*PAS sokong usaha memperkasakan BPR*
Posted on Tuesday, April 22 @ 13:33:02 MYT by
SongkokPutih<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9235>
[image: Kenyataan
Media]<http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&new_topic=3>
Oleh
*DS Haji Abdul Hadi Awang*

PAS menyokong usaha pihak kerajaan dalam memperkasakan agensi pencegahan
rasuah negara, BPR dengan menstrukturnya semula menjadi sebuah suruhanjaya
bebas. Bagi PAS keberkesanan menangani rasuah sesungguhnya tidak terletak
semata-mata pada nama atau status tetapi yang lebih penting adalah
keikhlasan dan keimanan para petugasnya dan kerajaan yang memerintah serta
perlaksanaan yang menepati maksudnya yang sebenar.

PAS merasakan apa yang telah dibentuk dan diasaskan oleh Islam lebih 1400
tahun dahulu merupakan contoh terbaik dalam usaha memerangi dan membenteras
rasuah, dan model Islam ini jauh lebih dahulu dari model-model semasa
termasuklah apa yang terdapat di Hong Kong pada hari ini. Islam telah
menanam asas memelihara masyarakat dan pemimpin dari rasuah bukan hanya
dengan memperkenalkan peraturan dan undang-undang tetapi dimulakan dengan
menanam kepercayaan kepada Tuhan yang melihat dan mengetahui segala-galanya.
Islam membentuk masyarakat dan pemimpin sehingga menyedari bahawa perlakuan
dan jenayah rasuah tidak hanya akan berakhir di dunia semata-mata tetapi
pesalahnya akan turut dihukum di Hari Akhirat kelak.
Bagi PAS sebarang usaha memerangi rasuah mestilah bermula dengan pemerintah
yang bersih. Jika parti pemerintah itu sendiri dibebani dengan penyakit
rasuah dan mereka pula dipilih melalui amalan rasuah, maka adalah mustahil
untuk memberikan kepercayaan kepada mereka ini untuk memerangi rasuah dalam
erti kata yang sebenar.

PAS telah berjaya membuktikan corak dan sistem pemerintahan yang bersih dari
rasuah di Kelantan, sejak 1990 hingga kini, dan di Terengganu antara tahun
1999-2004. Insyallah kita akan memperkenalkan model yang sama ini, yang kita
yakini dapat diterima oleh semua dinegeri-negeri Pakatan Rakyat dalam usaha
melahirkan masyarakat dan pentadbiran yang bersih dan bebas dari rasuah.


22 April, 2008

*DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden
Parti Islam Se Malaysia (PAS)*

-- 
"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke