DIA memakai topi keledar dan menunggang skuter di Banda Aceh, ibu negeri
wilayah Aceh, Indonesia dengan mematuhi semua peraturan dan undang-undang.

Namun, Yuli masih ditahan polis syariah. Kesalahannya: memakai jeans ketat
dan baju yang agak menjolok mata.

Gadis berusia 20 tahun itu hanya tunduk dan tidak membantah apabila ditegur
pegawai lelaki yang menahannya.

"Saya berjanji akan berpakaian lebih sopan," kata Yuli, menyebabkan dia
hanya diberi amaran oleh pegawai berkenaan.

Dalam masa sejam saja 18 wanita ditahan kerana berpakaian yang pada
pandangan mata pasukan Wilayatul Hisbah itu mendedahkan terlalu banyak
bahagian tubuh mereka.

*SINI* <http://1426.blogspot.com/2010/01/cara-aceh-laksana-syariah.html>

Kirim email ke