TUMPASNYA SEORANG PERAGUT DI MASJID MAKMURIAH

Kisah ini merupakan suatu kisah yang benar-benar berlaku iaitu beberapa beberapa hari sebelum umat Islam berpuasa iaitu menyambut kedatangan Ramadhan 1426H yang penuh berkat. Tujuan penulis menceritakan kisah ini sebagai pengajaran kepada peragut dan kepada kita semua supaya sentiasa berhati-hati apabila membawa beg tangan, dompet atau beg terutamanya yang mengandungi barang berharga.

Kebetulan peristiwa ini berlaku di sebuah Masjid iaitu Masjid Jamek Makmuriah yang terletak di dalam pekan Sungai Besar di Selangor. Lokasi masjid ini amat sesuai untuk masyarakat Sungai Besar menunaikan solat secara berjamaah kerana ia di apit oleh tiga buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Agama Ehya al-Falah dikiri, Sekolah Kebangsaan Seri Makmur di Kanan dan di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar. Berhampiran Masjid juga terdapat balai polis, komplek Majlis Daerah Sabak Bernam yang merupakan pusat pentadbiran.

Sewaktu Jamaah Masjid Makmuriah menunaikan solat Zohor iaitu dalam rakaat kedua, tiba-tiba mereka mereka dikejutkan dengan jeritan seorang wanita yang terpaksa membatalkan solatnya kerana beg tangannya dicuri oleh seorang peragut. Walau bagaimana jamaah masjid tetap meneruskan solatnya.

Di waktu itu, ada tiga orang guru dari sekolah berhampiran baru hendak masuk ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah. Mendengar jeritan itu, mereka terus mengejar peragut itu. Peragut itu melarikan diri ke arah SMK Sungai Besar tetapi malang tidak berbau, mungkin ini hari malang buat peragut kerana setelah lama terlepas kali ini tertangkap pula, bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh juga ke tanah. Peragut itu dapat ditangkap oleh murid-murid sekolah di situ.

Peragut itu kemudian dibawa ke Masjid, kebetulan memang ramai anggota polis yang berpakaian biasa solat berjamaah di Masjid Makmuriah. Maka peragut Melayu berusia awal 20-an itu dibawa ke balai polis. Setelah diperiksa terdapat banyak kunci pada peragut itu, mungkin selain meragut beliau menjalankan kegiatan mencuri motorsikal dan sebagainya. Sebelum ini memang ada berlaku kehilangan motorsikal dan kejadian pecah kereta semasa jamaah solat di Masjid.

Kadang-kadang penulis terfikir, di akhir zaman ini orang ke Masjid bukan semata-mata untuk beribadat kepada Allah SWT tetapi ada juga yang bertujuan untuk melakukan kemungkaran, jika tidak masakan selipar, kasut, pembesar suara, tong derma, motorsikal hilang dicuri dan kereta dipecah orang. Malah peragut juga mencari jalan mudah dengan meragut di dalam masjid ketika jamaah khusyuk solat.

Di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat masjid ditegakkan atas dasar taqwa dan ia menjadi dasar kepada penegakan masjid-masjid lain kemudiannya. Masjid yang dididirikan adalah untuk menambat hati agar sentiasa mengingati Allah SWT walaupun dalam keadaan sibuk mana sekalipun. Masjid dibina bertujuan memimpin dan membentuk kegiatan masyarakat.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua, berhati-hatilah semasa membawa barang berharga hatta ketika solat pun kita tidak boleh lepa.

Wallahu a'lam….

"Sesunggunya Solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Semesta Alam"

Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke