Re: Bismillah [hidayahnet] SIM : RENUNGAN: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan

2006-03-08 Terurut Topik Caring Mommy



Assalamualaikum,
 
Maaf kerana saya ada pandangan berbeza berkenaan dengan kisah-kisah akhlak sebegini...
 
Sebenarnya, dari kecil hingga dewasa, selalu sangat kita disajikan dengan kisah-kisah teladan. Buat baik, dibalas baik. Seperti ' hukum karma '. Ada juga yang memetik kata-kata 'what goes around comes around' atau terjemahannya yang lebih kurang begini - hari ni kita buat begini, esok orang akan buat kita pula, dsb. Di dalam buku-buku edisi kanak-kanak, seringkali dipaparkan kisah kejujuran murid miskin. Walaupun miskin, mereka jujur dan memulangkan wang yang ditemui kepada polis. Di akhir cerita, murid itu mendapat pujian dan hadiah di atas kejujurannya. Akibatnya, minda seorang kanak-kanak seperti saya telah tertanam suatu perasaan bahawa :-

 
i. Jika kita buat baik, kita akan dapat balasan segera (balasan di dunia secara tunai atau cash on delivery (COD).
ii. Kejujuran hanya dimiliki oleh orang miskin. Orang kaya adalah orang yang jahat, tidak berakhlak dan mereka sentiasa mencari peluang menindas golongan miskin.
 
Ada juga yang menambah-nambah dengan mengatakan kita kena bersyukur walaupun miskin kerana kekayaan akan menjadikan kita jahat. Kita kena zuhud. Buang dunia. Tak perlu sibuk menikmati indahnya sinar pelangi dan kicauan burung-burung di angkasa. Itu hak orang kafir yang memang dapat bahagian di dunia sahaja. 

 
Bila besar sikit, realiti berubah. Saya menyaksikan orang kaya yang murah hati, berderma sana sini. Panjang tangan menurut istilah bahasa arab iaitu pemurah (bukan istilah orang melayu yang bermakna kuat mencuri). Disamping itu, mereka secara zahirnya nampak seperti golongan yang patuh agama. Saya juga menyaksikan orang miskin bertambah hina kerana sudahlah miskin, akhlak buruk, ketaatan pada agama yang boleh dinilai secara fizikal habis lintang pukang. Persepsi seorang kanak-kanak seperti saya berubah lagi... kisah suri teladan semasa kecil hanya kisah dalam buku cerita aje...

 
Bila besar (matang sikit), dan setelah belajar dalam usrah, sebagai seorang Islam, perbuatan seseorang itu adalah berdasarkan pada hukum syarak. Kaedah usul fiqh asas untuk benda dan perbuatan:-
 
1. Al aslu fii al-asyia' al-ibaahtu maa lam yariddaleel attahreem - hukum asal benda adalah mubah selagi tidak ada dalil/nas yang mengharamkan.
 
2. Al aslu fi af'al attaqoyyudu bi hukmi syar'ie - hukum asal perbuatan itu adalah tertakluk pada hukum syarak.
 
Maka, perbuatan seseorang muslim itu bukanlah kerana mengharapkan  balasan baik di hujung sana secara tunai, sebaliknya ia mengharapkan ganjaran (pahala) dari Allah dan juga untuk menjauhkan dari larangan dan kemurkaan Allah. Jika harap akan di hargai oleh manusia, dapat balasan, award, ganjaran, pujian dsb - maka ia telah tersasar dari tujuan asal. Memang adakalanya kita berbuat suatu kebajikan pada seseorang, tiba-tiba Allah membalasnya melalui perbuatan baik yang dilakukan oleh orang lain pada kita - tetapi itu adalah secara kebetulan sahaja dan kita tak boleh menganggap ia kerana kita buat baik pada orang. Kita buat baik sebab itu perintah Allah. Jika ada orang nak buat baik pada kita, alhamdulillah. Bonus. Tetapi jika tidak dapat balasan baik atau layanan baik dari manusia, kita tetap akan berbuat baik secara istiqamah jika kita hanya nakkan redha dan ganjaran dari Allah (ikhlas kerana Allah dan dengan kaifiyat yang betul). Selalu juga orang berhenti buat baik bila madu dibalas tuba, beri bunga dapat najis. Itu tak ikhlas namanya...

 
Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab mendidik anak-anak kita tentang hal ini supaya mereka mendapat pendedahan awal dan tidak tunggu besar dan tua baru dapat maklumat.
 
Maaf jika tersilap dan terkasar bahasa. Wassalam. 
On 3/5/06, ruzaihan.junit  wrote:
- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 03/05/200607:35 AM - Abang Long
 <[EMAIL PROTECTED]  To:  [EMAIL PROTECTED] >   cc:
 Sent by:Subject: SIM : RENUNGAN: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan [EMAIL PROTECTED] ogroups.com
 02/17/2006 08:17 AM"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumahmereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh
seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelakimeminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendakmemberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,
"Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suamiyang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup
kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yangmenjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderitakerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.
Akhirnya rumahtangga mereka musnah ak

Bismillah [hidayahnet] SIM : RENUNGAN: Perjalanan Takdir yang Menakjubkan

2006-03-06 Terurut Topik ruzaihan . junit
- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 03/05/2006
07:35 AM -

 
  Abang Long
 
  <[EMAIL PROTECTED]  To:  [EMAIL PROTECTED]
 
  >   cc:   
 
  Sent by:Subject: SIM : RENUNGAN: 
Perjalanan Takdir yang Menakjubkan
  [EMAIL PROTECTED] 

  ogroups.com   
 

 

 

 
  02/17/2006 08:17 AM   
 

 

 



"Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah
mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh
seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki
meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak
memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,
"Wahai suamiku, bolehkah saya memberikan makanan kepada pengemis ini?"

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami
yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup
kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang
menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita
kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama
setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.
Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang
baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka
pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat
mengharukan hati wanita itu.

Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah saya
memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan
kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya
masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan
bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana
saya menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?"

Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan
sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku. Saya sedih dengan
perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa
pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu."
Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut,
tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa saya yang kini
menjadi suamimu ini. Saya adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang
haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang
bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA.





 Yahoo! Groups Sponsor ~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
~-> 

--

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*