Salaam Tuan Mod. minta laluan di sebarkan:


**


03 April 2010

Ybhg Dato’/Datin/Tuan/Puan

*JEMPUTAN MENGHADIRI DAN MENYUMBANG UNTUK MAJLIS MAKAN AMAL UNTUK MEMBANTU
RUMAH-RUMAH AMAL DI BAWAH NAUNGAN YKPPM *

Sukacita dimaklumkan, Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia
(YKPPM) akan mengadakan “Majlis Makan Malam Amal”. Butiran lanjut program
adalah seperti berikut :




Tarikh :

18hb April 2010 (Ahad)





Tema :

 ANAK-ANAK ASET NEGARA





Tempat :

Restoren Seri Melyu







No.1, Jalan Conlay







50450 Kuala Lumpur







Masa : 10.00 pagi – 12.30 petang



2. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi melengkapkan
prasarana asrama dan keperluan anak-anak yatim dan asnaf zakat di rumah amal
berikut:

*(a)  Rumah Kasih Harmoni – 6 tahun dan kurang*

*(b)  Rumah Siraman Kasih -  7 hingga 12 tahun*

*(c)  Rumah Permata Rohani – 13 dan 14 tahun*

3. Sehubungan itu, kami sangat berbesar hati sekiranya Ybhg
Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat bersama menjayakan majlis ini :

i. Menghadiri majlis tersebut dengan cara membeli meja yang disediakan:



*Meja (hidangan) VVIP  :  RM5000 (1 meja = 8 orang)*

*Meja (hidangan( VIP)   :  RM3000 (1 meja = 10 orang)*

*Meja Biasa                    :   RM1000 (10 orang) *

*Tempat Duduk              :  RM100***



ii. Menghulurkan sumbangan kewangan untuk menaja kehadiran golongan
anak-anak yatim dan asnaf zakat bagi menjayakan tujuan majlis ini.

iii. Menghulurkan sumbangan umum. .

4. Sila maklumkan jawapan persetujuan hadir/serahan sumbangan pada atau
sebelum 14hb April 2010. Sebarang pertanyaan sila hubungi :

*(i) Puan Fauziah Che Hashim: 016-3313513***

*(ii) Puan Rohana Ali: 019-3133430 ***

*(iii) Pejabat Urusetia: Tel/Fax 03-67331499 ***

Segala kerjasama pihak Ybhg Dato’/Datin/Tuan/Puan berikan, kami dahului
dengan ucapan jutaan terima kasih, semoga sumbangan yang pihak Ybhg
Dato’/Datin/Tuan/Puan hulurkan akan mendapat rahmat dan redha Tuhan.

Sekian, terima kasih

Yang menjalankan tugas,

(Pn. Noor Aishah bt.Ramli)

Setiausaha Program

*
 *





*|Laman Utama| <http://www.rumahamal.org/index.htm>|Misi&
Visi|<http://www.rumahamal.org/misi.htm>
|Aktiviti| <http://www.rumahamal.org/aktiviti.htm>
|Hubungi|<http://www.rumahamal.org/hubungi.htm>
|Sumbangan| <http://www.rumahamal.org/sumbang.htm>*






Salaam & Regards
Amri el Wahab
Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com

Mutiara Kata:"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu
Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.
Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita?
Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.
Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu,  kita tentu tahu niat kita,
hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu".

Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan
bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita
dapat tapi bala.

Kirim email ke