*Mengatur Hidup*
*Untuk mengatur hidup supaya berjalan dengan wajar dan teratur.*
*
Menjaga agama*
*Untuk menjaga agama mesti diadakan pemerintahan yang teratur.*
*Dilarang murtad.*
*** *
*Menjaga Akal*
*Menjaga akal supaya jangan rusak. untuk menjaga akal, diperintah*
*kan belajar dan menambah ilmu pengetahuan, dilarang keras minum*
*minuman dan memekan makanan yang dapat merusakan akal.*
*** *
*Menjaga Jiwa*
*Menjaga jiwa supaya jangan binasa menurut yang tidak wajar. Dijaga*
*hak hidup seseorang. Terlarang membunuh manusia atau membunuh*
*diri sendiri, kecuali menurut peraturan yang telah ditentukan, seumpa-*
*ma jiwa dibayar jiwa.*
*** *
*Menjaga Harta Benda*
*Dijaga harta benda, diakui hak milik.dianjurkan berniaga, berusaha,*
*bertani dan sebagainya pekerjaan yang halal. Dilarang mencuri.*
*menipu harta orang, merompak,rasuah dan sebagainya.*
*** *
*Menjaga Keturunan*
*Disuruh bernikah kawin, dibenci melakukan talak kalau tidak terpaksa*
*sangat. Dilarang berzina dan segala hubungan kelamin diluar nikah.*
*Sebab Tuhan telah menyatakan bahawa manusia itu adalah makhluk*
*ALLAH yang termulia dan bersopan santun, mempunyai akhlak yang *
*tinggi. Sebab itu hendaklah seseorang manusia menghargai dirinya*
*sendiri,sebab ALLAH telah menghargainya. Manusia baru mempunyai*
*kebanggan diri dari sebab keturunannya.*
*Ayat 21 Surah Ar-Rum yang bermaksud,*
*** *
*''Dan setengah daripada tanda-tanda kebesaranNya bahawa Dia ciptakan*
*untuk kamu darimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu *
*kepadanya. Dan Dia jadikan diantara kamu cinta dan kasih sayang.*
*sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang *
*berfikir.''*



-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu
menilai.......

Ya ALLAH!!
Manakala hati ini menjadi keras dan semua
jalanku terasa sempit, ku jadikan harapanku
kepada keampunanMu sebagai tangga
keselamatan.

Kirim email ke