Dato Mustafa Kamal Mohd Zaini <[EMAIL PROTECTED]> wrote: To: [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],
  [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
  [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
  [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
  [EMAIL PROTECTED]
From: Dato Mustafa Kamal Mohd Zaini <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Sun, 29 Jul 2007 18:10:37 -0700 (PDT)
Subject: [NaqibNet-Operasi] Antara yang Popular dan Tidak Popular, Ganjaran 
yang Sedikit dan Ganjaran yang Banyak...

                                  

  Salam~
  
 Boleh saya berkongsi satu perkara yang terlintas di kepala saya?  Sebelum itu, 
maaf dipinta kerana 'lintasan hati' ini tidak bersandarkan nas-nas yang tepat 
kerana saya menulis secara rambang sahaja.  Ini bukan research paper, hanya 
sebuah 'lintasan hati'.
  
 Di dalam Islam, seringkali disebutkan golongan yang 'sedikit' yang mendapat 
habuan yang besar dari ALlah SWT.  Dalam surah AlWaqiah disebutkan tentang 
golongan... Assabiqunassabiquun....  "ramai dari golongan orang yang terdahulu, 
dan sedikit dari orang yang terkemudian (zaman ini)...".  Kalau kita kaji lagi 
di dalam AlQuran tentang  'golongan orang yang terdahulu pula', mereka adalah 
golongan yang kecil berbanding dengan ummat pada masa itu.  Lesson learnt, 
orang-orang yang mendapat 'special position' di sisi ALlah SWT ini adalah 
golongan minoriti.
  
 Mari kita lihat bab sembahyang pula.  Kalau kita ni regular solat kira dah 
baiklah tu, insyaALlah.  Namun kalau kita sembahyang jamaah di masjid.... 27 
kali ganda.  Again, sedikit sekali orang yang sembahyang berjemaah di masjid 
kalau kita ambil ratio total umat Islam.  Sebab itu Allah beri pahalanya 27x 
ganda.
  
 Satu lagi contoh.  Menolong orang yang susah (dengan bersedekah).  Kalau saya 
sedekah RM 100 kepada fakir miskin di Malaysia... alhamdulillah ALlah SWT 
memberi ganjaran yang sewajarnya kepada saya, insyaALlah dengan janji-janjinya 
sebagiamana termaktud di dalam AlQuran dan Al-hadith Rasulullah SAW.   
Bagaimana kalau saya sedekah RM 100 kepada golongan fakir dan tertindas pula? 
Hmm.... munkin Allah melipatgandakan pahalanya pula.  Bagaimana pula jika RM 
100 itu disedekahkan kepada golongan fakir yang tertindas dan berjuang 
(berjihad) menentang penindasan/penjajahan?   Hmmm, logiknya lebihlah 
pahalanya....  Bagaimana pula jika mereka golongan  fakir yang tertindas 
,berjuang (berjihad) menentang penindasan/penjajahan dan seringkali DILUPAKAN?  
InsyaAllah saya yakin, pahalanya berganda-ganda lagi.
  
 Tuan-Tuan dan Puan-Puan para dermawan,
  
 Kantung Tabung Baluchistan masih lagi  'kosong'.  Setakat ini baru mendapat 
RM200.  Munkin anda sudah' juak' melihat orang-orang Afghan ke hulu ke hilir 
meminta-minta di pinggir-pinggir jalanan atau di kedai-kedai kopi dan di 
pejabat-pejabat. SEbelum kita blaim mereka, mari kita bayangkan yang pelarian 
Afghan di sempadan Pakistan ada sekitar 6 juta, dan di sempadan Iran sekitar 7 
juta.  Ini berdasarkan maklumat yang saya ada.  Tentunya dengan tiada peluang 
pekerjaan dan keadaan mukabumi yang kering kontang, mereka terpaksa berbuat 
sesuatu.  Ingatkah lagi pada suatu masa dahulu, Afghanistan seringkali menjadi 
sebutan kita kerana berjaya mengalahkan Soviet Union?  Bagaimana semangat 
bahawa Islam boleh mengalahkan Barat dengan ketenteraan yang sudah lupus sejak 
kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah dihidupkan semula oleh mereka?  Walaupun hasil 
dari kemenangan tersebut, berlaku masalah-masalah lain tetapi hakikatnya  
mereka telah berjasa kepada umat Islam.  Mari kita lihat dari
 sudut yang positifnya.  Jangan kita 'juak' kepada golongan mustadafin... 
mereka sebenarnya adalah ujian kepada kita.  Isu Afghan nampaknya sudah tidak 
popular lagi.  Tiada gempa bumi, tiada puluhan ribu manusia yang maut.  Namun, 
sebenarnya dengan 13 juta pelarian di sempadan Pakistan dan Iran itu, ianya 
adalah merupakan satu 'time bomb' humanitarian disaster yang akan meledak 
sekiranya mereka dilupakan terus oleh umat Islam.  Jangan kita tunggu ada orang 
mati kebuluran baru kita bersibut-sibuk membantu.  Ingatlah kepada anak-anak 
kecil yang tidur tanpa khemah, beratapkan bulan dan bintang, jika hujan.... 
musim sejuk yang akan menjelang.....only Allah knows....
  
