tersebut. Lalu, dia 
bertaubat. Akhirnya Rasulullah s.a.w berkenan menikahkan lelaki dan wanita itu 
dengan disaksikan oleh para Sahabat. Demikianlah, berkat meninggalkan yang 
haram, dia mendapat yang halal sebagai gantinya. Kini, wanita cantik itu dan 
segala di dalam rumah itu menjadi halal baginya. 


    
---------------------------------
  Yahoo! Answers - Get better answers from someone who knows. Try it now.  

         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke