Di N.Sembilan ini begitu banyak tanah terbiar, terutamanya tanah adat. Bukan 
setakat tanah yang terbiar, malahan rumah banglo beratap genting yang tersergam 
indah pun banyak terbiar di N.Sembilan ini. Berlainan dengan negeri di pantai 
timur seperti Terengganu. Setiap tanah akan dibahagi-bahagikan kepada anak 
beranak untuk dibuat tapak rumah. Itu adalah hakikatnya.

Tanyalah orang N.Sembilan siapa yang nak buat rumah di tanah adat ? 
Rata-ratanya menolak untuk membuat rumah atau mengusahakan tanah adat , 
termasuk golongan wanita seperti ibu dan kakak saya, menyebabkan tanah adat di 
N.Sembilan ini hampir tiada nilai. Akibatnya banyaklah tanah dan rumah terbiar 
di negeri beradat ini.

Akibat dari itu kemungkinan besar banyak cukai-cukai tanah yang tidak berbayar, 
dan kemungkinan besar akan dirampas oleh kerajaan negeri.

Kini kita boleh semak secara online di Pejabat Tanah Negeri Sembilan samada 
kita atau saudara mara kita , terutama datuk nenek kita samada mereka mempunyai 
tunggakan cukai tanah yang belum dibayar.

Laman web Pejabat Tanah Negeri Sembilan ini 
http://ptgns.ns.gov.my/qry_cukai_kp.php dan Pejabat Tanah Seremban ini 
http://cukaitanahseremban.blogspot.com memberikan begitu banyak informasi yang 
berfaedah untuk kita semua. Cubalah tengok, mana tahu kita mewarisi tanah 
ratusan hektar bernilai jutaan ringgit menunggu masa untuk dirampas.




   Rozmal http://waghih.blogspot.com   Yayasan Amal Malaysia 
http://www.amalmalaysia.net  Kelab AMAL NS http://amal-ns.blogspot.com   
Institut Kajian Angkasa http://ikam-space.blogspot.com   Pusat Pendidikan As 
Saidiyyah http://puspa-ns.blogspot.com



Kirim email ke