----- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 04/30/06
09:39 AM -----
                                                                                                                                       
                                                                                                                                       
                                                     To:                                                                               
                                                     cc:      (bcc: Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil)                           
                      04/29/06 03:19 PM              Subject: Apabila Ulama DiCabar                                                    
                                                                                                                                       
                                                                                                                                       




Production Tapis Delta/Pump
Tel: 09-8302000 Ext 7035/45/46.
Exxonmobil Malaysia Exploration & Production
Email :[EMAIL PROTECTED]

Apabila Ulama Dicabar .
Pada suatu ketika,  kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi
bernama Dahri.  Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam.
Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang
berhubung kait denngan ketuhanan.  Dicabarnya para ulama Baghdad untuk
berdebat dengannya.  Setiap kali cabarannya disahut,  hujah-hujah Dahri
tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama
Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.
Dari kejadiannya ini,  tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan
ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.  Lalu Khalifah
memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain,  kalau-kalau
masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri.  Akhirnnya wakil
Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari,  seorang ulama
yang tidak kurang juga ketokohannya.


            Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam
Hammad dan Dahri disegerakan.  Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di
Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad.  Sehari sebelum pertemuan itu
lagi,  Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.  Masing-masng
menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana
beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.


             "Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa
billahi aliyyil azim....!"  Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat
mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung.  Dia
beristighfar terus.  Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam
tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu.
Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam.  Ini
kes berat!  Hatinya cukup pedih.  Roh ketauhidannya bergelora.  Mahu
rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng
turut hadir dalam majlis iru.


               Keesokannya,  pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah,  murid Imam
Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya.  Namanya yang
sebenar ialah Nu' man,  yang ketika itu usiannya masih lagi remaja.  Bila
ternampak keadaan gurunya itu,  Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat
kepastian.  Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar.  Dalam pada
itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi,  lalu dikhabarkan kepada
muridnya itu.  Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.


               "...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah.
Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya.
Tiba-tiba,  di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung.  Lalu
habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu.  Hingga ke
daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya
sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon
rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang
tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."


                Hammad termenung seketika.  Kekalutan pemikiran yang telah
dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh
di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai
yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu
genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah
ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya
juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan
menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun
cuba mentafsirnya:


                 " Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang
luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang
berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala
sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang
tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala
harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu
Hanifah.


                    Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya
berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila
tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri.   Maka berngkatlah
ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis
dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti
biasanya,  sebelum menyampaikan dakyahnya,  Dahri akan mencabar dan
memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.


                  " Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang
mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan
Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut.
Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.


                   " Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut
cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah
labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.


                    " Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah
tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang
labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu
dan bertaqwa."  Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang
bermaksud:


" Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu
beberapa darjat."  (Al-Mujadalah : 11 )

                   Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah
pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara
Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran
materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.


                    "Benarkah Allah itu wujud?,"  soal Dahri memulakan
majlis dialognya.


                    "Bahkan Allah memang wujud,"  tegas Abu Hanifah.


                    "Kalau Allah maujud (wujud),  di manakah tempatnya..??"
Suara Dahri semakin meninggi.


                    "Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!"  jelas
Abu Hanifah.


                    "Hairan,  kau kata Allah itu wujud,  tetapi tidak
bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya
kepada hadirin.


                    "Ah, itu senang sahaja wahai Dahri.  Cuba kau lihat
pada dirimu sendiri.  Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..."  Abu Hanifah
mula berhujah.  Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini
berpidato dengan penuh minat.


                    "Bahkan,  memang aku ada nyawa,  dan memang setiap
makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!"  sahut Dahri.


                    "Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau
rohmu itu...?  Dikepalakah,  diperutkah atau adakah dihujung tapak
kakimu..?"  Terserentak Dahri seketika.  Orang ramai mula berbisik-bisik
sesama sendiri.  Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu
ditunjukkan pada Dahri,  seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada
terkandung lemak...?"


                    Pantas Dahri menjawab, "Ya,  bahkan!"


                    Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah
lemak itu berada...?  Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?"  Sekali
lagi Dahri terserentak,  tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang
petah itu.  "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip
dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya,  masakan
pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya
ini?  Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh
dan akal dangkal kita ini,  pun ciptaan-Nya,  yang tunduk dan patuh di
bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha ! Agung...!"  Suasana menjadi
agak bingar.  Dahri terpaku di kerusi.  Terbungkam lidahnya.  Merah
mukanya.  Kesabarannya mula terburai.  Bila keadaan agak reda,  Dahri
membentangkan soalan.
                  "Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah.  Dan apa
pula yang muncul selepas Dia nanti..."  Semua mata tertumpu pada Abu
Hanifah,  murid Imam Hammad yang pintar ini.
                  "Wahai Dahri!  Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum
Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah
SWT tetap Qadim dan Azali.  Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir",
tegas Abu Hanifah,  ringkas tapi padat.


"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya?
Dan mana mungkin Dia  pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas
Nya....?"  Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.


Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan,  "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu
sendiri.  Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu.  Jari apakah yang kau nampak
berada sebelum jari ini..?"  Sambil menuding ibu jarinya ke langit.  Dan
beberapa hadirin turut berbuat demikian.  "Dan pada jari manis kau itu,
ada lagikah jari yang selepasnya..."  Dahri membelek-belek jarinya.  Tidak
terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.
"Jadi...!  Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita
fikir,  apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pu!
n yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."


Sekali lagi Dahri tercenggang.  Bungkam.  Namun masih tidak berputus asa
untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai.
Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya.  Dahri
berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea.  Semacam suatu ilham baru
telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum.  Hati Dahri bergelodak bagai air
tengah menggelegak.


"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!"  Sengaja Dahri
mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.


"Allah itu ada, kata mu.  Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?"
Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.


"Ini soalan yang sungguh menarik.  Jadi kenalah dijawab dari tempat yang
tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,"  Katanya.  Pemuda ideologi
Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun
meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:


"Wahai sekelian manusia.  Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah
menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar,
diturunkan Allah ke bawah mimbar.  Dan Allah juga telah menaikkan yang hak
sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid
Jamek ini... !"


Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.
Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai.  Mereka
memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah
Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.  Sehingga ke hari
ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang
Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat.
Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama
ulama ini.










--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke