Keputusan SPM keluar sudah. Anak saya juga ambil SPM tahun 2009. Tapi dia tidak 
dipanggil untuk PLKN. Lepas SPM dia kerja, dia sendiri yang hendak kerja. 
Alhamdulillah dapatlah sebulan dekat RM 1000, saya galakkan dia menabung sebab 
banyak nak pakai duit masuk IPT nanti.

Saya yakin ramai orang susah sekarang ini di Malaysia. Nak masuk IPT lagi 
banyak pakai duit. Sepatutnya PLKN ini kalau nak wajib, wajibkan semua lepasan 
SPM. Bukan dipilih-pilih secara rambang. Ramai di kalangan lepasan SPM ni nak 
kerja terutamanya kalau keluarga mereka susah.

Kalau tak mampu nak wajibkan semua lepasan SPM ke PLKN, buatkan kursus PLKN ini 
sebagai tidak wajib, siapa yang hendak hanya perlu mohon, jangan diwajibkan.

Kalau tak , inilah jadinya.

Ada siswa yang ikat perut bila belajar di IPT seperti laporan Bernama di bawah.

Ada wanita Islam yang dibantu pihak gereja untuk membantu anaknya di IPT.

Kalau dulu cuma ada 1 Natrah. Sekarang kita ada beribu-ribu Natrah, yang 
terjebak dengan seks bebas, dadah, Black Metal, GRO, sakit mental, penderaan 
rumah tangga, suami kaki judi, suami kaki arak dan ramai lagi. 

Bila Gereja bantu wanita Islam. Salah siapa ? 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/bila-gereja-bantu-wanita-islam-salah.html 

Kalau dah seronok sangat PLKN kenapa perlu diwajibkan ? 
http://waghih.blogspot.com/2008/06/kalau-dah-seronok-sangat-plkn-kenapa.html 
Perempuan tidak digalakkan sertai PLKN 
http://waghih.blogspot.com/2007/02/perempuan-tidak-digalakkan-sertai-plkn.html 
Pelatih PLKN Tmn Tuanku Jaafar, N.S. mati misteri
http://waghih.blogspot.com/2007/01/pelatih-plkn-tmn-tuanku-jaafar-ns-mati.html 

***********************************
Siasat Pelajar Terpaksa Ikat Perut - Saifuddin
12 Mac, 2010 18:26 PM

SEPANG, 12 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin 
Abdullah mengarahkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya menyiasat 
keadaan di mana terdapat pelajar yang terpaksa mengikat perut berikutan 
kekurangan wang untuk berbelanja.

Beliau berkata beliau mahu laporan tentang sejauh mana kebenaran maklumat yang 
beliau terima itu, punca dan tindalan susulan yang boleh diambil bagi 
mengatasinya.

"Saya mendapat laporan bahawa terdapat segelintir mahasiswa yang terpaksa ikat 
perut, mencatu makanan malah ada yang terpaksa bekerja sambilan untuk menampung 
kehidupan mereka di kampus, sehingga menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar 
berkenaan.

"Walaupun jumlahnya tidak besar tetapi ia perlu ditangani dengan segera bagi 
mengelakkan wujudnya fenomena kemiskinan kampus di IPTA," katanya kepada 
pemberita selepas melancarkan bengkel latihan pelatih institut pengajian tinggi 
di sini pada Jumaat.

Saifuddin berkata kementeriannya memandang serius masalah tersebut kerana 
setiap mahasiswa berada di bawah tanggungjawab kementerian itu sehingga mereka 
menamatkan pengajian.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengubah dasar pengajian tinggi yang 
merupakan penyebab kepada masalah berkenaan.

"Saya sedar isu kemiskinan kampus ini bukan isu baru, tetapi ia jarang mendapat 
perhatian yang sewajarnya. Dalam suasana kita mengumumkan tentang usaha 
memperkasakan IPTA dan modal insannya, kita tidak mahu berdepan dengan masalah 
seperti ini," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=482061 



      

Kirim email ke