 Dengan rendah hati, saya rayu anda untuk membantu Tabung Mangsa Banjir 
Balochistan.
  
 Wassalam~
 
 Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345)
 Humanitarian Activist
 
 *** jika boleh pohon disebarluas rayuan ini ke mail groups yang lain, terima 
kasih ***
  
 Pohon sumbangan anda disalurkan kepada akaun:

  PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
 Bank 1: Maybank Berhad (Cawangan Taman Melawati).  No akaun: 562209608847
 Bank 2: Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Taman Melawati). No akaun: 
12113010005797
  
 Harap email makluman sumbangan anda ke email [EMAIL PROTECTED] atau telefon 
03-41089669 (Cik Ee Azeani) atau faxkan bank-in slip anda ke no fax: 
03-41071754.

  
 

 ----- Original Message ----
From: Dato Mustafa Kamal Mohd Zaini <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Sent: Wednesday, July 25, 2007 10:24:52 PM
Subject: DANA UNTUK MANGSA BANJIR DI BALOCHISTAN, PAKISTAN

   
 Salam~
  
 Tuan-tuan dan Puan-puan yang dirahmati oleh Allah SWT dengan iman dan limpahan 
rezeki yang melimpah ruah.
  
 JIM INTERNATIONAL sedang mengumpulkan DANA untuk membantu sebuah perkampungan 
di daerah Balochistan, Pakistan yang bersempadan dengan Afghanistan yang 
mengalami hujan lebat dan banjir kilat akibat Cyclone Yemyin yang melanda  
daerah tersebut pada akhir bulan Jun 2007 yang lalu.
  
 Secara umumnya kesan kemusnahan dari Cyclone Yemyin, sekitar 1 juta orang 
kehilangan tempat tinggal di daerah Balochistan dan Sindh. Sila rujuk 
attachment Flyer Hidaya Foundation USA yang memberi gambaran kemusnahan di 
daerah tersebut.  Ribuan kampung tenggelam di dalam air, merosakkan rumah-rumah 
yang dibuat dari tanah liat dan juga memusnahkan tanaman.  
  
 Ingatkah anda, pada 1427H yang lalu JIM International telah menggalang dana 
untuk melaksanakan iftar, membina telaga air dan melaksanakan projek Qurban di 
sebuah perkampungan di Balochistan?  Untuk makluman semua, perkampungan 
tersebut berada kira-kira 30 km dari Chaman di sempadan Pakistan dan 
Afghanistan.  Wakil dari perkampungan tersebut, Syed Muhammad Anwar telah 
menefon saya dari sana memohon bantuan dari anda dengan kadar segera di kem 
pelarian beliau di sana.
  
 Perkampungan Kem Pelarian Afghanistan kelolaan Syed Muhammad Anwar terdiri 
dari 550 khemah.  Berdasarkan kepada anggaran 5-6 orang satu khemah, jumlah 
penghuni di kampung tersebut ialah sekitar 2500 orang.  Dari jumlah tersebut 
ada 85 keluarga ibu tunggal dan kira-kira 470 orang pelajar berada di maahad 
tahfiz di situ.  TELAGA AIR yang disumbangkan oleh JIM INTERNATIONAL melalui 
sumbangan anda para dermawan adalah satu-satunya telaga air untuk 550 khemah 
tersebut.  MasyaAllah...
  
