Bismillah [hidayahnet] Masih Ada Waktu

2006-05-21 Terurut Topik -:\(.NiNiE NiShDa.\):-



Assalammualaikum & salam hormat buat semuaSatu kisah buat renungan kita bersama.  Arman masih lagi tekun di hadapan monitor komputernya komputernya, mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sesekali dia menyentuh tetikus yang terletak di sebelah kanan monitornya. Sibuk. Sibuk sekali. Semenjak dipertanggungjawabkan dengan projek baru ini oleh majikannya, Arman begitu sibuk sekali. Sehingga kesemua kerjanya yang tidak sempat disiapkan di pejabat dibawa pulang bersamanya ke rumah.  Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam. Normah, isteri Arman baru sahaja keluar dari bilik
 setelah selesai menunaikan solat fardhu Isya'. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Arman masih tidak berganjak dari meja komputernya. "Bang, tak berhenti untuk solat dulu ke? Kerja tu kan nanti boleh disambung?" tegur Normah dengan lembut. "Hm..." dengus Arman sebagai membalas peringatan oleh isterinya.  Normah berlalu. Dia tidak berani untuk menegur dengan lebih lagi. Normah cukup kenal benar dengan perangai Arman yang panas baran. Lalu Normah mengambil bakul yang dipenuhi dengan pakaian yang telah kering yang diambil dari ampaian petang tadi. Sewaktu melintasi sisi Arman, tangan Normah telah disambar oleh suaminya. Arman mengenggam tangan Normah sambil merenungnya seketika.  "Awak tahu tidak projek ini penting untuk saya? Ini bagaikan nyawa kerjaya saya. Tak perlu awak nak susah-susah ingatkan saya waktu solat seperti saya anak-anak awak. Tugas ini amanah majikan kepada saya. Saya pasti Allah faham
 apa yang saya buat. Tahu?" bentak Arman. Normah hanya tunduk memandang lantai. Memanglah, jika diikut dari segi pendidikan, Arman jauh lebih tinggi darinya. Sama ada akademik mahupun agama.  Arman melepaskan gengaman tangannya terhadap Norman dan kemudian meneruskan kerjanya. Begitu asyiknya dia menaip sehingga terlupa waktu terus berlalu. Sedar-sedar, jam sudahpun pukul 12 tengah malam. "Allah... Dah larut rupanya. Patutlah aku rasa mengantuk sangat." bisik Arman kepada dirinya sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Dalam tidak sedar Arman terlelap di tempat duduknya.    ***  Arman hanya tersedar apabila terasa bahunya bagaikan digerak oleh seseorang. Dengan mata yang kelat, Arman melihat sekujur tubuh yang besar
 dan tinggi berada disebelahnya. Arman cuba mengangkat kepalanya tetapi rasanya, mungkin 'makhluk' itu telah menahan kepalanya dari mendongak.  "Hai manusia. Hari ini aku akan pisahkan engkau dari dunia yang engkau cintai ini!" suara milik tubuh yang besar itu bagaikan halilintar membelah bumi. "Tapi... Siapa engkau...?" Tanya Arman dengan nada yang tersekat-sekat. Seraya kemudian makhluk itu mula ketawa membuatkan Arman terasa bagaikan rumahnya sedang dilanda gempa bumi.  "Kau tak perlu tahu siapa aku. Mari. Ikut aku. aku akan segera membawamu bertemu dengan Tuhanmu yang sering kau abaikan!" kaki Arman menggeletar mendengar kata-kata makhluk tersebut. Bertemu Tuhan? Allah? Serta-merta Arman teringat bahawa dia masih belum menunaikan solat. "Wahai makhluk, tolonglah aku. Jika benar kau ingin membawa aku bertemu denganNya, izinkanlah aku tunaikan solat dahulu..."  Sekali lagi makhluk itu ketawa. "Apa? Kau masih
 ada keinginan untuk bersolat? Bagus... Tetapi mengapa baru sekarang? Sekarang sudah jam berapa wahai manusia?" Arman terdiam ketika diajukan soalan begitu. Serta-merta di pandangannya kelihatan wajah Normah yang telah mengingatkannya agar segera menunaikan kewajipannya tadi. Bukan itu sekali sahaja tetapi berbilang-bilang kali.  "Aku hairan dengan kamu manusia. Tatkala terdengar berita tentang lombong emas di suatu tempat, kamu akan bersegera ke sana. Padahal ianya hanyalah sementara. Dan apabila terdengar tentang sesuatu nikmat, kamu juga akan segera ke sana. Sedangkan ianya sia-sia. Tetapi Allah mengkhabarkan kamu tentang harta di syurga yang kekal dan nikmatnya yang tidak terhingga di sana, mengapa kamu tidak berkejaran untuk mendapatkannya?"  Arman terkedu. Terasa benar apa yang dituturkan oleh makhluk itu tepat mengena batang hidungnya. Airmatanya mula menitis. Arman mulai kesal dengan apa yang telah
 dilakukan olehnya selama ini. Dia selalu alpa. Dia selalu lupa. Terkadang memang sengaja dia buat-buat lupa untuk mendirikan solat pada awal waktu. Bukan itu sahaja. Malah sesiapa yang cuba mengingatkan pasti akan 'disekolahkan' olehnya.  Hidupnya terlalu mengutamakan dunia. Jika cuba diingatkan, dengan bersahaja Arman akan katakan bahawa Nabi saw menyuruh kita makan terlebih dahulu jika makan sudah dihidangkan. Ataupun dia akan sibuk mengulang tentang amanah. Katanya tugasnya adalah amanah dan sebagai muslim dia diwajibkan menunaikan amanah. Memang rakan-rakannya tidak mampu melawan hujahnya. Itulah yang memang Arman mahukan.  Cuma sekali, Arman memang cukup sakit hati dengan Majid. Kerana Majid pernah mematikan hujahnya. Kata Majid, benarlah Nabi saw kata makan dahulu jika makanan telah terhidang. Tetapi Nabi saw makan tidak seperti kita. Baginda hanya memakan roti dan sup at

