Assalamualaikum warahmatullah...

Allahu Akbar... Terima kasihlah kepada pengirim artikel ini. Terima kasih
kerana telah menunjukkan sekali lagi sikap taksub terhadap pemimpin yang
melampau.

Tak sangka. Orang tua ni ada keramat rupanya. Sampai Anwar jatuh
tersungkur. Sampai Mahathir jadi terhina. Agaknya lepas ni kalau Pak Lah
tergolek, akan dikatakan pula sebab menderhaka pada si tua ni juga? Wah...
Hebat!

Tapi... Yang sekarang ni, kegoyahan pentadbiran Pak Lah akibat goncangan
Mahathir... Apakah balasan juga? Kenapa? Sebab lepaskan orang tua tu? Aik?
Ini sudah terbalik!!!

Sudahlah. Yang sudah tu sudah. Seperti yang saya katakan dulu, ashaari tu
tak layak jadi pemimpin agama. Memalukan. Kalau jadi perawi hadits, habis
semuanya jadi dhoif. Sebab dia ni penipu.

Salah satunya sebab dia kata pernah jumpa Nabi saw secara sedar. Kan tipu
tu? Eh! Ada pula kata dia dipaksa. Itupun menipu juga! Kalau tak tahan
dengan sedikit dugaan, sampai terpaksa buat pengakuan palsu, macam mana nak
jadi pemimpin yang disanjungi? Memalukan betul! Tengok Abdul Rahman Basyir.
Sampai ke sudah tetap tak mengaku.

Jangan kata bila Rufaqa naik maknanya Allah dah tolong. Kita tak tau
perancangan Allah. Dugaan datang dalam pelbagai bentuk. Kejayaan pun satu
bentuk dugaan. Dan ingat, Dajjal datang nanti membawa seribu satu
keajaiban. Allah menjadikan Dajjal seolah² benar seperti dakwaannya iaitu
'seorang' tuhan.

Jangan kata bila dah jatuh dan naik balik, maknanya kita di pihak yang
benar. Mungkin Allah sedang menduga umat yang lain setakat mana kecerdikan
mereka. Mungkin. Kita tidak sampai ke tahap itu untuk mengetahuinya. Jadi,
janganlah tulis dengan yakin yang orang² yang tergolek 'dog' itu akibat
dari pembalasan kerana menangkap ashaari.

Lainlah kalau Jibrail sendiri yang cerita kepada ashaari. Erm... Jumpa Nabi
saw dah pernah mengaku. Nabi saw ada di sebelah pun dah mengaku. Bahkan
dapat wahyu pun dah diakukan. Tengah tunggu si tua tu mengaku jadi 'anak
angkat' Allah pula. Pengikut Arqam dan Rufaqa tentu akan percaya bulat².
Bila agaknya ya?

Wassalamualaikum warahmatullah...

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN-TUDUHAN TERHADAP RUFAQA (3)
20/06/2006
    Petikan buku Tun Mahathir Tangkap Hj Ashaari Mereka Terhina yang akan
terbit tidak lama lagi. Penulis Puan Mariam Hj Ahmad Shafiee
  ***************************************************
  Pengenalan
  Saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang mengikut sama menyaksikan
peristiwa pengharaman Jemaah Arqam oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1994,
lebih kurang dua belas tahun yang lalu.

  Menurut kata Ketua Polis Negara Malaysia waktu itu, Tan Sri Rahim Noor,
peristiwa paling besar tahun itu ialah berjayanya kerajaan menangani kes Al
Arqam itulah. Memang pada waktu itu semua orang terkejut melihat demikian
mudahnya kes Arqam di tutup oleh kerajaan. Maka ada pemerhati berkata,
“Kalau pun dia boleh hidup balik, paling kurang lima tahun dari sekarang,
itu pun bukan oleh Ashaari lagi tapi oleh salah seorang anaknya.”

  Namun keadaan jadi cukup gempar bilamana dua tahun berikutnya orang-orang
Arqam ditangkap sekali lagi. Maka dengan segala susah payahnya kerajaan
telah mengambillah langkah-langkah untuk pastikan Arqam betul-betul
berkubur.
  Pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungjawab menangani kes ini (SB)
kelihatan begitu bersungguh-sungguh merayu agar orang-orang Arqam beri
kerjasama demi menyelesaikan masalah antara dua tokoh iaitu Mahathir
Mohamad dan Ashaari Muhammad.

  “Selesaikanlah Ya Allah masalah ini dengan seadil-adilnya.” Begitulah
hati-hati merintih waktu itu. Untuk selesaikan kes itu, lamanya masa yang
diambil adalah 10 tahun. Kes yang cukup unik yang julung-julung kali
berlaku di Malaysia dimana ISA dan Arqam akhirnya berkawan baik dan
sama-sama membangunkan syarikat perniagaan Melayu di tempat buangan daerah
Bandar Country Homes (BCH) yang bersejarah.

  Sepuluh tahun masa yang diambil adalah untuk melengkapkan skrip kerjasama
itu demi membuktikan bahawa atas nama Tuhan tiada yang mustahil untuk
berlaku. Rufaqa akhirnya membesar bersama ISA. Sesuatu yang dihancurkan,
hanya seperti musim luruh yang menggugurkan seluruh daun-daun untuk
ditumbuhkan semula daun-daun baru. Sedangkan batangnya terus berdiri teguh.
Bunga-bunga pun keluar bila tiba musimnya. Ertinya sistem ekonomi Islam
bermodalkan taqwa, kembali hidup di Malaysia.

