A. Wanita dan Rumahtangga sebelum Islam

1. Zaman Fir'aun.

Wanita di zaman Fir'aun berbeza masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang 
lain. Di zaman ini mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan 
kadang kala mereka terima melebih lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno 
anggap kaum wanita lebih sempurna dari kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut - 
memerintah Mesir selama 22 tahun. Di kalangan raja dan pembesar pula, mereka 
mengamalkan poligami tetapi tidak mengamalkan pemberian hak yang sama pada 
isteri2. Ini merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita. 

2. Zaman Yunani.

Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita. Wanita seperti barang 
perhiasan yang boleh dijualbeli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah 
jelmaan syaitan yang jahat dan kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya 
keatas isteri. 

3. Zaman Romawi.

Zaman ini lebih teruk sari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu 
undang-undang menyatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu 
wanita tidak dibangkitkan di hari akhirat. Selain dari itu, kaum wanita 
dilarang makan daging, ketawa malah kadangkala dilarang berbicara. Pada mulut 
wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara. Kekejaman mereka melebihi 
batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada suami untuk membunuh isteri. 
Undang2 ini diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan 
menyerahkan isteri kepada orang lain. 



4. Negeri China.

Pada zaman dahulu hingga abad ke 15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan 
bersama suami yang mati, malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini 
juga dipakai oleh bangsa Skandinavia pada abad-abad pertengahan. 

5. Negeri India.

Pada pertengahan abad ke 20, janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum 
Tuda, pengantin perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara 
ini berakhir setelah suami meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita. 

6. Farsi.

Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat hina. Wanita dianggap sebagai 
pangkal kejahatan dan kemurkaan dewa.

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada masa 
dua abad sebelum Islam, di Perancis sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah 
wanita itu haiwan atau syaitan? 

Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah berjaya menyelamatkan kaum 
wanita dari kezaliman.

B. Rumahtangga Mithali

Rasulullah SAW telah bersabda, 

"Perasaan kasih adalah kecintaan suami kepada isterinya. Perasaan sayang adalah 
sayangnya suami kepada isterinya meskipun ada keburukan pada dirinya" 
(diriwayatkan oleh Ibnu Abbas) 

Perasan saling mencintai akan menjadikan pasangan suami/isteri seolah-oleh satu 
jiwa. Ia merupakan penawar segala-galanya. Perasaan ini akan mengalirkan rasa 
kebahagiaan hingga ujudlah sebagaimana yang diucapkan Rasulullah "Baiti 
Jannati" (Rumahku Syurgaku). 

C. Perhatian Suami Teladan terhadap isteri tercinta 

Cinta suci adalah perasaan yang luhur yang mengangkat manusia ke darjat yang 
tinggi. Cinta merupakan motivasi dalam diri bagi diri manusia yang akan 
mendorong manusia untuk melakukan kebajian. Ianya juaga boleh diujudkan dengan 
cara: 

1. Menghargai pendapat isteri

2. Sentiasa mendidik isteri

D. Bimbingan untuk kebahagian hidup

Bimbingan ini mestilah berlandaskan Islam dan cara yang paling baik ialah 
dengan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. 

E. Kasih sayang suami Mithali

Rasulullah merupakan seorang hamba Allah yang pengasih dan penyayang dimana 
baginda mengamalkan:

1. Kasih sayang terhadap kaum muslimin

2. Kasih sayang terhadap orang-orang musyrik 

3. Kasih sayang terhadap kanak-kanak

4. Kasih sayang terhadap hamba

5. Kasih sayang terhadap haiwan 
 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke