Askm, Kibaran jalor gemilang menjadi mercu tanda kemerdekaan negara apabila memasuki bulan Ogos setiap tahun. Maka ramailah para pemimpin UMNO menyeru rakyat agar kibarkan jalor gemilang !! Walau pun kita bersyukur dengan kejayaan mencapai kemerdekaan namun erti kemerdekaan tidak memberi erti yang sebenar selagi unsur-unsur penjajahan di mana sistem hidup yang bertentangan dengan perintah Allah swt masih diteruskan. Rata-rata yang terkorban ketika memperjuangkan kemerdekaan adalah orang Islam termasuk para ulamak yang terdiri dari orang Melayu tapi mereka bukan pemimpin jauh sekali menjadi ahli UMNO. UMNO hanya wujud pada tahun ? 1946 sedangkan penjajahan telah berlaku ratusan tahun sebelum tertubuhnya UMNO !!
Para pejuang kemerdekaan yang menentang penjajahan bukan sekadar kerana penjajah rampas bumi yang diduduki orang Islam tetapi kerana mereka tahu betapa dendamnya Barat yang berpegang kepada agama Keristian terhadap orang Islam dan sentiasa berusaha menghancurkan aqidah dan sistem hidup Islam. Hari ini walaupun telah lebih 50 tahun batang tubuh penjajah berjaya dinyahkan, namun sistem hidup mereka (Barat) masih banyak yang kekal menjadi dasar dalam pentadbiran negara hinggakan apa yang ditetapkan oleh Allah dalam kitab Nya al Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW yang diutuskan Nya tetap diketepikan kerana UMNO masih meneruskan dasar memisahkan Islam dari politik (sistem pemerintahan berpaksikan agama suku politik suku). Namun bukanlah semua dasar yang ditinggalkan penjajah dari segi zahir adalah buruk belaka. Dalam sistem Barat penyelewengan, pecah amanah dan berbagai lagi kesalahan tetap tidak bermoral. Tapi ianya sekadar nilai di sisi manusia bukan nilai keimanan kepada Allah !! Sungguh pun demikian mereka yang rasa bersalah dalam sesuatu isu atau tragedi di Barat sana sanggup meletakkan jawatan berbanding pemimpin UMNO yang terang-terang didapati bersalah pun masih tetap tidak mahu lepaskan jawatan. Yang merancang jenayah pun terlepas kerana kekebalan politik ?? Maka selagi sistem hidup dan kerosakan moral tidak dinilai berdasarkan keimanan iaitu tidak dinilai berdasarkan ketetapan Allah swt maka selagi itulah erti kemerdekaan sebenar tidak akan tercapai walau jutaan jalur gemilang dikibarkan !! Begitu juga jika sesiapa yang ingin menyumbang kepada negara mestilah niatnya terlebih dahulu demi mencari keredaan Allah bukan kerana negara telah berjaya capai kemerdekaan sedangkan kemerdekaan masih diisi dengan sistem manusia/penjajah yang bercanggah dengan sistem yang ditetapkan Allah swt. Wallahua'lam. ibnuAli T