Artikel : Najib pecat Abdullah jika enggan turun dari jawatan PM
 
oleh HermanSamsudeen
 



Bakal Presiden Umno yang mengidam kerusi Perdana Menteri, Najib Razak dijangka 
akan membuat penstrukturan Kabinet jika berjaya merampas kerusi itu dari 
Abdullah. Cukuplah jika Najib dilantik jadi Presiden Umno, itu sudah memberikan 
kekuatan padanya walaupun Abdullah enggan letak jawatan sebagai PM.
 
Najib boleh memecat beliau dari Umno dan kemudiannya membawa usul undi tidak 
percaya sebagaimana teori Mahathir jika Abdullah berkeras untuk terus jadi PM.
 
Abdullah juga dipercayai tidak akan menjadi anggota kabinet baru Najib 
sekaligusnya, akan dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan jika kabinet 
dirombak.
 
Naib Presiden Umno sekarang, Muhyiddin Yassin membayangkan rombakan kabinet 
akan dibuat jika Najib berkuasa. Bagi beliau Kabinet Kerajaan yang ada sekarang 
ini sudah dilihat rakyat sebagai ‘Kerajaan yang hilang arah’.
 
MCA pula sudah bersedia untuk menamakan 3 calon Menteri yang baru dimana 
Timbalan Menteri Kewangan sekarang, Kong Cho Ha bakal mengambil tempat Menteri 
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ong Ka Chuan.
 
Turut dinamakan untuk merebut jawatan Menteri ialah Ketua Pemuda MCA yang juga 
Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong dan Ketua Wanita MCA, Chew Mei Fun. 
Disamping itu komponen BN yang lain juga sudah membuat persedian untuk 
menamakan calon mereka bagi merebut jawatan Menteri dalam senarai kabinet yang 
baru.
 
Oleh itu, Najib kini wajar merangka strategi untuk mewujudkan Kabinet yang 
lebih baik dari Abdullah disamping memastikan kedudukan beliau menjadi lebih 
selesa selepas ini.
 
Mahathir mengakui bahawa kumpulan Think Tank Abdullah di Tingkat 4 kini 
terdesak dan semakin giat berusaha agar rancangan peralihan kuasa ini gagal. 
Taruhan mereka iaitu anak menantu Abdullah yang juga Naib Ketua Pemuda Umno 
sekarang, Khairy Jamaluddin bagi merebut Jawatan Ketua Pemuda dianggap usaha 
paling penting bagi memastikan survival ‘geng Tingkat 4′.
 
Mereka juga berusaha agar Abdullah tidak melaksanakan peralihan kuasa walaupun 
sedar bahawa Abdullah sudah tidak tahan menerima tekanan dari ahli Umno untuk 
berundur.
 
Secara keseluruhannya rakyat melihat Abdullah sebagai Perdana Menteri yang 
pasif tetapi dalam masa yang sama masih boleh menerima beliau berbanding Najib 
yang dilihat terlalu agreasif terhadap rakyat.
 
Kini pertembungan kuasa besar ini semakin menuju kemuncaknya, dan rakyat yang 
dibawah ini juga yang akan menjadi korbannya kelak.


      

Kirim email ke