----- Forwarded Message ----
From: lawyer legal 
Sent: Saturday, January 12, 2008 12:31:17 PM
Subject: anak kecil dan seketul batu..


Seorang ekskutif  muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di 
pinggir bandar. dia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang 
berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan 
ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan 
di tepi jalan,  ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang 
difikirkannya. 

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil 
tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah 
kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek  sekuat hatinya dan berundur ke 
tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta 
terus meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya 
ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi : 

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta 
baru , mahal...Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif  
tersebut. 
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf  ; 

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . 
Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya 
panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu  sudut yang tidak jauh dari 
situ. "Itu abang saya , ia  jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan 
tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya 
, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. 

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan 
terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima 
kasih , pakcik,  saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan 
sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang 
menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan 
hidupnya. 

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk 
tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak 
perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu 
hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa 
kesedihan,  panas tanpa hujan  tetapi Ia memberi kita kekuatan, menenangkan 
kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara. 

.
"LoVe iS ThE MaStEr kEy Of lIfE"
 
"JaUh aDaLaH rUaNg yAnG MeMiSaH...
 JaUh mEmBuAtKaN DuA JiWa tErPiSaH...
 JaUh mEnJaDiKaN hAtI ReSaH...
 JaUh mElAhIrkAn rInDu yG TaK SuDaH...
 NaMuN KeRaNa jAuH HuBuNgAn kItA BeRtAmBaH InDaH..."

Kirim email ke