An-Nur Bestari hasil wakaf anak tempatan

Oleh RAHANA MD

BANGUNAN dua tingkat Tadika An-Nur Bestari yang terletak di Jalan Yadi, Klang, Selangor.

SELAIN memberi asas pendidikan prasekolah yang sempurna kepada kanak-kanak, tidak dinafikan aspek keuntungan turut diambil kira oleh pengusaha sesebuah tadika. Dalam lain perkataan, mengendalikan tadika tidak ubah seperti menguruskan sebuah perniagaan.
 
Namun kelaziman itu tidak berlaku di Tadika An-Nur Bestari yang lebih mementingkan khidmat masyarakat berbanding keuntungan semata-mata.
 
Norlaili Nordin, pengetua tadika yang terletak di Jalan Yadi, Sungai Udang, Klang, Selangor berkata, penubuhan Tadika An-Nur Bestari mempunyai sejarah yang menarik untuk dikongsi bersama.
 
“Berbeza dengan tadika yang lazim dikendalikan secara individu, tadika ini adalah hasil desakan ibu bapa yang inginkan sebuah tadika berasaskan pendidikan Islam sejak 16 tahun yang lalu.
 
“Dahulu tadika ini asalnya terletak di Taman Mantaram, Klang sebelum berpindah ke Jalan Yadi pada 2000. Ia dikelolakan oleh beberapa buah keluarga dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
 
Pengendalian
“Menyedari kepentingan pendidikan tadika dalam jangka masa panjang, ahli jawatankuasa (AJK) surau berhampiran telah mengambil alih pengendaliannya.
 
“Sejarah penubuhan tadika itu juga menarik untuk dikenang kerana pembinaan bangunan dua tingkat ini dipermudahkan Allah s.w.t..
 
“Seorang anak tempatan telah mewakafkan tanahnya untuk dibina sebuah tadika. Kebetulan seorang lagi hamba Allah telah membina sebuah bangunan di tanah tersebut dan mewakafkan pula kepada tadika.
 
“Syukur, pihak AJK surau dan ibu bapa menerima pemberian tersebut dengan hati terbuka dan menyumbangkan pula wang untuk membina tadika tersebut di sebelah bangunan masjid Sungai Udang yang dalam pembinaan,’’ katanya.
 
Norlaili memberitahu, tadika Tadika An-Nur Bestari lebih menumpukan kepada aspek khidmat masyarakat dengan memberi peluang sama rata kepada anak-anak mendapat pendidikan asas prasekolah berteraskan Islam secara sempurna dan dalam suasana yang kondusif.
 
Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM60 sebulan, manakala keluarga yang tidak mampu hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 sebulan.
 
Tadika itu menekankan fardu ain dengan praktikal mengerjakan solat pada setiap hari.
 
Kata Norlaili, sehingga kini Tadika An-Nur Bestari mempunyai 325 pelajar dengan 21 kakitangan bagi sesi persekolahan pagi dan petang. Apa yang mengagumkan, tenaga pengajar di tadika tersebut sanggup menerima bayaran sagu hati dan bukan gaji pada setiap bulan atas tugas yang disumbangkan.
 
“Kami berpegang kepada misi untuk mendidik anak-anak dengan akhlak muslim yang mulia. Anak-anak yang benar-benar daif akan dijadikan anak angkat. Kami akan menanggung semua kos pendidikan selama mana mereka bersekolah di tadika ini,’’ katanya.
 
Setelah beroperasi lebih 15 tahun, Tadika An-Nur Bestari sering dilawati pengusaha tadika dari dalam dan luar negara.
 
“Selain pengusaha tempatan, kami juga pernah dikunjungi pelawat dari Indonesia dan Jepun.
 
“Mereka mahu melihat sendiri bagaimana pengendalian tadika berasaskan pendidikan Islam dijalankan bagi mendidik generasi muda agar tidak gentar dengan cabaran dan dugaan sepanjang menjalani kehidupan pada masa hadapan,’’ kata Norlaili.
 
