http://pakngah70.blogspot.com/2006/02/aqidah-akhlak-seorang-pejuang-teras.html

Rujukan: Mahmood Shith Khattab, Islam dan Kemenangan, Pustaka Ikhwan, Jilid 1, 1988

Oleh: PakNgah

Dunia hari ini mengukur kemajuan dari segi kebendaan, lantaran itu semua Negara termasuk Negara umat Islam begitu ghairah memperjuangkan pembangunan material. Dewasa ini kita melihat satu demi satu bumi umat Islam dirampas oleh penjajah misalnya Palestin, Afghanistan dan Iraq.

Persoalannya kenapa perkara ini terjadi?

Bahkan ada lagi negara umat Islam yang bakal diratah oleh kuasa kuffar. Satu demi satu 'tompokan bumi' gugur ke tangan mereka menjadikan kaum muslimin umat yang lemah dan daif kecuali bumi yang mempunyai penghuni yang tetap teguh kepada amalan Islam dan jihad fisabilillah.

Jika diukur dari segi kemajuan material bumi umat Islam tidak kurang majunya dengan Barat. Bukankah tentera Iraq adalah di antara tentera negara umat Islam yang paling hebat dengan senjata dan peralatan teknologi terkini berbanding Negara umat Islam lain? Namun dalam masa yang singkat ia ditumpaskan.

Apakah faktor teknologi merupakan satu-satunya penyebab utama untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu pertempuran?

Secara peribadi penulis berpendapat angkatan tentera yang dilengkapi dengan senjata termoden dan sophistikated tetapi tidak dilengkapi dengan aqidah dan pendididikan akhlak beterasakan tarbiyyah rabbani tidak akan berjaya. Ini dibuktikan oleh Mujahideen Afghanistan dahulu apabila dapat menewaskan komunis Russia.

Cuba kita lihat kata-kata Umar al-Khattab RA di dalam salah satu surat kirimannya kepada Panglima Islam ketika itu "Yang paling aku bimbang ialah dosa-dosa kamu".

Beliau tidak bimbangkan tentera Islam yang sedang berdepan dengan Kuasa dunia ketika itu iaitu Rom dan Parsi. Apa yang lebih membimbangkannya ialah dosa-dosa yang mungkin dilakukan oleh para mujahadeen kerana beliau cukup yakin bahawa orang-orang Islam tidak boleh menang dengan jumlah dan kelengkapan. Musuh-musuh Islam lebih ramai dan maju dari kelengkapan umat Islam tetapi umat Islam boleh menang dengan berpegang teguh kepada aqidah dan akhlak Islam.

Umar al-Khattab RA berkata "Hiduplah sederhana, maka sesungguhnya kemewahan itu akan menghilangkan nikmat".

Tidak lama selepas itu para mujahid Islam itu telah kembali menetap di kota-kota Islam yang lama dan baru, mereka telah menjadi kaya-raya setelah beberapa lama miskin, kebanyakannya telah mampu membina rumah yang besar dan cenderung hidup mewah.

Pada masa itu datang seorang Parsi baru ke Khurasan dan Khuffah, beliau sebelum ini telah menyaksikan negaranya menyerah kalah ditangan mujahideen Islam. Apabila beliau melihat anak-anak para mujahid Islam itu hidup dalam keadaan mewah dan makmur, berkahwin dengan wanita-wanita cantik, tinggal di istana-istana dan bermegah-megah dengan harta benda, katanya penuh kehairanan.

"Adakah anda yang telah mengalahkan negeriku?".

Tentu sekali tidak! Orang-orang yang mengalahkan negeriku sedikit sekali tidur malam, di akhir-akhir malam pula mereka bangun meminta ampun, dalam harta benda mereka ada hak bagi orang-orang yang meminta dan orang yang memerlukan.

Orang-orang yang mereka tinggalkan selalu melalaikan solat dan mengikut hawa nafsu, lalu di tangan merekalah bermulanya kejatuhan Kerajaan Islam.

Penulis akan menyambung lagi tulisan ini untuk melihat di masa akan datang untuk melihat di mana sebenarnya kekuatan umat Islam dahulu terutama generasi gemilang.

Wallahua'lam….



--
Posted by Pak Ngah to Bicara Bersama Pak Ngah at 2/03/2006 05:56:00 PM


--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"

PakNgah
http://pakngah70.blogspot.com/

Nazri's Download
http://S2930.homeip.net:8080/

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke