Help Palestine [hidayahnet] Poligami panjang umur

2008-11-01 Terurut Topik Shania Opal
*FYI*
**
*Salam.*
*Emmmberita gembira untuk lelaki.*
**
*Tenaga batin lelaki antara faktor kajian di 140 negara*

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa amalan beristeri ramai atau poligami
boleh memanjangkan usia lelaki yang mengamalkannya.

Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit
melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun
dari 140 negara.

Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia
purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang
kebanyakannya hanya berkahwin sekali.

"Hasil kajian itu berkemungkinan menjawab teka-teki biologi manusia.
Bagaimanakah manusia mampu panjang umur dan persoalan itu ternyata wajar
apabila melihat wanita yang boleh hidup melewati tempoh selepas menopaus.

"Ini dikenali sebagai 'kesan nenek' yang mana bagi setiap 10 tahun seorang
wanita mampu hidup melewati menopaus, dia mendapat dua cucu baru.

"Keadaan sebaliknya bagi lelaki kerana tenaga batin mereka masih berfungsi
melangkaui usia 60-an, 70-an dan 80-an. Ramai penyelidik beranggapan, faktor
tenaga batin itu menjadi kunci usia panjang mereka," kata Lumaa. - Agensi


Help Palestine [hidayahnet] Poligami

2006-10-24 Terurut Topik ruzaihan . junit
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Hari ini, ketika menyelak² akhbar harian, saya agak terkejut membaca berita
perceraian penyanyi rock Awie dan isterinya Arni Nazira. Memanglah saya
pernah terdengar mengenainya sebelum ini tetapi saya menganggapnya hanyalah
khabar angin biasa. Terkilan juga. Walaupun saya sudah lama tidak mengikuti
perkembangan dunia hiburan, tetapi saya akui saya pernah meminati Awie dan
kumpulannya.

Khabarnya perceraian itu disebabkan oleh perkahwinan kali kedua Awie dengan
Rozana Misbun, adik kepada pelakon Haliza Misbun. Dan khabarnya juga, Arni
menjadi berang setelah mengetahui berita perkahwinan yang tersebar
berikutan penyebaran email memaparkan gambar pernikahan Awie hanya setelah
setahun ianya terjadi. Hm… Mungkin yang menyebarkan email itu telah berpuas
hati dengan apa yang terjadi.

Saya menjadi lebih terkilan apabila mengetahui punca perceraian mereka.
Entah mengapalah Arni lebih suka memilih neraka (kerana wanita yang meminta
cerai tidak akan masuk syurga) berbanding dengan payung emas yang
dijanjikan di syurga. Apapun, saya tidak mahu masuk campur urusan rumah
tangga orang lain. Mungkin mereka ada masalah lain. Cuma saya berharap,
wanita lain tidak akan mengikut jejak langkah Arni yang saya kira kurang
bijak ini.

Seketika kemudian saya teringat tentang kisah seseorang yang saya kenal.
Orang ini, setakat yang saya ketahui, adalah merupakan seorang lelaki yang
cukup menyayangi anak² dan keluarganya. Jadi, apabila saya diberitahu
tentang kisahnya yang bermain kayu tiga, menduakan isterinya dengan seorang
wanita lain (khabarnya janda muda), saya agak terkejut dan lebih lagi
terkilan.

Jika dulu, keluarganya menjadi keutamaannya, kini tidak lagi. Anak² dan
isteri sering ditinggalkan dengan alasan bekerja. Tetapi semuanya
terbongkar apabila adik iparnya sendiri melihat dia berbuka puasa bersama
wanita itu. Mereka bertanya kepada saya, apa yang boleh kami lakukan untuk
menyelamatkan keadaan. Buat apa lagi? Hendak diberitahu isterinya? Boleh
jadi menjahanamkan rumah tangga mereka, bukan menyelamatkannya.

Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk menasihati lelaki itu tetapi
nampaknya kami tidak berpeluang untuk bersemuka. Dia sentiasa sibuk. Isteri
saya tentu sahaja geram apabila mendengar kelakuan lelaki terbabit. Tetapi
saya katakan kepadanya, saya sendiri belum tentu baik jahatnya. Lebih baik
dia jaga saya baik². Jangan nanti kutuk² suami orang, akhirnya suami
sendiri berkelakuan lebih buruk lagi.

Ia membuatkan saya teringat kepada peristiwa yang berlaku hampir setahun
yang lalu. Secara tiba², kotak masuk email saya didatangi oleh email dari
seorang gadis. Menurutnya, dia amat tertarik dengan artikel yang saya tulis
dan ingin bersahabat dengan saya. Dan bagi saya, setakat bersahabat tidak
ada salahnya. Saya pun melayannya sebagaimana sahabat yang lain. Tanpa saya
duga berlaku sesuatu yang lebih dari itu.

Akhirnya dia berterus terang bahawa dia telah terpikat kepada saya. Dalam
keadaan ini, saya tidak berahsia sedikitpun kepadanya. Saya telah
memaklumkan kepadanya akan status diri saya. Saya telah berkahwin dan
telahpun mempunyai anak. Bahkan nama Abu Naqibah datangnya dari nama anak
saya. Namun katanya, dia tidak kisah bermadu. Bahkan ibunya juga
menggalakkan dengan mengingatkan tentang payung emas di syurga.

Saya tetap menolak dengan berbagai alasan. Dan alasan yang paling popular
tentunya saya tidak berkelayakan untuk berpoligami. Bukan setakat masalah
fizikal seperti ekonomi, bahkan dari segi rohani. Iaitu ilmu dan iman saya
tidak memadai untuk saya memelihara dua orang isteri. Rupa²nya dia begitu
serius dan memujuk saya dengan memberikan berbagai ‘nas dan dalil’ mengapa
layak untuk berpoligami.

Akhirnya saya memberikannya 3 situasi. Situasi pertama, keadaan kerja saya.
Saya bekerja 2 minggu di lautan tanpa pulang ke rumah. Jadi saya hanya
mempunyai masa selama 2 minggu untuk bersama keluarga. Jika saya mempunyai
dua orang isteri, setiap isteri hanya akan bersama saya selama seminggu
bagi setiap bulan. Dia sanggup, katanya. Betul. Dia mungkin sanggup tetapi
bagaimana pula dengan anak²? Kasihan mereka…

Situasi kedua, saya katakan kepadanya betapa lemahnya iman saya sehinggakan
saya bimbang akan terjadi banding membandingkan antara dia dengan isteri
saya. Oh, awak tak boleh begitu. Jangan perbandingkan kami, katanya. Tidak,
kata saya. Perbandingan tetap akan wujud. Mungkin saya akan lebih
menyayanginya kerana dia masih ‘baru’. Jika begitu, bagaimana agaknya nasib
isteri pertama saya?

Atau mungkin, saya akan lebih menyayangi isteri pertama saya kerana layanan
yang dib