Menurut beliau, berdasarkan profil Tadika An-Nur Bestari, para pengusaha tadika di Jepun mendapati kebanyakan masyarakat Islam lebih tabah dan cekal berhadapan dengan kemelut ekonomi jika dibandingkan dengan masyarakat di negara mereka.
 
“Guru-guru tadika di Jepun mendakwa ada orang Jepun mengambil keputusan nekad membunuh diri kerana tertekan dengan masalah kegawatan ekonomi.
 
Mereka mengakui hasil pendidikan yang bercorak keIslaman masalah itu lebih terkawal di negara ini.
 
“Selepas melawat Tadika An-Nur Bestari, kaedah-kaedah yang diterapkan ke dalam jiwa anak-anak peringkat prasekolah di sini diadaptasikan di beberapa buah tadika di Jepun,’’ katanya.
 
Tadika An-Nur Bestari banyak memperoleh kaedah-kaedah asas pendidikan Islam daripada Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim).
 
“Pertim sering mengadakan seminar dan bengkel bagi memantapkan lagi asas pendidikan Islam di peringkat prasekolah dengan pembentangan kertas kerja oleh golongan profesional.
 
“Melalui bantuan Pertim, kami di Tadika An-Nur Bestari berharap anak-anak yang pernah dan sedang bersekolah di sini akan menjadi insan berguna kepada bangsa, agama dan negara pada masa hadapan,” ujar Norlaili.
 
Beliau turut menjelaskan bahawa mesyuarat agung Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim) kali ketujuh akan diadakan pada Ahad ini pukul 10 pagi.
Mesyuarat akan diadakan di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19, Shah Alam, Selangor. Program itu akan dirasmikan oleh pakar motivasi Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Untuk keterangan lanjut hubungi Zahrah Awang di talian 012-2788879.
 

Perkim: Jalin kemesraan menerusi Program Ziarah Bina Insan

PADA awal Mac lalu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) telah berkampung di perkampungan Orang Asli Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor selama dua hari dua malam dengan mengadakan Program Ziarah Bina Insan.
 
Program anjuran Perkim Kebangsaan itu telah diselaraskan oleh Mohd. Subri Jaafar dan Pengarah Programnya, Ustazah Suariza @ Hidayah Muhammad dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi serta Hamidah Ismail.
 
Program tersebut juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Selangor) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
 
Penyertaan 85 orang pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) sebagai peserta dalam program itu telah mencapai matlamatnya.
 
Ini kerana program ziarah itu berjaya melibatkan keseluruhan penduduk kampung itu. Para pegawai Perkim Kebangsaan dan para pelajar UNISEL yang dibantu oleh penduduk kampung telah menziarah setiap rumah di kampung tersebut.
 
Setiap isi rumah di Kampung Orang Asli Kuala Pangsun diberi buah tangan seperti beras, gula, tepung gandum, teh dan keperluan asas yang lain.
 
Berdasarkan reaksi mereka, penduduk kampung itu begitu gembira dengan kedatangan tetamu ke teratak mereka.
 
Sepanjang program berlangsung, Perkim Kebangsaan bersama-sama para pelajar UNISEL dan penduduk kampung sama-sama bergotong-royong menyediakan juadah hidangan makan pagi, tengah hari, petang dan malam kepada seluruh penduduk kampung.
 
Kerjasama yang baik dan kemesraan antara mereka telah menyebabkan kerja yang dianggap sukar menjadi mudah dan menyeronokkan. Semangat ukhuwah dan gotong-royong telah dapat diterapkan.
 
Program tersebut juga memberi tumpuan kepada anak-anak penduduk kampung dengan memberi motivasi bagi meningkatkan lagi tahap pendidikan mereka.
 
Selain itu, program sukaneka juga diadakan yang melibatkan pelbagai lapisan golongan sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas lelaki dan wanita.
 
Penglibatan seluruh penduduk kampung itu telah memeriahkan lagi program tersebut. Aktiviti kemuncak program itu ialah pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh JHEOA Selangor dengan dibantu oleh doktor sukarelawan.
 
Program itu turut dihadiri Pengarah Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Abdul Wahid Akmal Omar dan ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kampung Orang Asli serta Penggerak Kampung Orang Asli Kuala Pangsun


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke