Penduduk TTDI Serah Memorandum Bantahan Kepada Kedai Serbaneka

Friday, 28 August 2009 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM, 28 Ogos - Kira-kira 100 penduduk kariah bersama para jemaah Masjid Al-I’Tisam, TTDI Jaya hari ini mengadakan demonstrasi secara aman serta menghantar memorandum bantahan kepada tiga kedai serbaneka bagi membantah penjualan arak di Taman TTDI Jaya.

Imam 1 Majid Al-Itisam,Husni Zaim yang mengetuai demontrasi ini berharap kawasan mereka bebas sepenuhnya daripada penjualan minuman keras atau bir kerana jika dibiarkan ia boleh merosakkan akhlak belia Islam.

“Memorandum pada hari ini kita laksanakan, kita buat diatas dasar kesedaran penduduk  yang beragama Islam  melihat kepada suasana yang berlaku  di TTDI Jaya ini, kita telah dapati beberapa kali kes ,kita terserempak dengan remaja beragama Islam telah memberi arak dikedai-kedai arak yang kita datang inilah”,katanya.

Husni berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar memorandum tersebut kepada tiga pengusaha kedai  serbaneka iaitu Pasar Mini TTDI Jaya, Speed 99 TTDI Jaya dan 7Eleven, petang tadi.

Menurut Husni,memorandum bantahan hari ini turut  disertakan sekali dengan tandatangan 1245 penduduk yang menyokong penjualan arak dikawasan mereka dihentikan.

Katanya,kempen mengumpulkan tandatangan penduduk bermula Jumaat minggu lalu..
 
Justeru itu, Husni berharap pihak pengusaha serbaneka memandang serius perkara tersebut selain  menghentikan segera penjualan arak dikawasan mereka.

“Harapan kita bukan tujuan kita untuk menimbulkan provokasi,nak menghuru-harakan,menghalang hak bukan Islam.Harapan kita  masyarakat TTDI Jaya ini selamat sejahtera,aman,itu sahaja”,katanya.
 
Terdahulu, penduduk taman TTDI Jaya ini berkumpul di Masjid Al-I’Tisam selepas solat Jumaat dan kemudiannya berarak ke kedai serbaneka dengan membawa sepanduk yang antaranya bertulis ‘Arak Ibu Maksiat’, ‘Arak Pemusnah Masyarakat’,Arak Membawa Padah dan Remaja Rosak Kerana Arak.

 

* Nizar tolong forward ke Mayang Sari Groups

 

sumber : http://www.selangorkini.com.my/my/berita/5856


start: 0000-00-00 end: 0000-00-00

Kirim email ke