Bismillah [hidayahnet] Masih Ada Waktu

2006-05-03 Terurut Topik ruzaihan . junit



Arman masih lagi tekun di hadapan monitor komputernya komputernya,
mengetuk-ngetuk papan kekunci. Sesekali dia menyentuh tetikus yang terletak
di sebelah kanan monitornya. Sibuk. Sibuk sekali. Semenjak
dipertanggungjawabkan dengan projek baru ini oleh majikannya, Arman begitu
sibuk sekali. Sehingga kesemua kerjanya yang tidak sempat disiapkan di
pejabat dibawa pulang bersamanya ke rumah.

Jam menunjukkan sudah pukul 9.00 malam. Normah, isteri Arman baru sahaja
keluar dari bilik setelah selesai menunaikan solat fardhu Isya'. Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Arman masih tidak berganjak dari
meja komputernya. "Bang, tak berhenti untuk solat dulu ke? Kerja tu kan
nanti boleh disambung?" tegur Normah dengan lembut. "Hm..." dengus Arman
sebagai membalas peringatan oleh isterinya.

Normah berlalu. Dia tidak berani untuk menegur dengan lebih lagi. Normah
cukup kenal benar dengan perangai Arman yang panas baran. Lalu Normah
mengambil bakul yang dipenuhi dengan pakaian yang telah kering yang diambil
dari ampaian petang tadi. Sewaktu melintasi sisi Arman, tangan Normah telah
disambar oleh suaminya. Arman mengenggam tangan Normah sambil merenungnya
seketika.

"Awak tahu tidak projek ini penting untuk saya? Ini bagaikan nyawa kerjaya
saya. Tak perlu awak nak susah-susah ingatkan saya waktu solat seperti saya
anak-anak awak. Tugas ini amanah majikan kepada saya. Saya pasti Allah
faham apa yang saya buat. Tahu?" bentak Arman. Normah hanya tunduk
memandang lantai. Memanglah, jika diikut dari segi pendidikan, Arman jauh
lebih tinggi darinya. Sama ada akademik mahupun agama.