  Daun-daun yang gugur mulanya dilihat menggelupur begitu liar ditiup
taufan ISA. Namun sesudahnya, oleh sang pencipta skrip diputuskan bahawa
rupa-rupanya mereka dilonggokkan di bumi untuk reput, hina menjadi baja
untuk mengukuhkan lagi sistem pokok.

  Ya, penentang-penentang yang mati-matian berjuang untuk memastikan Arqam
berkubur rupanya ialah satu proses untuk mempopulerkan terus nama yang
sepatutnya sudah dilupakan. Kegiatan mereka benar-benar membantu
memanjangkan hayat populariti Arqam sehingga tak sempat dilupakan orang
terus. Hanya untuk itu saja! Walhal ISA dan Arqam terus berkawan
bekerjasama dan membangunkan sesuatu yang akal manapun tak mampu
menduganya.

  Kes Arqam telah mencatatkan rekod tersendiri di Malaysia, kerana ending
yang diduga berlaku pada fikirannya itu meleset sama sekali. Diduga akan
tumpaslah Ashaari Muhammad bilamana bertarung dengan tokoh besar Mahathir
Mohammad. Justru, sebaliknya berlaku bahawa mereka akhirnya dapat
berbaik-baik untuk sama membangunkan bangsa dan negara seperti yang
diperintahkan agama. Hinggakan hal ini telah memaksa para pemerhati untuk
memutuskan bahawa rupa-rupanya kekuatan Ashaari bukan bersifat akal, ada
kekuatan di balik tabir maddiyah ini yang berjalan di atas sistem roh yang
jauh lebih baik dari akal yang selalu melepaskan beliau dari
perangkap-perangkap akal yang dibuat ke atasnya.

  Sungguh tidak terfikirlah oleh Zabidi dan Pahrol M Juoi di hari mereka
memutuskan untuk menentang Abuya Ashaari Muhammad bahawa tok guru mereka
itu akan menang. Sama sekali tidak! Walaupun sebelumnya Abuya Ashaari
Muhammad boleh menguasai musuh-musuhnya, namun fikir mereka kali ini tidak
mungkin, mustahil! Kerana kuasa yang menentangnya adalah Mahathir Mohammad
dan kerajaan. Mereka cuma menumpang sahaja.

  Kalau dah bergaduh dengan kerajaan, nak makan apa? Begitulah akal
mengambil keputusannya. Sepuluh tahun jadi pendek sahaja, menyaksikan filem
realiti yang jadi cukup suspen bilamana makin ke hujungnya.

  Kata Dr. Aziz Hashim yang ikut terlibat dalam program menghancurkan Arqam
“ingatkan Arqam yang hancur, rupanya kami yang hancur. Ingatkan Abuya
Ashaari Muhammad yang jatuh, rupanya betul Anwar dan Mahathir yang jatuh.”
Dan berkatalah juga tentunya Zabidi, Pahrol M Juoi dan rakan-rakannya
“ingatkan Ashaari yang terhina, rupanya kami yang kena bungkus.”

  Ya, Abuya Ashaari Muhammad rupanya telah marah sangat kepada
pembelot-pembelot perjuangan, lalu Allah izinkan apa yang didoakan demi
keinsafan anak muridnya mereka akhirnya terhina sungguh, yang dikira tiada
siapa lagi selepas ini yang berani untuk menghina Abuya Ashaari Muhammad
ini.

  Yang cukup menghairankan juga perihal kes Arqam ini adalah terjadi di
dalam ISA sehingga akhirnya ahli-ahlinya yang merupakan orang-orang penting
boleh terpecah dua. Ada yang jadi benci sangat sampai tak boleh mengawal
diri, lalu menentang Abuya Ashaari Muhammad semahu-mahunya. Ada yang
bertambah yakin, tambah sayang hingga sanggup ambil apa sahaja risiko pun
untuk membela Abuya Ashaari Muhammad.

  Inilah watak kebenaran sebenarnya. Allah buatkan dinding pemisah
(maknawi) yang dengannya terpisah sungguh antara yang hak dengan yang
batil. Yang hak akan berkorban habis-habisan untuk menghidupkan sistem
Tuhan. Yang batil pula akan bekerja keras untuk menentang sehingga tahulah
orang bahawa mereka munafik rupanya. Cakap Islam tapi menentang Islam.
Berpura-pura tidak boleh dilakukan lagi, melainkan terpaksa menjadi
realiti.

  Ya Tuhan terima kasih kerana sudi mengulangi keajaiban yang luar biasa
ini di zaman kami. Rasa bertuah sungguh kerana direzekikan untuk dapat
menyaksikannya. Sistem roh kembali ke dunia setelah disimpan lama oleh Mu.
Sejak kejatuhan umat Islam ke tangan “salib” 700 tahun yang silam.

  Dipetik dari http://www.rufaqadaily.com

------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Great things are happening at Yahoo! Groups.  See the new email design.
http://us.click.yahoo.com/TISQkA/hOaOAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke