Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya 
dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah 
keterangan dibawah ini:-

 
  
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978


 
  
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD


 
   
  Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
 
   
  Mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St 
Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis 
asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi 
Katolik 
dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya 
Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione 
Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 
di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia  pada 
tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun . 

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga 
makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada 
penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. 


Penjaga makam di Madinah ialah:


 
      Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul  Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy 
(1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil 
Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim 
Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed 
Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi 
(1967-meninggal dunia 1979).

 
  
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi 
bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah 
Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat 
ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum 
beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula 
kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). 


Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis 
Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini 
adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia 
bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun 
dikirimkan risalah ini". 
   


  
( Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).
 
  
Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di 
Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, 
Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam 
menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta 
mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik 
kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". 
  
Lagipun," surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap 
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan 
SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah 
kewafatan baginda".

 
   
  Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 
8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak 
sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka 
taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang 
itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya 
mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat 
perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun 
tanpa sadar si-pengirim".

 
   
   Hentikanlah menyebarkan juga seperti mana menghentikan SMS fadhoil 'amal 
yang cpt;


   
  Ucapkanlah 'La Ilaha Illallah' dan sebarkan kepada 10orang nescaya kamu akan 
mendapati keajaiban, dan pelbagai fadhoil maudhu yang tidak ada sanadnya. 
Sedangkan mencipta sesuatu fadhoil 'amal seumpama mencipta satu targhib baru 
yang disangka hadith oleh orang awam adalah haram bahkan berdusta pula ia bagi 
pihak Nabi S.A.W.


   
  HENTIKAN MENGHANTAR EMAIL YANG BOLEH MENJADIKAN KITA SESAT TANPA KITA 
SEDARI..INSAFLAH .SEMOGA ALLAH MENGAMPUNKAN DOSA KITA...
 
   
   

Kirim email ke