Re: Help Palestine [hidayahnet] Perihal Tenat Iman : KARNIVAL PENGGUNA 2007

2007-08-02 Terurut Topik isa . sulaiman
sabarlah mujadid .kerana akan datang kebenaran.Keadaan sekarang kita 
membantah dengan hati...berkata-katalah pada Allah
nak yang benar maka yang tak benar akan bermaharajalela dulu...tapi pohon 
dari Allah supaya para pejuang selamat dari azab atau bencana
yang akan menimpa tanah melayu ini...kerana umat Melayu telah engkar 
supaya pejuang akan meneruskan wasiat Rasul

Peenjajahan cara baru ..perancanagan US telah terlaksana..Allah tetap 
memelihara org yang beraada di Jalan Nya.







...



Azri Al Aziz 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
31/07/2007 01:36 PM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Perihal Tenat Iman : KARNIVAL PENGGUNA 2007






Perihal Tenat Iman : Karnival Pengguna 2007 
Oleh : Azri Al Aziz
 
 
 
Salamun'alaik..

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli 
keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan 
Islam di muka bumi ini. 
 
Karnival Pengguna kembali..
 
Disokong oleh kerajaan kerana kebaikan dalam memberi peluang kepada 
pengguna mendapatkan pelbagai produk pada harga murah.
 
Aktiviti ini berlangsung di perkarangan letak kereta di Stadium Malawati 
Shah Alam dari 25 Julai hingga 29 Julai 2007 baru-baru ini.
 
Sebagai peniaga, peluang ini diambil untuk berdakwah dalam perniagaan, 
walau sedar 'bahaya' yang bakal tiba..
 
Sementara penunjung belum tiba di khemah jualan..
Sedang tubuh ini bersedia dengan wudhuk menantikan azan Asar..
 
 
 
 
 
 
 
 
DUUMM..!!
 
Hari Karnival Pengguna 2007 dirasmi dan dilancarkan tepat pada waktu Azan 
Asar berkumandang..!
Hentaman muzik yang bergema tinggi melangit menenggelamkan laungan azan..!
 
Dengan bangganya para ahli ternama VVIP dari kalangan menteri yang 
berugama Islam dan peserta karnival serta pengunjung (yang lalai) bersorak 
dan bertepuk tangan menandakan rasminya Karnival Pengguna 2007 selamat 
dilancarkan..
 
 
 
 
 
 
 
Hati diserang tenat..
 
Minda parah ditubi keletihan..
 
Ruh merajuk semakin sukar dipujuk..
 
 
 
 
Keghairahan penganjur, peserta pameran yang meledakkan letupan 
berdentam-dentum menggunakan pembesar suara yang berukuran gergasi 
menambahkan tenat jiwa ini.. Berterusan tanpa henti hingga ke waktu 
malam..
 
Inilah 'bahaya' yang ana maksudkan..
 
Sepanjang berada di karnival ini.. 
 
Bagaikan perang tak kunjung padam..
 
Maksiat mata dan telinga di mana-mana..
 
Penganjur dan para peserta karnival seperti Carrefour, Tesco, The Store, 
Giant terus menerus meletuskan kemuncak bingit yang bertujuan meraih 
kunjungan pelanggan sehingga ke hari terakhir karnival..
 
Anak-anak muda dianjur menyertai aktiviti meniru artis berkumpulan muzik 
gelap. Aktivit karaoke dan sebagainya.. Walau hati ini tak mahu dengar.. 
tapi telinga ini terpaksa disuakan juga kerana seingat ana tiada ruang 
yang tak sampai bunyinya pembesar suara dari pentas penganjur di stadium 
Shah Alam..
 
Seingat ana juga, cuma sekali dan sebentar sahaja DJ penganjur berehat dan 
sekadar menyatakan menghormati azan Maghrib. Tetapi bermula 25 Julai 
hingga 29 Julai 2007 dari jam 10pagi- 10mlm, bagaimana Azan Zohor? Asar? 
Maghrib? Isyak?  pada hari-hari yang lain..??
 
Ada sekali ayat yang menyengat telinga ana mendengarnya.. Ada seorang 
artis.. menyampaikan beberapa lagu.. Lepas sebuah lagu dangdut, dia 
menyudahkan persembahannya di pentas.. 
 
