Assalamualaikum warahmatullah...

Saya sendiri pernah terima sms begini. Lepas tu saya reply "Cheap trick! I
can lodge a police report." Tapi sender ni dengan bangganya boleh jawa
"Nope. This is non-register.". Hm... Kalau iman dah tak ada, dah tak kira
halal haram. Mungkin dia fikir duit ni tak buat makan (kalau muslim la) dan
tak jadi darah daging. Betul la tu. Tapi dia buat untuk hubungi awek dia.
Cuba bayangkan apa taraf hubungan dia? Gunakan jalan yang haram.

Yang peliknya, ada sesetengah orang tak tahu tentang ni. Tentang airtime
sharing ni. So this one is consider serious memandangkan ramai yang dah
terkena. Harap² dapat disebarkan...

Wassalamualaikum warahmatullah...

-Abu Naqibah-

----- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 07/01/2006
03:38 AM -----
                                                                                
                                                        
                      "KHAMIS, Najiah"                                          
                                                        
                      <[EMAIL PROTECTED]          To:                           
                                                    
                      om.my>                          cc:                       
                                                        
                      Sent by:                        Subject:  AWAS: Penipuan 
keatas pemilik telefon bimbit                       
                                                                                
                                            
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                      06/30/2006 03:04 PM                                       
                                                        
                                                                                
                                                        



 Dah baca Harian Metro? Kalau belum, saya paparkan cerita mengenai penipuan
kepada pemilik telefon bimbit prabayar di bawah ni ( kes 2 ). Tapi sebelum
tu saya nak cerita tentang kes penipuan yang hampir sama ( rujuk kes 1 )
yang pernah berlaku kepada saya baru-baru ini. Juga saya paparkan mesej
yang
saya terima daripada kawan saya tentang penipuan yang tak pasti kepada
pemilik telefon bimbit prabayar atau pascabayar ( Kes 3 )

KES 1

1. No Telefon Bimbit                   : 013-3440257
Mesej                                  : Dear valued customer.RM70 will be
credit into your account.To activate type 7 and send to 10133440257. TQ

Tarikh Mesej diterima              : 26 April 2006

Masa Mesej diterima               : 12:49 pagi


2.         No Telefon Bimbit                : 019-9580629

Mesej                                       : TAHNIAH! ANDA TELAH TERPILIH
UTK MENERIMA RM50 KREDIT PANGGILAN PERCUMA DARI "CELCOM" SEMPENA (ULANG
TAHUN') SILA TAIP; 10 & HANTAR KE; 10199580629 (PERCUMA)TQ.

Tarikh Mesej diterima              : 10 April 2006

Masa Mesej diterima               : 1:00 pagi.



3. No Telefon Bimbit                   : 019-9993064

Mesej                                       : Penambahan baki akaun Xpax
Mid
Prepaid anda sebanyak RM5 akan diaktifkan akaun anda,dail 0193000910 atau
taip 5 SEND ke 10199993064.TQ.

Tarikh Mesej diterima              : 09 April 2006

Masa Mesej diterima               : 5:45 pagi.



4.         No Telefon Bimbit                   : 013-2798220

Mesej                                       : Anda mempunyai 9 pesanan
suara.Untuk mendengar mesej bersuara ini sila taip 9 dan htr ke 10132454709

Tarikh Mesej diterima              : 06 Jun 2006

Masa Mesej diterima               : 1:17 pagi.


Pernahkah anda menerima sms seperti di atas di talian telefon bimbit anda?
Saya dah menerimanya sebanyak 4 kali dan percayalah bahawa semuanya adalah
TIPU belaka. Untuk pengetahuan, sekiranya anda membalas kepada nombor yang
diberikan dengan menaip angka 10, 20 atau apa saja dan dihantar kepada
nombor yang bermula dengan 1, contohnya 10132454709, ini bermakna kredit
panggilan anda sebenarnya telah dipotong sebanyak jumlah yang anda taip itu
iaitu 10, 20 dsbnya, kerana telah dipindahkan kepada pemilik nombor
berkenaan. Angka 1 di hadapan nombor itu adalah angka yang telah disetkan
oleh pengendali telefon bimbit iaitu Celcom, Maxis dan Digi, sebagai angka
untuk memindahkan kredit panggilan.