 Disebabkan oleh hujan dan banjir tempoh hari, 55 khemah telah musnah total dan 
kira-kira 20 orang telah mati akibat penyakit yang berkaitan dengan banjir. 
Khemah-khemah yang rosak tentunya lebih banyak lagi.  Ramai lagi yang masih 
sakit-sakit.
  
 Pada masa ini, bantuan ke daerah tersebut ada sedikit dari Brunei, Arab Saudi, 
Oman dan Emirates.  Ada dalam bentuk khemah, makanan dan ubatan.  Namun ianya 
bukan dari NGO tetapi dari individu-individu yang prihatin seperti anda semua.  
Bantuan-bantuan  United Nation biasanya melalui kerajaan Pakistan dan tidak 
sampai ke daerah mereka.  Walaupun seperti ramai yang membantu, tetapi apabila 
ada 6 juta orang pelarian Afghanistan di sekitar perbatasan Pakistan dan 
Afghanistan tentunya ianya satu krisis humanitarian yang sangat kritikal yang 
tidak dapat dibantu kesemua mereka.
  
 JIM INTERNATIONAL ingin merayu kepada anda yang prihatin untuk membantu mereka 
di perkampungan ini.  Kita tahu kemampuan kita yang sedikit, tetapi kita harus 
membantu kepada saudara-saudara kita yang memerlukan ini.  Ini sikap kita 
sebagai sebahagian dari ummah Rasulullah saw.  Dengan resource yang sedikit, 
biarlah kita fokus membantu perkampungan ini.  Mari kita sama-sama angkat 
kampung ini sebagai "KAMPUNG ANGKAT KITA".  Bantuan-bantuan dalam kadar segera 
yang diperlukan adalah untuk membeli Khemah dan assessorinya (karpet).  Saiz 
khemah bergantung kepada saiz keluarga (antara 6m x 5 m dan juga 8m x 7m).  
Selain dari itu, bantuan kewangan untuk ubat-ubatan dan makanan juga 
diperlukan.  
  
 Ringkasannya, apa yang diperlukan beserta bajetnya adalah:
  
 (1) KHEMAH: Khemah, karpet dan keperluan asas =25 buah khemah.  Setiap KHEMAH 
kosnya sekitar RM 800.  Total keperluan = RM 800 x 25 KHEMAH = RM 20,000
 (2) MAKANAN DAN UBAT-UBATAN: RM 5,000.
  
 Pihak kami berharap dapat mengumpulkan jumlah tersebut secepatnya minggu 
depan, jika tidakpun sebahagian besarnya kita harap sangat dapat dikumpulkan 
untuk mengurangkan kesengsaraan mereka seberapa segera.  
  
 Pohon sumbangan anda disalurkan kepada akaun:
  
 PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
 Bank 1: Maybank Berhad (Cawangan Taman Melawati).  No akaun: 562209608847
 Bank 2: Bank Islam Malaysia Berhad (Cawangan Taman Melawati). No akaun: 
12113010005797
  
 Harap email makluman sumbangan anda ke email [EMAIL PROTECTED] atau telefon 
03-41089669 (Cik Ee Azeani) atau faxkan bank-in slip anda ke no fax: 
03-41071754.
  
 Semuga segala bantuan anda dimanafaatkan mereka.  Doa-doa orang yang kena 
zalim dan tertindas ini, insyaALlah tiada hijabnya antara mereka dan ALlah SWT. 
 Moga-moga kita yang menyumbang ini diampuni dosa kita dan digolongkan 
bersama-sama orang yang membantu agama ALlah SWT, ameen.
  
 Wassalamu 'alaikum warahmatullah.
  
 Dato' Hj. Mustafa Kamal b. Mohd Zaini (hp: +60192149345)
 Projek Bantuan Baluchistan, JIM International
  
 *** jika boleh pohon disebarluas rayuan ini ke mail groups yang lain, terima 
kasih ***
  
  
 



 
---------------------------------
 Ready for the edge of your seat? Check out tonight's top picks on Yahoo! TV. 




          
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.
     
                       


karisma.jim.org.my

       
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.

Kirim email ke