Kurma memang enak dimakan begitu sahaja. Namun begitu, terdapat pelbagai
cara yang boleh dilakukan untuk memaksimumkan khasiat kurma kepada manusia.
Dengan campuran bersama dengan bahan lain, kurma boleh dijadikan ubat yang
sangat mujarab untuk pelbagai penyakit. Di bawah ini dihidangkan beberapa
cara penyediaan ubat yang berasaskan kurma untuk merawat beberapa penyakit.

 

i. Mengubati tenaga batin

 

Ramuan:

 

Kurma kering dan susu segar

 

Cara penyediaan:

 

Caranya dengan merendam buah kurma kering yang keras (labanah) ke dalam susu
segar dan dibiarkan buat beberapa ketika sehingga kurma kering tadi menjadi
lembut dan air susu tadi bertukar menjadi keperang-perangan. Susu tersebut
bolehlah diminum sambil menyebut nama Allah SWT dan berselawat. Insya- Allah
SWT dengan keizinan-Nya, sekiranya dijadikan amalan rutin, penyakit yang
berkaitan dengan lemah tenaga batin akan dapat disembuhkan.

 

ii. Mengubati gastrik

 

Ramuan:

 

Kurma dan susu lembu atau susu kambing asli

 

Cara penyediaan:

 

Masak susu lembu atau susu kambing asli di atas api yang sederhana, masukkan
kurma di dalamnya, biarkan sehingga mendidih, kemudian angkat dan biarkan
suam. Minumlah setiap dua hari, insya-Allah SWT, penyakit gastrik atau medu
akan berkurangan.

 

 

Petua dan Larangan Penggunaan Kurma

 

 

Kurma sememangnya mempunyai manfaat yang banyak. Namun, terdapat beberapa
larangan dalam pengambilannya.

 

Antaranya dengan jelas Rasulullah SAW melarang sahabatnya, Shuhaib dan
Sayyidina Ali, memakan kurma ketika sedang sakit mata.

 

Selain itu, terdapat juga larangan nabi yang melarang memakan kurma dalam
beberapa situasi. Antaranya seperti yang disebut di bawah:

 

Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurma atau
mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.

 

Terdapat juga hadis yang lain mengatakan bahawa Rasulullah SAW melarang
sahabatnya memakan dua biji kurma sekali gus.

 

Hadis Ibnu Umar r.a:

Diriwayatkan daripada Jabalah bin Suhaim r.a katanya:

 

"Ibnu Az-Zubair r.a pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang
ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan, tiba-tiba
datanglah Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua
biji kurma sekali gus. Hal ini demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang
perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih
dahulu daripada temannya."

 

(Sahih Muslim: no 3809)

 

 

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods
Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di
http://www.books.perintis.com.my <http://www.books.perintis.com.my/>  atau
berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303.

 

 

Kirim email ke