From: "Jamiah Suseno" 
Date: Thu, 16 Mar 2006 09:44:22 +0800
Subject: Wudhuk Dzahir dan BatinWudhuk Dzahir dan Batin 
(Source: forwarded emails)

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. 
Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu 
bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki 
dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan 
bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim 
berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata, "Wudhuk 
zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". 
Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua 
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku 
rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka 
di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula 
aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa 
solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan 
bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknaya kemudian aku rukuk dan 
sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi 
salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang 
kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.

Untuk munafaat kita bersama, berpesan2 lah kepada sahabat2 kita yang lain. 
 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke