From: "zakuan. quan" 

Makkah al-MukarramahMakkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah 
al-Mukarramah; 

Arab:  terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah, 
ibu kota Arab Saudi. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi 
Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah 
s.w.t.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, 
lebih kurang 1.5 bilion muslim tak kira di mana mereka berada, pasti 
akan menghadap Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya 
sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada 
bulan Zulhijjah setiap tahun.

Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya 
Kaabah.

Sejarah

Sejarah Makkah bermula apabila Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah 
daripada Allah s.w.t. supaya meninggalkan anaknya Nabi Ismail a.s. 
dan isterinya Siti Hajar di sebuah gurun yang kering kontang. Selepas 
Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan isteri dan anaknya itu di sebuah gurun 
beliau kembali ke tempat asalnya.

Apabila air yang dibawa oleh Siti Hajar habis, Nabi Ismail a.s. yang 
ketika itu masih lagi seorang bayi mula menangis meminta susu. Siti 
Hajar yang mula gelisah mula mencari air di antara Al Safa, daripada 
Abi Qubais hinggalah ke Al Marwa. Dalam suasana yang kelam kabut itu 
Nabi Ismail a.s. yang sedang menangis, menghentakkan kakinya di atas 
tanah. Dengan izin Allah s.w.t., air keluar daripada tanah yang 
dihentak Nabi Ismail a.s. tadi. Sebuah telaga dibina kemudian dan 
dikenali sebagai Telaga Zamzam. Akibat daripada peristiwa tadi maka 
selamatlah Siti Hajar dan anaknya.

Dengan kemunculan Telaga Zamzam itu, pedagang-pedagang dan kabilah-
kabilah perdagangan mula muncul. Mereka mula tinggal di situ dan 
membuka penempatan baru. Dengan itu terlahirlah Kota Makkah. Nabi 
Ibrahim a.s. melawat tempat di mana dia meninggalkan anak dan 
isterinya tadi. Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. kemudiannya 
membina Kaabah.

Al Masjid Al Haram di Makkah, tempat paling suci dalam IslamPada 
tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Makkah hendak diserang oleh 
tentera Abrahah yang cemburu dengan kemajuan Makkah sebagai pusat 
keagamaan Semenanjung Arab. Mujur dengan kuasa Allah s.w.t., tentera 
Abrahah ditewaskan. Tahun kejadian itu digelar Tahun Gajah.

Makkah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi 
Muhammad s.a.w. hidup di kalangan masyarakat yang menyembah berhala 
tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim 
a.s.

Lokasi Makkah, Madinah dan bandar-bandar lain di Arab Saudi.Satu hari 
sewaktu Rasulullah s.a.w. (berumur 40 tahun) sedang berada di dalam 
sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi oleh Malaikat 
Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah s.w.t. Wahyu itu 
memerintahkan supaya Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan ajaran Islam 
kepada seluruh penduduk Makkah. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan 
ajaran Islam kepada penduduk Makkah tetapi kebanyakkan mereka 
menentangnya. Rasulullah s.a.w. kemudiannya berhijrah ke Madinah pada 
tahun 622 masihi.

Ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab. Nabi 
Muhammad s.a.w. kemudiannya kembali ke Makkah pada tahun 628 masihi 
bersama-sama ribuan pengikut baginda. Mereka memasuki Makkah tanpa 
mengalirkan darah. Penduduk Makkah akhirnya menganuti ajaran Islam 
dan ini menjadikan Makkah pusat perkembangan Islam.


 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke