From: Syazie _79 syazie_79
Date: Fri, 20 Jan 2006 09:50:39 +0800 (CST)
Subject:Dajal Negeri Samirah
 Dajal Negeri Samirah
 
DAJJAL Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi 
sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi 
Sulaiman.
 
Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya. 
Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun 
berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, 
sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kedua matanya tidur 
tetapi hatinya tetap terjaga.€ ¢â’ ’¹ Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan 
abang-abangnya adalah penyembah berhala. DuIu, mereka menyembah sebuah berhala 
berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung 
Iembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung 
lembu betina itu. 
Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. Yang sebenarnya 
dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang dihulurkan setiap 
hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan 
ketaatan. Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka korbankan di 
tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka 
merestui apa yang mereka Iakukan. 
 
Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. 
Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang 
dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang juga 
dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram. Sementara itu syaitan pun turut 
ikut masuk ke saluran kencing lelaki penyembah berhala setiap kali dia 
menggauli isterinya. Jadi Syaitan pun turut mencampuri isteri penyembah berhala 
itu bersama-sama suaminya. Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan 
unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan oleh 
Allah. (Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh adDajjal menyatakan Dajjal lahir dari 
hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, lalu terjadilah kehamilan 
sebagai pengaruh perbuatan Syaitan) 
 
Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan 
hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina 
liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan, katanya 
dia memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka seorang anak. 
Tetapi jika kedua-duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala 
serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak 
lelaki itu dengan anak perempuan. Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh 
depan patung itu dengan penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan sangat 
anak Ielaki. Patung syaitan itu menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina 
gemuk dan besar. Kemudian menyuruh diletakkan sembelihan itu di hadapan patung, 
dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang 
malam. Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua 
untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan. Syaitan dapat 
melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Sebab jin boleh 
melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sehinggakan dia dapat melihat 
kandungan perempuan itu sejak awal Iagi. Namun begitu syaitan tidak tahu apa 
yang akan terjadi, Syaitan tidak tahu apakah anak itu perempuan atau lelaki 
tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak 
lelaki. Perempuan itu pun melahirkan anak Ielaki tetapi anak yang baru lahir 
itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan 
siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan 
besar. 
lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah 
mengenai keluarga Dajjal. € ¢â’ ’¼Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti 
paruh burung. Sedangkan ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan 
gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana 
anaknya tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan keracunan 
yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak awal memang telah 
mendatangkan sial kepada ibunya. Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun 
duduk diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka 
dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan 
berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti 
itu juga, tidak ada sebarang perubahan. Selama empat tahun sebelumnya dia belum 
pernah berjalan. Padahal orang tuanya telah memberikan air susu kambing serta 
berusaha untuk menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum 
seteguk dua sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan 
seperti itu, orangnya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa 
tertanya-tanya apakah anaknya masih hidup. Mereka sering melelakkan tangan atau 
melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup.
 
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.. € ¢â’ ’¼Kedua matanya tidur, tetapi hati 
tetap terjaga.€ ¢â’ ’½ Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, 
sementara orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk 
berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa 
diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke 
dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan. 
Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua 
mata anak Ielaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam 
dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung 
Iembu betina. Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila 
ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan 
tuhan-tuhan patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna 
peristiwa yang terjadi itu tetapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya 
itu tadi pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan 
peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan 
meletakkannya dipangkuan tuhan-tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu 
lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja. 
 
Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi sesetengah 
orang yang mempercayainya datang berduyun-duyun ke rumahnya untuk melihat dari 
dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak lelaki itu. Dalam masa yang 
sama ada yang cuba mencari berkat dari budak itu. Namun, hakim-hakim yang ada 
di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu 
dengan begitu saja. LaIu mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim 
besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang 
terjadi. Ayah menceritakan perkara sebenar tetapi hakim-hakim tidak mahu 
menerima kenyataannya, lalu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera. 
Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa 
yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut. Setelah 
puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di hadapan 
hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak ada 
yang dapat memberi pertolongan atau mendatangkan bencana selain hakim. 
 
Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi 
anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak 
dibenarkan keluar dari istana hakim. Berita tentang keajaiban anak lelaki itu 
semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai A€ 
¢â’ ’¹jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah 
dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim lagi, 
anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun 
disebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Hakim tidak berdiam diri, dia pergi 
mencari dukun untuk mengeluarkan syaitan dari badan budak itu. Hampir semua 
tempat ke pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir 
untuk mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim, 
syaitan itu akan menggoncangkan singgahsana atau € ¢â’ ’¸Arsy Tuhan. Apabila 
berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau dan kelam 
kabut. Tiba-tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli falsafah dari 
Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. 
Dua huruf ra dan ha€ ¢â’ ’¹ (dua huruf terakhir dari kata Samirah) Dulu ia 
membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam kerana Sam bin Nuh as., adalah 
pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih 
kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian 
mengajarnya bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. 
 
