Kempen pilihan raya kecil dilarang sentuh kes Altantuya, Sultan 
Azlan


            Oleh NURUL  AIN MOHD. HUSSAIN
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid
Albar mengesahkan kementeriannya telah mengeluarkan arahan kepada polis
supaya parti-parti yang bertanding dalam ketiga-tiga pilihan raya kecil
tidak menyentuh kes pembunuhan Altantuya dan keputusan Sultan Perak.
"Dua isu tersebut terkandung dalam salah satu syarat berkempen
sepanjang pilihan raya, malah selepas pilihan raya juga rakyat di
negara ini wajar mengikutinya kerana perkara ini termaktub dalam
perlembagaan.
“Ini bukan perkara baru. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah
mengarahkan pihak polis supaya memberi amaran dan mengingatkan
parti-parti yang bertanding supaya jangan sentuh isu-isu sensitif
sebegitu," katanya kepada mStar Online hari ini.
Terdahulu di Bukit Gantang, Timbalan Pengerusi PKR, Chan Lih Kang
memberitahu bahawa Polis Taiping mengeluarkan syarat tambahan permit
kempen berkuat kuasa semalam.
Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6.
Syarat 3,5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta
mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat
3.6 pula berkata "tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan
isu keagamaan".
Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, "kehadiran orang ramai
adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika
kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak
polis akan mengambil tindakan".
Polis mengeluarkan permit berkempen di bawah Akta Polis dan berhak mengenakan 
syarat berkaitan tempoh kempen dan sebagainya.
Kempen ketiga-tiga pilihan raya kecil serentak ini bermula kelmarin.
Jelas Syed Hamid, parti-parti bertanding perlu mematuhi arahan tersebut.
"Ini kerana mereka yang menghina Sultan turut didakwa di bawah Akta Hasutan 
baru-baru ini,” katanya.
Tegas beliau, KDN terpaksa bertindak sedemikian kerana pihak
pembangkang didapati menggunakan dua isu terbabit untuk sepanjang
tempoh berkempen.
"Mereka (pembangkang) dengan sengaja menggunakan isu ini. Mahu meraih simpati.
"Mereka selalu langgar tataetika sepanjang berkempen. Contohnya di
Perak, macam yang kita tahu mana ada isu rampasan kuasa yang mereka
maksudkan.
"Banyak yang retorik dalam ceramah mereka," kata.
Tambah beliau, kedua-dua isu terbabit merupakan kes mahkamah dan ia tidak boleh 
disentuh kerana ia akan bersifat subjudis.
Ditanya bila larangan tersebut mula dikeluarkan Syed Hamid berkata:
"Ia sepatutnya bermula sejak hari pertama kempen lagi. Kita telah
keluarkan arahan dan ia perlu dipatuhi sebelum dan selepas pilihan raya.
"Pihak polis juga telah dimaklumkan untuk memberi amaran kepada semua parti 
yang bertanding... itu sahaja.”
Kes bunuh Altantuya bermula 2006 dan ia masih berlarutan manakala
beberapa kes saman menyentuh krisis politik termasuk yang
mempertikaikan pelantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri
Besar, menerajui Barisan Nasional, menggantikan Datuk Seri Mohammad
Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat, juga sedang dibicarakan.
Baru-baru ini lapan pengunjung laman blog telah dihadapkan ke
mahkamah behubung perbuatan menghantar komen yang menghina Sultan
Perak, Sultan Azlan Shah ekoran krisis politik yang berlaku di negeri
itu.



Kita daii bukan quda'/hakim
abi_a...@yahoo.com



      

Kirim email ke