Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Diharapkan maklumat ini dapat disiarkan dan disebarkan untuk memastikan pemilik 
dan waris tanah Kg. Bharu yang sebahagiannya tinggal di luar Kg. Bharu 
mengetahui program ini.-TQ
Dialog Kg. Bharu : Milik Selangor atau DBKL?
oleh HermanSamsudeen


 
Ahli Parlimen Titiwangsa (PAS), YB. Dr. Lo’lo’ Binti Dato Hj. Mohamad Ghazali 
akan menganjurkan Majlis Dialog Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Dato` 
Abd Khalid Bin Ibrahim bersama Wakil dan waris-waris tanah Kampong Bharu, Kuala 
Lumpur.
 
Majlis ini akan berlangsung pada 3 Ogos 2008, 2.00 petang di Kelab Sultan 
Sulaiman, Kuala Lumpur.
 
Majlis ini bakal membahaskan isu berkenaan “Masa Depan Kg. Bharu: Bersama 
Selangor atau DBKL”. Tajuk ini dipilih memandangkan terdapat beberapa 
pertikaian tentang status tanah-tanah rizab Kampong Bharu, yang sebahagiannya 
masih lagi tertakluk dibawah undang-undang Kerajaan Selangor.
 
Walaupun tanah-tanah Kampong Bharu ditadbir urus Malay Agriculture Settlement 
(MAS), namun dari segi perlaksanaan dasarnya segala urusan diserahkan kepada 
DBKL. Mengikut perlembagaan MAS, Pengerusinya haruslah Menteri Besar Selangor 
sebagai wakil Kerajaan Selangor. Tapi apa yang berlaku kini, pengerusinya 
adalah Datuk Bandar Kuala Lumpur yang berkhidmat dibawah Kerajaan Persekutuan 
bukannya Kerajaan Selangor.
 
Perkara-perkara pokok yang bersangkutan dengan undang-undang ini sering menjadi 
batu penghalang bagi usaha membangunkan kampong Bharu.
 
Oleh itu dialog ini dianjurkan bagi membuka ruang untuk semua pihak memahami 
status tanah, tanggungjawab dan hak mereka, khususnya dalam menimbangkan 
cadangan DBKL yang kini telah melancarkan Draf Pelan Kuala Lumpur 2020 
untuk penilaian rakyat.
 
Adakah DBKL berhak menyentuh tanah Kampong Bharu? Apakah kuasa Kerajaan 
Selangor ke atas Kampong Bharu? siapa yang berhak untuk membangunkan Kampong, 
Selangor atau DBKL?
 
Untuk mengetahui jawapannya, para wakil dan waris pemilik tanah adalah dijemput 
hadir bagi mendengar sendiri pandangan Menteri Besar Selangor tentang isu tanah 
dan pembangunan Kampong Bharu.
 
penulis adalah Setiausaha Politik YB. Dr. Lo’lo’ Binti Dato Hj. Mohamad Ghazali 


      

Kirim email ke