"*Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Quran Al Maa-idah (5) : 90]. * ** Lihatlah bagaimana rosaknya pemikiran sekular para pemimpin hari ini. Dengan rasa tanpa bersalah apatah lagi berdosa mereka begitu berani berura-ura untuk membenarkan dan menghalalkan pertaruhan bagi Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan, dengan alasan untuk mengawal aktiviti syaitan itu. Sedangkan sewajarnya, sebagai pemerintah umat Islam mereka wajib menghapuskan saki-baki amalan-amalan syaitan itu. Faktanya hari ini secara jelas para pemerintah sekular yang ada secara berterusan dan terang-terangan memaksiati perintah Allah SWT, dengan menghalalkan lesen judi beroperasi secara berleluasa. Hari ini kedai-kedai nombor ekor dan tempat judi seperti di Genting Highlands menjalankan operasinya dengan penuh keselesaan. Inilah realiti kehidupan dunia Kapitalisme yang sememangnya merupakan tempat suburnya segala kemaksiatan.
Dalam dunia Kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem sekular kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil. Fenomena ini akan memenuhkan setiap inci tanah umat Islam ini dengan kaum kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan yang kena rejam. Firman Allah SWT: *”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam”. [Quran An Nahl (16): 98]. * ** Kita melihat kemunculan beberapa watak yang saling berbeda dalam menentukan sikap dan pendirian masing-masing mengenai pemberian lesen perjudian pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan. Nampaknya mereka seolah-olah berlakon berkenaan dengan isu ini. Bagi Islam, semua bentuk judi adalah haram. Kini nampaknya pemerintah sekular semakin canggih dengan cadangan dan ura-ura dari pihak kerajaan untuk membenarkan orang ramai terlibat secara “sah” mengikut acuan undang-undang sekular Kapitalisme dengan amalan syaitan ini. Keadaan ini tidak sepatutnya memeranjatkan kita kerana selama inipun pihak kerajaan sekular yang ada pada hari ini adalah merupakan pemerintah yang telah terkenal dengan sikapnya yang “mesra judi”. Jika tidak, mana mungkin di antara orang yang terkaya di Malaysia adalah tauke judi! Namun nampaknya, bagi para pemimpin sekular yang ada hari ini, tangan kanan mereka bermohon untuk menjauhkan diri dari syaitan yang direjam tetapi tangan kiri mereka begitu aktif mengajak dan menjemput syaitan memenuhi negeri umat Islam ini. *Judi adalah haram secara qat’ie– tidak ada ‘judi yang halal...’* (DARI LAMAN BLOG: Hembusan amal4u) Salaam & Regards Amri el Wahab Jemput ke laman blog saya di http://hembusan-amal.blogspot.com *Pesanan Guru Mursyid* :"Kalau kita hendak menasihati orangTanya hati kita dahulu Tujuan kita hendak beri nasihat atau hendak memberi malu pada orang.Apabila kita hendak menyampaikan ilmu kepada orang.Apakah tujuan kita? Hendak berkongsi ilmu atau hendak menunjuk yang kita lebih tahu.Kalau kita hendak bercakap tentang sesuatu, kita tentu tahu niat kita, hendak menunjuk kita pandai atau rasa berkewajiban menyampaikan ilmu". Ingatlah pahala sesuatu amal ditentukan oleh keikhlasan kita.Kalau tujuan bukan kerana Allah, amalan itu akan menjadi macam debu.Bukan pahala kita dapat tapi bala.