Askm,
   Setelah beberapa minggu reda tentang sahutan lantang "hidup Melayu" kini ia 
kembali bergema !  Lebih 50 tahun ? Melayu diperjuangkan tapi akhirnya 99 
peratus anak muda yang menghuni pusat-pusat serenti adalah anak muda Melayu !! 
Antara puncanya ialah kerana pemerintah/ rakyat tidak berpegang kepada definasi 
Melayu itu sendiri. Mengikut perlembagaan orang Melayu "mesti" beragama Islam 
tapi segala perancangan segala peraturan hidup banyak yang tidak mengambil kira 
ajaran Islam.

    Rakyat boleh berubah jika pemerintah ikhlas dalam meletakkan Islam sebagai 
asas dalam setiap perancangan. Sebagai contoh dalam soal sistem pendidikan 
(istilah pendidikan ditolak ? kerajaan Abdullah/Najib kini diganti dengan 
pelajaran) Islam mesti bermula di rumah serta alam persekolahan tapi ianya 
sekadar bermula tapi selepas itu realiti apa yang dilihat berlaku dalam negara 
tidak merealisasikan apa yang diajar di rumah atau di sekolah. Media massa 
terutama TV siarkan program berbentuk agama pada masa yang sama menyiarkan 
pelbagai program yang mengenepikan ajaran Islam. Apakah makna Islam itu agama 
rasami ? Sebenarnya tanpa diistihar agama rasmi pun sememangnya Allah swt telah 
merasmikan Islam sebagai agama untuk seluruh manusia melalui kitab Nya al Quran.

  Antara yang dapat dilihat setiap hari hampir di setiap rumah ialah 
iklan-iklan yang memaparkan wanita yang "menjual" tubuh tubuh mereka. Ini hanya 
secebis contoh. Banyak lagi yang tidak terhitung. Maka negara yang sepatutnya 
sejahtera dan mendapat rahmat hanya akan mendapat bala. Bala jangan ditafsir 
sekadar bencana alam tapi pelabagai masalah  dan gejala sosial yang berlaku 
sebenarnya adalah bala daipada Allah swt kerana sikap orang Melayu/Islam 
sendiri terutama pemerintah khususnya UMNO. Wallahua'lam

ibnuAli



      

Kirim email ke