Seraya berkata.. "Saya minta maaf jika ada sebarang kekurangan, 
sesungguhnya yang sempurna itu datang dari Allah dan yang serba kurang itu 
datang dari saya.." begitulah ucapan spontannya tanpa ruh iman setelah 
menghumban meliuk di atas pentas.. 
 
(Ana tak tengok.. Tapi dengar riuh sakan pengujung, itu la gaya 
maksudnya..)
 
Karnival.. 
 
Inilah rupanya..
Penuh rancak dengan muzik yang menggegar bumbung bumi sambil menidakkan 
seruan azan ..
 
Mengapa tidak karnival pengguna BOLEH dijalankan menurut hukum syara'..?
 
Ana hanya mampu mengubat hati ini dengan zikir, bacaan kitab juga doa dan 
dengan harapan mudah-mudahan ianya menjadi penawar.. Berdoa dengan Allah 
Subhanahu Wata'ala agar ditemukan dengan pelanggan yang berjiwa Islam..
 
Alhamdulilah..
 
Ia terbalas jua apabila ada jemaah yang sudi mendengar dan berkongsi 
pandangan dan juga memilih produk umat Islam.. Lebih-lebih lagi ia diluar 
jangkauan.. Walau diganggu bingit pembesar suara jiran sebelah dengan lagu 
tema berasnya yang berbahasa Cina..
 
Mudah-mudahan dakwah tersebut sampai juga..
 
Kepada anda yang hadir ke karnival pengguna ini, adakah anda punya 
pengalaman masing-masing..? Ada yang sudi berkongsi..? Waktu memilih dah 
hampir tiba.. Semoga usahaku kerana Allah dan ke jalan yang menyeru ke 
jalan Allah serta meninggalkan larangan Allah.. Takut ku kepada azabNya..
 
Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Daku bermohon kepadaMu..
Agar nyawaku tidak dicabut oleh MalaikatMu dalam keadaan sedang daku 
melakukan maksiat..
Juga tida

Help Palestine [hidayahnet] Perihal Tenat Iman : KARNIVAL PENGGUNA 2007

2007-07-31 Terurut Topik Azri Al Aziz
Perihal Tenat Iman : Karnival Pengguna 2007 
Oleh : Azri Al Aziz



Salamun'alaik..

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli 
keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam 
di muka bumi ini. 
 
Karnival Pengguna kembali..
 
Disokong oleh kerajaan kerana kebaikan dalam memberi peluang kepada pengguna 
mendapatkan pelbagai produk pada harga murah.
 
Aktiviti ini berlangsung di perkarangan letak kereta di Stadium Malawati Shah 
Alam dari 25 Julai hingga 29 Julai 2007 baru-baru ini.
 
Sebagai peniaga, peluang ini diambil untuk berdakwah dalam perniagaan, walau 
sedar 'bahaya' yang bakal tiba..
 
Sementara penunjung belum tiba di khemah jualan..
Sedang tubuh ini bersedia dengan wudhuk menantikan azan Asar..
 
 
 
 
 
 
 
 
DUUMM..!!
 
Hari Karnival Pengguna 2007 dirasmi dan dilancarkan tepat pada waktu Azan Asar 
berkumandang..!
Hentaman muzik yang bergema tinggi melangit menenggelamkan laungan azan..!
 
Dengan bangganya para ahli ternama VVIP dari kalangan menteri yang berugama 
Islam dan peserta karnival serta pengunjung (yang lalai) bersorak dan bertepuk 
tangan menandakan rasminya Karnival Pengguna 2007 selamat dilancarkan..
 
 
 
 
 
 
 
Hati diserang tenat..
 
Minda parah ditubi keletihan..
 
Ruh merajuk semakin sukar dipujuk..
 
 
 
 
Keghairahan penganjur, peserta pameran yang meledakkan letupan berdentam-dentum 
menggunakan pembesar suara yang berukuran gergasi menambahkan tenat jiwa ini.. 
Berterusan tanpa henti hingga ke waktu malam..
 
Inilah 'bahaya' yang ana maksudkan..
 
