Re: Bismillah [hidayahnet] Jiwa Da'ie Otak Faqih

2005-10-27 Terurut Topik Caring Mommy



Assalamualaikum,

Alhamdulillah kerana telah tercetus dalam jiwa saudara beberapa tanda soal (question mark). Diharap ia akan menjadi pencetus (trigger point) untuk saudara mencari jawapannya. Jawapan yang memuaskan aqal dan menenangkan hati.


Majlis ilmu seringkali menjadi medan terlena yang amat mustajab. Ya, setan memang ujud. Tidak dinafikan kerana telah termaktub dalam job scope/job description mereka bahawa tugas mereka ialah menyesatkan anak adam.


Sebenarnya, seseorang itu akan dapat mentarbiah sikap suka tangkap lentok nya itu jika memahami dengan jelas kenapa mesti hadir majlis ilmu, kenapa mesti adakan diskusi tentang Islam? Apa ganjaran di Syurga? Apa ancaman di Neraka? Selalunya kita meremehkan sesuatu kerana tidak tahu kenapa ia penting. Tidak sedar 
the urgency to get it done.

Kita boleh cakap apa sahaja. Perbincangan tentang ekonomi akan jadi suatu diskusi yang menarik jika ia dikaitkan dengan jalan penyelesaian menurut sistem ekonomi dalam islam (an-nizam al-iqtishad fii al-Islam). Kita cari apa penyebab umat Islam mundur, miskin, terpinggir, makan siput babi dll. Cari fakta. Cari statistik bukan just quote sumber yang tak pasti.Cuba guna alat bantuan mengajar seperti ada visual aid spt powerpoint slide yang menunjukkan gambar2 dan statistik kemunduran umat Islam di seluruh dunia. Cari penyebabnya - adakah kerana akidah yang lemah atau tidak menjadikan AlQuran dan Sunnah sebagai the one and only instruction manual. Adakah kita menjadikan sistem ekonomi yang dipelopori oleh Adam Smith sebagai user guide kita? Telusuri cara Nabi dan sahabat menyelesaikan masalah ekonomi, masalah kemiskinan di zaman mereka. Contoh: Saidina Umar al-Khattab telah membatalkan pembayaran jizyah seorang Yahudi tua  melarat sebaliknya kos sara hidup seluruh ahli keluarganya ditanggung oleh Baitul Mal. Banyak kena buat homework, buat let me remind you, Memang Berbaloi.. (bak kata Kamdar).


Bila kita kurang maklumat, sesi diskusi Islam atau apa jua majlis ilmu menjadi satu sesi yang boring dan mengantuk. Banyak yang boleh diulas berkenaan dengan hal ni. Tukang sampai kena gunakan segala jalan hikmah supaya dakwahnya efisyen, tetapi audience tidak boleh harap tukang sampai itu perfect - maka dia kena dengar isinya, bukan pandang individunya.


Well, berkenaan dengan kenapa jiran-jiran tidak solat berjemaah di surau tetapi sibuk dan aktif dalam bulan Ramadhan. Antara penyebabnya ialah bila mana umat Islam merasakan setahun sekali dalam sebulan, inilah the best time, masa 'peak' (kemuncak) untuk beramal, bulan-bulan lain boleh lengah-lengah, tidak peduli dan diremehkan. Media-media (akhbar, radio, tv,internet) - juga hanya sibuk mengajak umat Islam merebut peluang dalam bulan Ramadhan tetapi jarang sekali ajak umat Islam rebut peluang beramal, laksanakan amar ma'ruf nahy munkar sepanjang tahun. Berlumba-lumba merebut kebajikan sebagai bukti mereka telah buat sesuatu untuk Islam.


Kalaulah kain rentang (banner) - yang menyatakan something like Marilah kita mengkaji Islam. Marilah berlumba-lumba melakukan kebajikan. Marilah kita laksana amar ma'ruf nahy munkar dll - dimana-mana, sehingga pandangan umum (public opinion) akan menjurus pada aktiviti mendekatkan diri pada Allah (taqarrub ilallah) sebagai persediaan sebelum jasad terbujur kaku, bersedia untuk berhijrah ke the so-called 
'the final resting place - 6 feet underground - maka, tidaklah umat Islam sibuk nak beramal masa bulan Ramadhan aje. Malangnya, kain rentang banyak fokus pada Tawaran Jualan Murahiklan itu, iklan ini...


Sikap atau anggapan bahawa amalan/ibadah bersifat individu spt solat terawih sahaja dan hanya fokus pada ibadah khusus menjadikan umat Islam berfikiran sempit. Tidak peduli. Kurang prihatin. 

Nak buat sesuatu kebaikan ituagak mudah, tapi nak istiqamah yang paling payah sebab itu Nabi bersabda, amalan yang sedikit yang berterusan itu lebih baik dari banyak yang terputus-putus.
Maaf jika tersilap bahasa. Ini pandangan peribadi. Wassalam.
On 10/19/05, Mutalib Ibrahim Abd wrote:
Saya setuju cara ini untuk berdakwah.Tapi dari pengalaman saya dgn orang Melayu ni, kalau soal agama
dibincang macam yang awak cerita tu, selalunya mereka mesti mengantokatau cari alasan untuk tinggalkan majlis. Kerena mereka anggap merekatak perlu lagi discuss pasal perkara-perkara basic ni. Mereka lebih suka
bercakap tentang perkara yang lebih besar seperti perpaduan ummah,ekonomi orang Islam, etc. Atau mungkin lebih suka cerita pasalhukum-hukum cabang macam tarawikh 8 atau 20 rakaat.Tapi bila tiba bab amalan selalunya mereka sangkut juga. Ramai
jiran-jiran saya yang datang ke surau untuk sembahyang tarawikh tetapimeninggalkan solat fardhu berjemaah disurau/masjid samada dibulanRamadhan atau dibulan lain.Soalan yg selalu bermain dikepala, apakah yang mereka cari di
surau/masjid tu pada malam bulan Ramadhan tu ?  norjannah mohamed noh 15/10/2005 11:03:41  
From: Fadzilah Hanim ar_rumaisaDate: Wed, 12 Oct 2005 03:04:21 -0700 (PDT)Subject: Jiwa Da'ie Otak 

