Kenyataan Media : Pemudawilayah bantah konsert Inul!
 
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (PemudaWilayah) membantah sekeras-kerasnya 
konsert Inul Darastista atau nama sebenarnya Ainul Rokhimah yang dijadualkan 
berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 27 Julai 2008. Tindakan 
membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat kerana 
sebelum ini, konsert berkenaan telah dibatalkan selepas Majlis Bandaraya Johor 
Bahru enggan mengeluarkan permit.
 
Untuk itu, PemudaWilayah akan menghantar memorandum bantahan kepada pihak DBKL 
dan Kementerian Wilayah memandangkan konsert berkenaan akan berlangsung dalam 
kawasan pentadbiran DBKL.
 
Seharusnya pihak Kerajaan peka terhadap kehendak rakyat dan tidak melayani 
artis ini yang sehingga kini masih ditolak oleh Ulama'-ulama' Indonesia yang 
mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur pornografi.
 
Sebelum ini artis ini juga pernah mengadakan konsert di Stadium Merdeka. 
Walaupun dibantah oleh PemudaWilayah tapi pihak DBKL berdegil. Semasa konsert 
berkenaan berlangsung, Inul tetap mempersembahkan aksi goyang pinggul walaupun 
beliau berjanji tidak melakukannya.
 
Jadi adakah ada lagi mana-mana pihak boleh menjaminkan perkara yang sama tidak 
berlaku?
 
PemudaWilayah juga ingin mengingatkan semua pihak terhadap aksi tunjuk punggung 
oleh penyanyi kumpulam Caburateor Dung yang dibelasah oleh penonton yang 
menyaksikan konsert mereka di Stadium Kelana Jaya sempena Himpunan Protes awal 
bulan ini.
 
Suasana menjadi panas bilamana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan 
dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton. Situasi yang 
sama tidak mustahil akan berlaku lantaran kuatnya bantahan yang ditujukan 
terhadap Inul akhir-akhir ini.
 
Walaupun apa jua alasan yang dilontarkan, PemudaWilayah mengingatkan bahawa 
rakyat tempatan menolak konsert ini. Rata-rata penonton yang hadir pada siri 
konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan 
melihat aksi beliau ditanahair sendiri.
 
Jika konsert ini berlaku maka negara ini akan 'dilacurkan' kedaulatannya bagi 
melampiaskan keinginannya warga Indonesia yang tidak tercapai ditanahair mereka.
 
Diharapkan agar pihak Kerajaan mengambil serius terhadap perkara ini bagi 
menjaga imej negara sebagai anggota OIC.
 
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan


      

Kirim email ke