Pada mulanya saya hampir terpedaya, tetapi nasib baik telah menerima
peringatan daripada kawan saya tentang perkara ini satu ketika dahulu. Apa
yang saya lakukan adalah membalas semula dengan kata-kata yang kasar di
samping menyelitkan sedikit nasihat berunsur agama kepada mereka ini.

Jika diperhatikan, banyak kesalahan tatabahasa seperti ketinggalan koma ( ,
), perkataan tidak dijarakkan selepas perkataan sebelumnya dan sebagainya.
Ini menunjukkan bahawa penipu ini main redah sahaja asalkan niat busuk
mereka tercapai. Dari situ juga saya dapat mengagak bahawa mesej itu bukan
datangnya daripada pengendali telefon selular sebab ayatnya banyak yang
salah.

Saya telah membuat aduan kepada pihak Celcom Careline dengan memberikan
kesemua nombor daripada pemilik telefon durjana tersebut kerana kebetulan
semuanya adalah nombor Celcom. Mereka berjanji akan menyiasat perkara ini
dan akan mem'block' nombor-nombor itu sekiranya terbukti benar pemiliknya
melakukan penipuan.

Berhati-hatilah terhadap penipuan yang licik ini.


KES 2

Dari Harian Metro 12 Jun 2006 Edisi KL : SMS curi kredit masa berbual

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Abdullah Wahab

KUALA LUMPUR: Selepas gempar dengan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS)
menawarkan bonus tambah nilai kredit palsu, penjenayah yang mencuri kredit
masa berbual (airtime) milik mangsa dikesan menyebarkan pula SMS
menggunakan
Bahasa Melayu sebagai taktik terbaru.

Penipu licik yang 'menjual' nama Celcom tidak lagi menggunakan SMS dalam
Bahasa Inggeris, sebaliknya menghantar pesanan menggunakan Bahasa Melayu ke
nombor telefon bimbit mangsa.

Antara ayat digunakan bagi meyakinkan pengguna khidmat talian prabayar
berkenaan ialah 'Tahniah anda telah menerima bonus sempena Fifa World Cup
06 sebanyak RM50 daripada Celcom, untuk mengaktifkan bonus anda sila taip
05 dan hantar ke 0139088308.'

Mangsa terbaru, eksekutif bank, Ghafar Mahadi, 27, berkata dia menerima SMS
berbahasa Melayu berkenaan kira-kira jam 8 malam kelmarin, namun menyedari
ia satu penipuan berikutan arahan menghantar nombor kod ke talian telefon
terbabit adalah kaedah memindahkan kredit prabayar yang diperkenalkan
syarikat telekomunikasi itu.

Menurutnya, penghantar jelas cuba memperdaya mangsa dengan menggunakan nama
syarikat Celcom serta kehangatan demam Piala Dunia 2006 sebagai taktik
untuk
mencuri kredit mangsa.

"Sekiranya saya mengikut arahan terbabit dengan menghantar kod 05 sudah
pasti saya akan kerugian RM5 yang ditolak daripada akaun prabayar saya.

"Saya minta pihak syarikat telekomunikasi terbabit menyiasat perkara ini
dan
mengambil tindakan terhadap pemilik nombor 013 9088308," katanya di sini,
semalam.

Ghafar berkata, dia yakin ramai lagi yang menjadi mangsa penipuan licik itu
terutama mereka yang tidak tahu mengenai perkhidmatan 'Airtime Share'
(pemindahan kredit) yang diperkenalkan syarikat telekomunikasi berkenaan.

"Ini satu bentuk jenayah dan individu yang melakukannya patut diheret ke
muka pengadilan.

"Mungkin ramai lagi individu yang terpedaya dengan taktik itu, cuma mereka
tidak mahu tampil mendedahkannya penipuan itu," katanya.

Sementara itu, Harian Metro cuba menyiasat perkara itu dengan menghubungi
nombor 013-9088308, bagaimanapun mendapati tidak dijawab sebaliknya terus
dihantar ke peti simpanan suara.