Re: Bismillah [hidayahnet] Jiwa Da'ie Otak Faqih

2005-10-24 Terurut Topik Abd Mutalib Ibrahim
Saya setuju cara ini untuk berdakwah.
Tapi dari pengalaman saya dgn orang Melayu ni, kalau soal agama
dibincang macam yang awak cerita tu, selalunya mereka mesti mengantok
atau cari alasan untuk tinggalkan majlis. Kerena mereka anggap mereka
tak perlu lagi discuss pasal perkara-perkara basic ni. Mereka lebih suka
bercakap tentang perkara yang lebih besar seperti perpaduan ummah,
ekonomi orang Islam, etc. Atau mungkin lebih suka cerita pasal
hukum-hukum cabang macam tarawikh 8 atau 20 rakaat.
Tapi bila tiba bab amalan selalunya mereka sangkut juga. Ramai
jiran-jiran saya yang datang ke surau untuk sembahyang tarawikh tetapi
meninggalkan solat fardhu berjemaah disurau/masjid samada dibulan
Ramadhan atau dibulan lain.
Soalan yg selalu bermain dikepala, apakah yang mereka cari di
surau/masjid tu pada malam bulan Ramadhan tu ?
 



 norjannah mohamed noh  15/10/2005 11:03:41 
From: Fadzilah Hanim ar_rumaisa
Date: Wed, 12 Oct 2005 03:04:21 -0700 (PDT)
Subject: Jiwa Da'ie Otak Faqih 

 Jiwa Da'ie Otak Faqih  07.10.2005
 

 

Assalamualaikum WBT. 

 

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu
peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid
bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat 8 atau 20
rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.


 

Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka
yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini? 

 

Kata Hasan al-Banna, apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum
menjaga kesatuan umat Islam? Kata mereka, solat tarawih itu sunat,
manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib. 

 

Lantas Hasan al-Banna menjawab, apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan
umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?!
Bagi yang mahu menunaikan 8, tunaikan 8, bagi yang mahukan 20, bebas
juga berbuat demikian. 

 

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang
berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah
untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk
itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk
para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman
Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak Seek to
Understand, Then to be Understood.

 

Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang
malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham
akan mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas,
jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah
Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku
di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya
masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas
al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa
yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

 

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak
menyalahkan orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para
ustaz yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya
ialah...

 

Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang
diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami
dakwah yang dia bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria or One
Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia
di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita
menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa
jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan
masyarakat?

 

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang
telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini
telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu
malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, do you
believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing
scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us
hairless!

 

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat,
kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya
mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan
hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat
dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan
menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan
kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya
saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

 

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya
sebutkan kepada gadis tadi, semua soalan anda tadi adalah persoalan ke8
dan ke9 kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih
dahulu.

 

Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?, tanya gadis tadi.


Bismillah [hidayahnet] Jiwa Da'ie Otak Faqih

2005-10-18 Terurut Topik norjannah mohamed noh
From: Fadzilah Hanim ar_rumaisa
Date: Wed, 12 Oct 2005 03:04:21 -0700 (PDT)
Subject: Jiwa Da'ie Otak Faqih 

 Jiwa Da'ie Otak Faqih  07.10.2005
 

 

Assalamualaikum WBT. 

 

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa 
yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal 
rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat 8 atau 20 rakaat. Suasana begitu 
tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. 

 

Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang 
bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini? 

 

Kata Hasan al-Banna, apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga 
kesatuan umat Islam? Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga 
kesatuan umat islam adalah wajib. 

 

Lantas Hasan al-Banna menjawab, apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat 
islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang 
mahu menunaikan 8, tunaikan 8, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat 
demikian. 

 

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang 
berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk 
mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu 
mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu 
terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman Nabi SAW dan hari ini, ia boleh 
disebut sebagai akhlak Seek to Understand, Then to be Understood.

 

Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam 
pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej 
Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai 
seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai 
soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah 
masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan 
dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara 
berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

 

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan 
orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para ustaz yang asyik 
menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya ialah...

 

Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang diseru, 
sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami dakwah yang dia 
bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex 
selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar 
masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat 
kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita 
untuk mengejar perubahan masyarakat?

 

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 
tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau 
dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. 
Dia mengajukan soalan kepada saya, do you believe in wearing scarf for Muslim 
girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our 
hair, then He will create us hairless!

 

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa 
tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil 
pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan 
memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan 
an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama 
abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap 
betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

 

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan 
kepada gadis tadi, semua soalan anda tadi adalah persoalan ke8 dan ke9 kita. 
Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

 

Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?, tanya gadis tadi.

 

Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP! jawab saya.

 

Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?, tanyanya lagi.

 

Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola 
tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa 
rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?, saya menguji.

 

Silly game.. mengarut!, ujarnya sambil tersengih.

 

Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi 
sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol 
dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, 
bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju 
bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. 
Betul tak?, saya meneruskan perbualan.