http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm
  Gugur anak hasil rogol  SOALAN: ADAKAH benar fatwa yang mengatakan bahawa 
wanita yang dirogol harus menggugurkan kandungannya? Tidakkah perbuatan 
tersebut dilarang oleh agama?
  – Norasyikin Muhammad,
  Parit Buntar,Perak.
   
  JAWAPAN:
   
  Fatwa tersebut memang benar. Ianya adalah fatwa yang dikeluarkan oleh pihak 
Azhar sendiri dan kita percaya pihak berkuasa Azhar tentu lebih arif dan teliti 
dalam membuat keputusan tersebut. Ini memandangkan kini terlalu banyak masalah 
sosial seperti kejadian rogol yang boleh menimbulkan kepincangan dalam 
masyarakat. Apabila berlaku sesuatu angkara yang amat dibenci agama kepada 
seseorang bukan bererti kita dihalalkan untuk membunuh anak atau zuriat sendiri 
tanpa sebab sesuka hati. Tetapi atas sebab-sebab yang terpaksa dan tidak 
mengancam sesiapa kita dibenarkan untuk mengatasi sesuatu keperluan itu sekadar 
yang diperlukan. 
  Dalam situasi tersebut tentu ada perbezaan yang ketara antara rogol dan 
perbuatan zina yang mana rogol itu dilakukan hanya oleh satu pihak tanpa 
persetujuan pihak yang satu lagi iaitu dengan cara paksa dan ancaman, sedangkan 
perbuatan rogol itu amat sukar untuk berlaku tanpa kerelaan bersama. Jadi apa 
yang jelas di sini ialah mereka yang benar-
  benar terdesak dan terpaksa akan dibenarkan secepat mungkin untuk membuang 
anak (janin) tersebut. Itu pun dalam keadaan yang tidak mengancam jiwa sesiapa 
(ibunya). Dan ia boleh dilakukan dalam masa yang belum tentu kewujudan manusia 
iaitu dalam tempoh satu dua bulan sahaja, kerana bila perkara itu sudah berlalu 
tiga bulan atau lebih maka janin tersebut sudah terbentuk dan berupa manusia 
apa lagi setelah ditiupkan roh. Maka hukumnya tentu lebih sukar dan berat lagi. 
Waktu itu tidak ada ulama yang berani mengharuskannya. Justeru perbuatan 
tersebut sama dengan membunuh sedangkan perbuatan yang dibenarkan itu boleh 
disamakan (dikiaskan) dengan amalan al ‘azl yang berlaku semasa Rasulullah 
s.a.w. Menurut kata sahabat yang bernama Jabir, kami lakukan perbuatan ‘azl itu 
semasa al-Quran masih diturunkan kepada Rasulullah (tetapi al-Quran tidak 
pernah menyentuhnya, apa lagi melarangnya) (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim 
dan lain-lain). Sebab itu ramai ulama yang membolehkannya
 (al‘azl) dengan persetujuan semua pihak. Wallahualam.


Allahumma solli a'la saiyidina Muhammad. Waa'la aali saiyidina Muhammad.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 
'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah 
dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu 
dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki 
dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.'


       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke