Siapa yang kita mahu dengar?

Baru sehari lepas DYTM Raja Muda Perak semasa meresmikan Muzakarah Ulamak 2007 
di Ipoh, Perak menitahkan agar Ulamak memainkan peranan yang lebih proaktif 
termasuklah menyata dan melaksanakan kebenaran tanpa prejudis atau bimbang pada 
tekanan mana-mana pihak.


Titah Raja Muda itu lagi:

Ulamak mestilah menghayati nilai-nilai Islam, iaitu bebas dari rasuah, sentiasa 
jujur. Menghormati cerdik pandai dan MENGHUKUM MEREKA YANG BERSALAH WALAUPUN 
SUKAR.


Pada hari yang sama berita itu terbit akhbar tempatan melaporkan pihak 
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) telah menahan seorang penghibur 
Siti Noor Idayu Abd Moin, 22 kerana mendedahkan tubuh ketika membuat satu 
persembahan dan menggalakkan aktiviti tidak bermoral di tempat kerjanya di 
Pusat Hiburan di Sunway City.


Dalam laporan itu Siti mendakwa bahawa dia hanya memakai baju tidak berlengan 
dan seluar panjang ketika pegawai-pegawai JAIP membuat serbuan itu. Beliau 
turut mendakwa dikasari oleh pihak penguatkuasa JAIP tersebut. 





Pada hari ini akhbar THE STAR melaporkan yang Mufti Perak Datuk Seri Harussani 
Zakaria (yang barangkali mengambil semangat titah DYTM Raja Muda itu) telah 
menegaskan bahawa adalah HARAM (dan berdosa) bagi mana-mana orang Islam samada 
lelaki atau wanita bekerja di tempay yang menghidangkan arak kerana mereka 
dianggap bersubahat dalam aktiviti HARAM itu. Ini melibatkan semua jawatan 
termasuklah kerani atau juruwang.






Siti Noor Idayu dan pakaiannya



Dan dalam kes Siti ini kata Mufti tersebut lagi walaupun jika ibu-bapanya 
memberikan kebenaran untuk beliau bekerja di premis seumpama ini ianya tetap 
HARAM (dan berdosa). Tambahnya:



Jika ibu-bapa anda mengizinkan anda memandu 120kmj di lebuhraya, adakah anda 
berhak melakukan itu?

Kalau kita benar mahu memberikan peranan kepada para Ulamak, memartabatkan 
agama yang kita cintai ini maka sewajarnyalah pandangan Ulamak seumpama ini 
yang bersandarkan nas dituruti dan dipatuhi.Kalau Mufti sudah mengesahkan yang 
bekerja samada sebagai penghibur, pelayan, juruwang atau apa sahaja dalam 
premis yang seumpama ini HARAM maka terimalah hakikat itu tanpa sebarang alasan 
(kebetulan Nash, Timbalan Presiden KARYAWANA dan Sisters in Islam mengeluarkan 
kenyataan yang ternyata tidak seiring dengan kenyataan Mufti Perak ini).


Saya kira Mufti Perak juga perlu menyentuh mereka yang mencari rezeki dan 
bekerja di premis dan syarikat judi, yang juga menggajikan ramai kakitangan 
beragama Islam. Begitu juga pemegang saham dan pengarah syarikat arak dan judi 
ini. Kebetulan juga seorang anak Perak yang bergelar TUN merupakan Pengarah 
Kanan sebuah syarikat gergasi judi di Malaysia, beliau juga perlu dinasihati 
sebagaimana Siti ini.

Kirim email ke