Masalah alam sekitar perlu ditangani melalui pendidikan
Thursday, March 31 @ 18:02:12 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Hrkh) - Angkatan Muda KeADILan melihat, masalah utama yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar di negara ini ialah kerana rakyat tidak dididik secara formal mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Natijahnya, Angkatan Muda KeADILan melihat kadar pencemaran udaran di negara ini kian berada di tahap yang membimbangkan.

Sekitar minggu lalu keadaan menjadi amat membimbangkan kerana pada 23 Mac 2005 sahaja empat lokasi dikenalpasti mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 101.

Angkatan Muda Malaysia melihat perlunya reformasi terhadap kefahaman alam sekitar dalam masyarakat bagi menangani perkara ini.

Menurut kenyataan Angkatan Muda KeADILan, pendidikan alam sekitar perlu dijadikan agenda utama pada peringkat kebangsaan,negeri, daerah dan tempatan dalam membangunkan warga celik pengetahuan alam sekitar di negara ini.

Pengerusi Biro Sumber Asli dan Alam Sekitar Angkatan Muda KeADILan, Kumar Thuraisinggam berkata, pendidikan alam sekitar penting supaya semua pihak berkepentingan dapat membuat keputusan seimbang bagi menangani isu alam sekitar yang kompleks.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu pencemaran alam sekitar yang kerap berlaku kebelakangan ini sehingga menyebabkan indeks udara di negara ini berada ditahap yang tidak sihat.

Malah katanya, bagi memastikan kelestarian alam sekitar pada masa akan datang, semua pihak mesti bekerjasama menjayakan pendidikan alam sekitar supaya ianya menjadi agenda utama dalam semua kegiatan.

“Pendidikan alam sekitar adalah proses pembelajaran sepanjang hayat bertujuan membangunkan warga celik alam sekitar serta mempunyai pengetahuan kemahiran dan komitmen dalam membuat keputusan yang memberi kesan kualiti alam sekitar,"kata Kumar.

Beliau menambah, satu usaha yang serius perlu dijalankan oleh kerajaan sendiri dalam mendidik masyarakat mengenai isu alam sekitar termasuk langkah-langkah mengelak dari menyumbang kepada pencemaran.

Kumar berkata, pihaknya melihat pendidikan alam sekitar pada masa ini hanya di ajar secara merentasi kurikulum bagi setiap mata pelajaran.

“Tiap sekolah dibekalkan buku mengenainya (alam sekitar) dan guru– guru digalakkan menekankan pendidikan alam sekitar apabila difikirkan sesuai, tetapi yang pasti hasilnya tak memberansangkan,”katanya.

Pada peringkat pendidikan guru pula, beliau berkata hanya guru yang menjalankan kursus perguruan peringkat Diploma Perguruan (selepas 1998) disediakan dengan kurikulum pendidikan alam sekitar.

“Ini menunjukkan usaha yang belum serius kerana kursus Pendidikan Alam Sekitar ini hanya bernilai dua jam kredit dan kuliah hanya dalam satu semester sahaja, malah pensyarah yang menyampaikannya tidak mempunyai latar belakang pendidikan alam sekitar yang kukuh,” ujarnya.

Justeru Kumar berkata, Angkatan Muda KeADILan meminta semua pihak terutamanya kerajaan khususnya kementerian terbabit segera mengkaji langkah memberi pendidikan kepada semua lapisan masyarakat terhadap pentingnya penjagaan alam sekitar. - mks.

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! Groups Sponsor
ADVERTISEMENT
Children International
Would you give Hope to a Child in need?
 
· Click Here to meet a Girl
And Give Her Hope
· Click Here to meet a Boy
And Change His Life
Learn More


Yahoo! Groups Links

Kirim email ke