Anak itu adalah cucu dari Syam.€ ¢â’ ’½ Tetapi tidak ada seorang pun yang mahu 
percaya dengan kata-kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang 
gila. Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu tidak 
diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak bercakap 
tentang hal itu akan dihukum. Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi 
gelaran as-Samiri kerana berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya 
sebab-sebab lain. Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana 
terlalu menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal 
aImutakarrarah yang bermakna (tekanan batin berlanjutan). 
 
Ayahnya mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil. Anak ajaib itu pun 
ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim diistananya. Setahun 
kemudian, iaiitu kelika berumur Iima tahun, anak itu pun mula berupaya bangun 
dan tidurnya, setelah bangun dia cuba berbual-bual dengan orang orang di 
sekeliling istana itu, tetapi perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus. 
Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya tetapi 
doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau cacat itu tidak 
akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat itu nampaknya 
diciptakan oleh Yang Maha Kuasa. 
 
Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba 
datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang kerana penduduk 
negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai orang-orang Sadum dan 
Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba tanpa diduga sama 
sekali. Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk 
negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum dan 
Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil (Dajjal) yang 
berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau 
yang terletak di suatu lautan luas yang disebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai 
peranan penting di masa akan datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang 
jalan yang akan dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting dalam 
memerangi Dajjal). Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia 
sentiasa dijaga, diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. 
Anak itu kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak. 
Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang penuh dengan kemaksiatan 
itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas negeri itu menjadi 
bawah. Maka selesailah seksaan Allah ke atas orang-orang kafir itu. Kemudian 
Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi 
menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah menyayangi anak itu 
dan berfirman kepada Jibril, € ¢â’ ’½Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. 
Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku 
akan mengutus orang yang akan menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan 
membunuhnya pada suatu masa tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. 
 
Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi 
wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman. (Riwayat ini didapati dari 
seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali dengan nama Haidar bin Anif Billah 
Abdullah bin Salem bin Syari. Dia mempunyai banyak manuskrip mengerikan yang 
menurut katanya telah berusia ratusan tahun. Bahkan ada skripnya yang mempunyai 
asal-usul sejak 700 tahun sebelum Masehi. 0rang alim ini masih hidup dan 
berusia 110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota moden. Segenap hidupnya 
dihabiskan di khemah-khemah di padang pasir sahara bersame-sama empat orang 
isterinya. Isteri-isterinya jauh lebih muda dari dia, iaitu sekitar dua puluh 
hingga tiga puluh tahun. Dia masih kelihatan gagah. Ketika ditanya kepadanya 
tentang rahsia kegagahannya, dia menjawab bahawa dia tidak pernah meninggalkan 
sembahyang malam, tidak pernah meninggalkan sembahyang dan waktu yang 
ditentukan dan jarang memakan daging dan garam. Makanan yang paling banyak 
dimakannya ialah madu, kurma, susu dan air putih.) 
 
Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah atstsu € ¢â’ 
’¸ban ar-rahib we ad-dabbah al-halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan 
dan haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang 
yang hampir dan singgah di pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang 
panjangnya beratus-ratus meter. Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai 
lidah yang dapat bercakap-cakap dengan berbagai-bagai bahasa di muka bumi ini 
dan ia menguasai pulau itu. Ular itu adalah penjaganya dan buta matanya. Haiwan 
itulah yang mengarahkannya. Pulau itu sebenarnya kecil seperti sekumpulan batu 
yang membentuk satu petak bumi yang penuh dengan berbagai mata air yang segar 
airnya serta dikelilingi pokok pokok rendang yang saling berjalin. Pulau itu 
juga dipenuhi dengan sumber-sumber yang berfaedah seperli berbagai-bagai jenis 
bunga, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok epal berwarna kuning berbentuk aneh seperti 
kepala jin yang nampak indah dan tersusun rapi bukan seperti kepala syaitan 
yang hodoh. lklim pulau itu memang selamanya sejuk dan selalu turun hujan. 
Pulau itu terletak di Lautan Hindi dekat dengan negeri Yaman. Pulau yang 
didiami oleh anak ajaib itu nampak jauh dan terpisah dari pulau-pulau yang 
jumlahnya banyak. Bahkan dari jauh pulau itu nampak seperti sebuah bintang yang 
terlepas dari gugusan bintang lain, atau bagai sebuah bulan yang terlepas dari 
edarannya yang penuh dengan planet-planet lain. Ia menjadi sesuatu yang asing 
dan ganjil kenana ia telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Walaupun anak itu 
dikunjungi dan diawasi oleh Jibril siang dan malam, namun anak itu tidak tahu. 
Kerana sebagai manusia biasa dia tidak dapat melihat malaikat Jibril itu, 
kecualilah dengan perkenan Allah s.w.t. Disamping itu anak itu pula asyik tidur 
seperti penghuni gua. 
 