Nombor berkenaan dipercayai sengaja digunakan penipu bagi memindahkan
kredit
milik mangsa ke telefon bimbit terbabit sebelum dipindahkan ke akaun
prabayar telefon lain.

Dalam pendedahan Metro Ahad semalam, seorang kakitangan kerajaan, Zalina
Osman, 32, turut kehilangan wang RM8 termasuk 30 sen untuk caj perkhidmatan
berikutan terpedaya dengan SMS terbabit.

Dia yakin selepas menerima SMS kononnya menawarkan bonus tambah nilai
percuma RM80 bersempena temasya bola sepak Piala Dunia 2006 di Jerman.

Bagaimanapun tidak sampai lima minit dia menerima balasan SMS daripada
syarikat telekomunikasi itu yang mengucapkan terima kasih kerana
menggunakan
perkhidmatan pemindahan kredit berjumlah RM8 ke nombor telefon bimbit itu.

Sementara itu, dalam kes sama seorang pesara dari ada Georgetown, Pulau
Pinang turut menjadi mangsa, apabila kerugian RM10 selepas tertarik dengan
tawaran tambahan kredit telefon sebanyak RM50.

Mangsa yang menggunakan khidmat prabayar syarikat sama menerima SMS
daripada
nombor tidak dikenali yang mengucapkan tahniah kerana menerima kredit RM50.

Selepas mengikuti arahan dalam SMS itu, dia mendapati kredit asalnya
berkurangan sebanyak RM10 kerana ia dipindahkan ke akaun lain, selain caj
15 sen bagi yuran perkhidmatan.

KES 3

Jika anda menerima panggilan telefon dari seseorang dengan no.telp yang
tidak dikenal atau terdaftar di Tel. Anda, berkata bahwa dia
(lelaki/wanita) memanggil dari division engineering/teknikal sesuatu
syarikat atau salah satu vendor/operator cellphone yang ingin memeriksa
sambungan telefon atau signal atau dengan alasan apapun, dan selanjutnya
dia
berkata bahawa kita harus menekan key .. 90 atau ..09 atau nombor apapun
(boleh juga dengan kod huruf). cepat-cepat matikan/putuskan sambungan
telefon tersebut tanpa menekan key yang mereka minta. kerana ketika ini ada
penipu-penipu yang menggunakan peralatan canggih dimana jika anda menekan
key ..90 atau ..09 maka penipu-penipu tersebut dapat mengakses SIM card
telepon kita dan mereka dapat menggunakan line anda dan anda akan membayar
setiap panggilan yang mereka lakukan. sila forwardkan email ini kepada
semua
sahabat/teman anda untuk mencegah tindakan kriminal ini.

Jika anda menerima panggilan di telepon bimbit/cellphone dan layar
cellphone
menunjukkan/display seperti ini :

(XALAN).


JANGAN TERIMA SAMBUNGAN TELEFON TERSEBUT, SILA MATIKAN TELEFON ANDA DENGAN
MENEKAN KEY POWER(ON/OFF) CELLPHONE ANDA.

Kerana jika anda menerima sambungan telefon tersebut maka cellphone anda
akan terkena virus. virus ini akan menghapus seluruh IMEI dan informasi
IMSI
dari cellphone dan SIM card anda, anda selanjutnya akan terputus hubungan
sama sekali dari vendor/operator anda. (dimana anda harus mengganti
cellphone dan SIM card anda dengan yang baru).

Informasi ini telah disah dengan Motorola and Nokia. ketika ini terdapat
lebih dari 3 juta telepon bimbit/cellphone yang terkena virus ini. anda
juga
dapat membaca berita ataupun  informasi mengenai hal ini di laman web CNN.
SILA SAMPAIKAN PESAN INI KEPADA RAKAN-RAKAN WARGA SEKALIAN.

Saya bukan seorang pakar telefon, IT, kejuruteraan dan yang sewaktu
dengannya. Nak percaya boleh tak percaya boleh. Sekurang-kurangnya saya dah
laksanakan tanggungjawab sosial dengan menyebarkan maklumat ini. Sekian
wassalam.






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke