السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pingat & Darjah Kebesaran ATM
Post under Askar   Dicatat oleh Naim Qlate

Pingat                                        ATM


  SERI                                    PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)

Bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) ini ialah yang tertinggi
sekali dan paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Di
anugerahkan kepada sesiapa yang menunjukkan keberanian yang paling luar biasa.

  PANGLIMA                                    GAGAH BERANI (PGB)

Anugerah ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata
dan telah menunjukkan kegagahan serta keberanian yang luar biasa.








  PANGLIMA                                    GAGAH ANGKATAN TENTERA (PGAT)

Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Pertama ini dikurniakan kepada
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Panglima-Panglima Tentera Darat, Laut dan
Udara. Pengurniaan kehormat juga boleh diberi kepada Panglima-Panglima Negara
Asing yang setaraf.

  KESATRIA                                    ANGKATAN TENTERA (KAT)

Pangkat Keempat dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini
dianugerahkan kepada pegawai-pegawai Angkatan Tentera berpangkat Leftenan
Kolonel atau setaraf dan ke bawah serta pegawai-pegawai tentera asing yang
setaraf secara kehormat.








  PANGLIMA                                    SETIA ANGKATAN TENTERA (PSAT)

Anugerah Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera Pangkat Kedua ini dikurniakan
kepada Pegawai-pegawai Angkatan Tentera yang berpangkat Mejar Jeneral dan
setaraf ke atas serta pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara
kehormat.

  BENTARA                                    ANGKATAN TENTERA (BAT)

Pangkat kelima dalam senarai Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera ini
dianugerahkan kepada anggota lain-lain pangkat Angkatan Tentera Malaysia.
Anugerah ini boleh juga dikurniakan kepada anggota angkatan tentera asing yang
setaraf secara kehormat.








  PAHLAWAN                                    ANGKATAN TENTERA (PAT)


Anugerah Pahlawan Angkatan Tentera ini adalah Pangkat Ketiga dalam senarai
Darjah-darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera. Dikurniakan kepada pegawai-pegawai
Angkatan Tentera berpangkat Kolonel atau Brigadier Jeneral atau setaraf, serta
pegawai-pegawai tentera asing yang setaraf secara kehormat.



()"" ' )   Nakhai’e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(")
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia
hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka
beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana
sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok
adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg
sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg
kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah
rahmat Allah selalu, Amin.


Kirim email ke