Arman melepaskan gengaman tangannya terhadap Norman dan kemudian meneruskan
kerjanya. Begitu asyiknya dia menaip sehingga terlupa waktu terus berlalu.
Sedar-sedar, jam sudahpun pukul 12 tengah malam. "Allah... Dah larut
rupanya. Patutlah aku rasa mengantuk sangat." bisik Arman kepada dirinya
sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Dalam tidak sedar Arman terlelap di
tempat duduknya.

  ***

Arman hanya tersedar apabila terasa bahunya bagaikan digerak oleh
seseorang. Dengan mata yang kelat, Arman melihat sekujur tubuh yang besar
dan tinggi berada disebelahnya. Arman cuba mengangkat kepalanya tetapi
rasanya, mungkin 'makhluk' itu telah menahan kepalanya dari mendongak.

"Hai manusia. Hari ini aku akan pisahkan engkau dari dunia yang engkau
cintai ini!" suara milik tubuh yang besar itu bagaikan halilintar membelah
bumi. "Tapi... Siapa engkau...?" Tanya Arman dengan nada yang
tersekat-sekat. Seraya kemudian makhluk itu mula ketawa membuatkan Arman
terasa bagaikan rumahnya sedang dilanda gempa bumi.

"Kau tak perlu tahu siapa aku. Mari. Ikut aku. aku akan segera membawamu
bertemu dengan Tuhanmu yang sering kau abaikan!" kaki Arman menggeletar
mendengar kata-kata makhluk tersebut. Bertemu Tuhan? Allah? Serta-merta
Arman teringat bahawa dia masih belum menunaikan solat. "Wahai makhluk,
tolonglah aku. Jika benar kau ingin membawa aku bertemu denganNya,
izinkanlah aku tunaikan solat dahulu..."

Sekali lagi makhluk itu ketawa. "Apa? Kau masih ada keinginan untuk
bersolat? Bagus... Tetapi mengapa baru sekarang? Sekarang sudah jam berapa
wahai manusia?" Arman terdiam ketika diajukan soalan begitu. Serta-merta di
pandangannya kelihatan wajah Normah yang telah mengingatkannya agar segera
menunaikan kewajipannya tadi. Bukan itu sekali sahaja tetapi
berbilang-bilang kali.

"Aku hairan dengan kamu manusia. Tatkala terdengar berita tentang lombong
emas di suatu tempat, kamu akan bersegera ke sana. Padahal ianya hanyalah
sementara. Dan apabila terdengar tentang sesuatu nikmat, kamu juga akan
segera ke sana. Sedangkan ianya sia-sia. Tetapi Allah mengkhabarkan kamu
tentang harta di syurga yang kekal dan nikmatnya yang tidak terhingga di
sana, mengapa kamu tidak berkejaran untuk mendapatkannya?"

Arman terkedu. Terasa benar apa yang dituturkan oleh makhluk itu tepat
mengena batang hidungnya. Airmatanya mula menitis. Arman mulai kesal dengan
apa yang telah dilakukan olehnya selama ini. Dia selalu alpa. Dia selalu
lupa. Terkadang memang sengaja dia buat-buat lupa untuk mendirikan solat
pada awal waktu. Bukan itu sahaja. Malah sesiapa yang cuba mengingatkan
pasti akan 'disekolahkan' olehnya.

Hidupnya terlalu mengutamakan dunia. Jika cuba diingatkan, dengan bersahaja
Arman akan katakan bahawa Nabi saw menyuruh kita makan terlebih dahulu jika
makan sudah dihidangkan. Ataupun dia akan sibuk mengulang tentang amanah.
Katanya tugasnya adalah amanah dan sebagai muslim dia diwajibkan menunaikan
amanah. Memang rakan-rakannya tidak mampu melawan hujahnya. Itulah yang
memang Arman mahukan.

Cuma sekali, Arman memang cukup sakit hati dengan Majid. Kerana Majid
pernah mematikan hujahnya. Kata Majid, benarlah Nabi saw kata makan dahulu
jika makanan telah terhidang. Tetapi Nabi saw makan tidak seperti kita.
Baginda hanya memakan roti dan sup atau beberapa butir kurma. Dan berhenti
pula sebelum kenyang. Jadi masih sempat bersolat di awal wakt