Pada satu hari ketika umur anak itu telah mencapai lapan tahun, kedua-dua 
matanya mula terbuka diiringi dengan kesedaran hatinya. Sesudah itu, dia tidak 
lagi banyak tidur. Dia hanya tidur sekejap sahaja. Pada mulanya, setiap kali 
terjaga dari tidur dia akan mendapatkan makanan dan minuman segar yang berada 
di sisinya, sehingga habis makanan dan minuman itu, dia kembali tidur semula. 
Diwaktu ini, dia sudah mampu berdiri, bergerak, dan berfikir. Malah dia mampu 
menangkap ikan dalam air dengan petunjuk bisikan suara yang terdengar dengan 
jelas di telinganya dan dia boleh faham maksud seruan itu dengan jelas. € ¢â’ 
’¼Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,€ ¢â’ ’½ kala bisikan 
malaikat Jibril kepada anak itu. Anak kecil itu pun berjalan jalan mengelilingi 
sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa 
berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati. Pulau itu 
dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang. Tidak ada satu binatang 
buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari 
Iautan yang menuju ke sana. 
 
Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang 
yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti 
mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham. 
Binatang itu berkata, "Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah 
dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau 
dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan 
minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. 
Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan 
beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. 
Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan 
Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa.€ ¢â’ ’½ Kemudian binatang besar 
itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah batu. Di 
batu itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. 
 
Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian 
binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai 
permukaan batu lagi. Di batu-batu itu tertulis kata-kata: Batu pertama: La 
ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah) Batu kedua: € ¢â’ ’¼Allahu Wahid La 
Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya) Batu ketiga: € ¢â’ 
’¼Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah kamu mengkhianati 
janjimu dengan Allah.€ ¢â’ ’½ Batu keempat: € ¢â’ ’¼Hanya engkau saja di pulau 
ini.€ ¢â’ ’½ Batu kelima: € ¢â’ ’¼Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki 
Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. 
Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada 
Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. 
Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha 
Besar. Allah lah yang Maha Agung.€ ¢â’ ’½ Batu Keenam: € ¢â’ ’¼Jadilah engkau 
anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di 
pulau ini pada zaman apa pun.€ ¢â’ ’½ Batu Ketujuh: € ¢â’ ’¼Tidak ada kitab 
bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Nabi terakhir, Nabi 
Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman 
kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang beriman dan mempunyai 
keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar kepadaNya maka engkau adalah 
manusia depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya engkau 
berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan sebenarnya semua 
nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan yakin kepada apa yang kami 
imani dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu untuk mengimani penutup para 
nabi yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad 
Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengeh-tengah kaum yang buta 
huruf. 
 
Dia berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata 
air dan perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang 
mendahului Muhammad maka Alla! h akan menutup hatimu dengan tabir kain yang 
hitam. Hatimu menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada 
keburukan bagaikan kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang. 
Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu 
sendiri saja seperti lblis. Semoga laknat Allah ditimpakan atasnya, yang 
mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun menjadi teman karibnya. 
Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan dari rahmat 
Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di suatu negeri, iaitu di 
suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi menyayangi 
orang-orang yang terusir dari rahmat Nya. Jadilah engkau, wahai anak istimewa 
yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai Mukmin yang mempercayai 
kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di 
dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang 
memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang Arab 
Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanahtanah 
subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari ketika 
tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat diisra€ ¢â’ ’¹ dan dimi€ ¢â’ 
’¹rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang mengalir dan 
meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas 
dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam. Engkau 
tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah 
gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh 
masuk negeri Quds tempat isra€ ¢â’ ’¹ dan mi€ ¢â’ ’¹raj, Nabi yang paling 
akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu 
(amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu beser 
berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!€ ¢â’ ’¹ Anak itu 
kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara 
batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa sepotong 
batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwah emas berkilat yang 
digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan 
Allah s.w.t. yang berbunyi. € ¢â’ ’¼Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami 
mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15) lni adalah sebuah tanda dan isyarat 
bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari 
bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki 
kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya 
tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita. 
 
Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa 
anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya. Apakah di masa 
akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi 
orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. 
Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang 
mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas 
alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan 
menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah satu di 
antara mereka. Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang 
singkat sahaja. Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab 
segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan 
segala sesuatu kecuali Allah s.w.t. 
 
Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu. € ¢â’ ’¼Kalau begitu 
siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini? Dan 
siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu 
bercakap seperti manusia?€ ¢â’ ’½ Binatang itu menjawab.€ ¢â’ ’½Aku memang 
seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan 
sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari 
hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup 
dari suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan 
memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau 
ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini 
bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu.€ ¢â’ ’½ Binatang itu 
memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian 
setelah itu ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang 
sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bercakap untuk kali kedua kecuali jika 
masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat. 
Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk 
menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi. Sesuatu yang ghaib 
tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan 
sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikata Jibril itu. Selepas itu lidah 
binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama 
Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan 
memberitahukannya kepada anak itu. 


--------------------------------------------------------------------------------
 
 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke