Kemiskinan sifar adalah satu perkara yang mustahil di dunia ini. Kalau ada yang kaya , pasti ada yang miskin. Itulah ketentuan Ilahi, agar insan kasih mengasihi antara satu sama lain. Justeru itu semangat membantu mereka yang memerlukan harus diteruskan bukan hanya di bulan Ramadhan , malah hendaklah diperhebatkan sehinggalah Ramadhan yang akan datang. Yang pasti ramai mereka yang memerlukan, kalau kita mencari mereka, mereka yang susah pasti ada. Mungkin jiran kita, mungkin saudara kita, mungkin orang kampung kita, mungkin rakan sekerja kita.
Kalau kita tak mampu untuk membantu dari segi wang ringgit. Kita kumpulkan maklumat mereka ini dan kita salurkan kepada mereka yang bertanggungjawab, Jabatan Kebajikan, Baitul Mal, wakil rakyat, Jawatankuasa Masjid dan Surau, Bersama Mu TV3 serta orang ramai yang sudi membantu. Dilampirkan borang untuk memudahkan usaha kita untuk membantu mereka yang memerlukan, keluarga fakir miskin, keluarga daif. Jangan biarkan mereka makan nasi berlaukkan air dan garam. Jangan biarkan mereka makan nasi hanya seminggu sekali. Jangan biarkan anak-anak mereka tidak ke sekolah. Bantulah mereka dengan apa cara sekali pun. Berikut adalah saluran bantuan yang boleh kita usahakan untuk dibuat permohonan bantuan bagi pihak mereka. Mereka yang daif tak mampu hendak menaip surat, mengisi borang, memanjat tangga jabatan-jabatan kerajaan untuk mendapatkan bantuan. Kemiskinan Sifar Adalah Mustahil, Tetapi Tidak Mustahil Untuk Membantu Setiap Orang dan Setiap Keluarga Yang Memerlukan Menteri Besar NS http://www.ns.gov.my/emel/mbns.pdf EXCO N.Sembilan http://www.ns.gov.my/emel/exco.pdf Unit Pengaduan Awam NS http://www.ns.gov.my/emel/aduan.pdf Jabatan Kebajikan Masyarakat NS http://www.ns.gov.my/emel/kebajikan.pdf Majlis Agama Islam NS http://www.ns.gov.my/emel/mains.pdf Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS http://www.ns.gov.my/emel/islam.pdf Jabatan Mufti Kerajaan NS http://www.ns.gov.my/emel/mufti.pdf Alamat, no tel dan faks Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Sembilan http://www.ns.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=181&Itemid=182 Harap negeri lain di Malaysia ini mengambil inisiatif yang serupa. Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com Pusat Pendidikan Al-Irshad http://alirshadns.blogspot.com Kelab Motor NS http://nsarc.blogspot.com ____________________________________________________________________________________ Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games. http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow
Borang Maklumat Rakyat Susah.xls
Description: 1245665144-Borang Maklumat Rakyat Susah.xls