Sepanjang berada di karnival ini.. 
 
Bagaikan perang tak kunjung padam..

Maksiat mata dan telinga di mana-mana..
 
Penganjur dan para peserta karnival seperti Carrefour, Tesco, The Store, Giant 
terus menerus meletuskan kemuncak bingit yang bertujuan meraih kunjungan 
pelanggan sehingga ke hari terakhir karnival..
 
Anak-anak muda dianjur menyertai aktiviti meniru artis berkumpulan muzik gelap. 
Aktivit karaoke dan sebagainya.. Walau hati ini tak mahu dengar.. tapi telinga 
ini terpaksa disuakan juga kerana seingat ana tiada ruang yang tak sampai 
bunyinya pembesar suara dari pentas penganjur di stadium Shah Alam..
 
Seingat ana juga, cuma sekali dan sebentar sahaja DJ penganjur berehat dan 
sekadar menyatakan menghormati azan Maghrib. Tetapi bermula 25 Julai hingga 29 
Julai 2007 dari jam 10pagi- 10mlm, bagaimana Azan Zohor? Asar? Maghrib? Isyak?  
pada hari-hari yang lain..??
 
Ada sekali ayat yang menyengat telinga ana mendengarnya.. Ada seorang artis.. 
menyampaikan beberapa lagu.. Lepas sebuah lagu dangdut, dia menyudahkan 
persembahannya di pentas.. 
 
Seraya berkata.. "Saya minta maaf jika ada sebarang kekurangan, sesungguhnya 
yang sempurna itu datang dari Allah dan yang serba kurang itu datang dari 
saya.." begitulah ucapan spontannya tanpa ruh iman setelah menghumban meliuk di 
atas pentas.. 

(Ana tak tengok.. Tapi dengar riuh sakan pengujung, itu la gaya maksudnya..)
 
Karnival.. 
 
Inilah rupanya..
Penuh rancak dengan muzik yang menggegar bumbung bumi sambil menidakkan seruan 
azan ..
 
Mengapa tidak karnival pengguna BOLEH dijalankan menurut hukum syara'..?
 
Ana hanya mampu mengubat hati ini dengan zikir, bacaan kitab juga doa dan 
dengan harapan mudah-mudahan ianya menjadi penawar.. Berdoa dengan Allah 
Subhanahu Wata'ala agar ditemukan dengan pelanggan yang berjiwa Islam..
 
Alhamdulilah..
 
Ia terbalas jua apabila ada jemaah yang sudi mendengar dan berkongsi pandangan 
dan juga memilih produk umat Islam.. Lebih-lebih lagi ia diluar jangkauan.. 
Walau diganggu bingit pembesar suara jiran sebelah dengan lagu tema berasnya 
yang berbahasa Cina..
 
Mudah-mudahan dakwah tersebut sampai juga..
 
Kepada anda yang hadir ke karnival pengguna ini, adakah anda punya pengalaman 
masing-masing..? Ada yang sudi berkongsi..? Waktu memilih dah hampir tiba.. 
Semoga usahaku kerana Allah dan ke jalan yang menyeru ke jalan Allah serta 
meninggalkan larangan Allah.. Takut ku kepada azabNya..

Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Daku bermohon kepadaMu..
Agar nyawaku tidak dicabut oleh MalaikatMu dalam keadaan sedang daku melakukan 
maksiat..
Juga tidak dalam keadaan daku sedang daku menyokong maksiat serta membantu ke 
arah kejahatan..

Mudah-mudahan daku dijemput pulang dalam keadaan bersih dari dosa dan noda.. 
Suci dari hutang dan beban.
Dalam keadaan ruh dan tubuhku beriman..
Dalam hatiku penuh cinta padaMu, Ya Rabb..
Dalam hatiku penuh rindu pada kekasihMu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi 
Wasallam..

Ya Allah, kasihanilah hambaMu ini..
Lindungilah hambaMu ini..
Tanpa perlindunganMu tiada erti selamat bagiku..

Mudah-mudahan daku dijemput pulang..
Sebagai hambaMu yang Merdeka 'fid dunya wal akhirah..'

Amin.. Ya Rabbal 'Alamiin..



**__**

Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..

**