Saya ingin menyertai kumpulan saudara tapi pastikan apa cara
saudara untuk memerangi
            Zionis nii.. Yg pasti pedang2 tak main, paling kurang pun
jet pejuang ataupun tanker kerana
Zionis hawau nii lengkap dgn nuclear..satu lagi kalau setakat nak
letupkan diri dan dapat bunuh
1/2 org Zionis, yang lain tu cedera dan mati adalah org Islam..tak yalah
silap2 bukan mati syahid 
tapi mati kufur adelah kerana bunuh saudara sendiri.
 
Kita berada di alam reality, kalau ada penyatuan semua Negara dalam
ketenteraan dan bersatu padu,
bukan zionis tapi bapak zionis ( Amerika ) pun takut..tp sayang dunia
Islam masih dalam mimpi
ciptaan Amerika..dikabarkan yg mereka kuat kerana adanya batman,
superman, spiderman dan macam2
MAN lagi..dikabarkan yg mereka penyayang dgn berbagai porn artis, Jadi
macamana pemimpin Islam
tak kejang dibuatnya.
 
Kalu setakat satu dua Negara nak pakat serang mereka.tak yalah . Buat
mati rakyat sendiri buat apa..
Sebagai pemimpin bukan hanya mati syahid yang difikirkan..malahan lebih
dari itu. Kita sebagai rakyat
hanya fikir separuh jalan aje tp sorang pemimpin yang baik terpaksa
fikir sampai habis jalan.yang terakhir
itulah jalan yang sehabis baik.
 
Yg paling penting kita hidup dalam dunia reality, bukan macam filem
Rambo atau Hindustan..sorang hero
bole bertumbuk dgn 10/20 musuhnya, selamba aje.musuh dok tadah badan
untuk dibantai.
Saya ulangi lagi...inilah jalan terbaik..semua Negara Islam kumpulkan
tentera dan bawa peralatan dan senjata
ke sana..JAMIN 100% ..Palestin pasti bebas dan dapat hak mereka
semula..nasib baik half way aje mereka
dah serahkan hak pada Palestin .
 
Tapi siapa kita, kita cuma mampu untuk berdoa dan menghulurkan sedikit
bantuan..
 
Wassallam
 
-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of Ahmad
Sent: Wednesday, June 02, 2010 3:03 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir
Malaysia
 
  

Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia

"KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD"

18 Jamadil Akhir 1431H / 1 Jun 2010M
 
 
Tidak kira di darat mahupun lautan, begitulah kebiadaban yang
ditunjukkan oleh tentera pengganas rejim Israel. Mangsa mereka kali ini
bukanlah penduduk awam Gaza sepertimana biasanya, tetapi mereka telah
melakukan serangan komando ke atas kapal Mavi Marmara yang merupakan
salah sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi 'Frotilla
Pembebasan - Life Line For Gaza (LL4G)'. Serangan tidak
berperikemanusiaan itu dilaporkan berlaku pada 31 Mei pukul 7.00 pagi
waktu Mekah di perairan antarabangsa dan telah mengorbankan 19 nyawa di
samping mencederakan beberapa yang lain. Sebagai respons dari insiden
ini, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ingin menegaskan bahawa:-

1.    Rejim Zionis adalah pengganas ibarat binatang buas yang sentiasa
kehausan darah. Mereka bukanlah pihak yang boleh diajak berunding dan
perundingan damai dengan mereka hanyalah suatu yang sia-sia malah
bertentangan dengan syarak. Keganasan terbaru ini mengukuhkan lagi bukti
bahawa segala rundingan damai yang dijalankan selama ini bukanlah
penyelesaian kepada masalah Palestin atau umat Islam.

2.    Usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan adalah suatu yang baik di
sisi syarak, namun malangnya pihak pemerintah hanya berpeluk tubuh tidak
melakukan hal ini sebaliknya membiarkan badan-badan bukan kerajaan (NGO)
bertindak seorang diri tanpa ada apa-apa perlindungan keselamatan dari
pihak pemerintah, walhal pihak pemerintah tahu bahawa jalan menuju Gaza
penuh dengan risiko, termasuk serangan dari tentera Israel. Tidak ada
satu unit tentera umat Islam pun dihantar untuk mengiringi konvoi LL4G
bagi menjamin keselamatan mereka yang membuktikan pihak pemerintah
langsung tidak serius untuk menyelamatkan Gaza mahupun prihatin terhadap
nyawa ahli-ahli konvoi itu sendiri.

3.    Kutukan keras dari pemerintah, boikot, mesyuarat khas, sidang khas
parlimen, persidangan PBB, mesyuarat OIC dan seumpamanya bukanlah
penyelesaian kepada masalah Palestin. Setiap kali umat Islam dibunuh
oleh Israel, inilah suara-suara penyelesaian yang dilaungkan oleh
pemerintah mahupun sebahagian umat Islam, dan kita semua tahu bahawa hal
ini tidak pernah membawa kepada penyelesaian. PBB adalah badan kufur
antarabangsa yang melahirkan negara haram Israel manakala OIC hanyalah
himpunan negara-negara wathaniyah dan asabiyyah yang hanya tahu
bersidang! Pihak pemerintah bukannya ingin mengambil jalan untuk
melenyapkan entiti Yahudi yang menjadi punca kepada masalah, tetapi
hanya berminat untuk bersidang dan mengeluarkan resolusi dan mendapat
pula tuntutan (claim) yang lumayan darinya. Pihak pemerintah langsung
tidak menunaikan kewjipan mereka untuk mengerahkan pasukan tentera untuk
berjihad di Palestin dengan memerangi Yahudi dan membebaskan Palestin
dari cengkaman makhluk terkutuk itu. 

4.    Tentera-tentera kaum Muslimin yang sedang lena dibuai kemewahan
duniawi atau sedang dirantai dengan belenggu nasionalisme dan
patriotisme perlu segera bingkas bangun mempersiapkan diri untuk
berjihad fi sabilillah. Bilakah lagi kalian akan menyahut seruan jihad
dari Allah SWT dan merebut kedudukan mulia sebagai tentera Allah? Sampai
bilakah kalian hanya sekadar berani menunjuk 'belang' dalam acara-acara
rasmi negara? Sampai bilakah kalian hanya ingin tunduk kepada pemerintah
sekular yang hanya menghantar kalian untuk berkhidmat di bawah panji
kufur PBB, bukannya panji Allah dan Rasul? Musuh yang menerkam dan
membunuh saudara-saudara kalian itulah yang sepatutnya kalian ajar
hingga mereka tewas dan tertawan, bukannya pemimpin yang mengkhianati
umat yang kalian perlu patuhi. Untuk apakah kalian menjadi tentera jika
bukan untuk berjihad di jalanNya?

5.    Rejim Israel sekarang boleh membunuh umat Islam dengan begitu
mudah kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun.
Justeru, kita sekarang benar-benar memerlukan seorang Khalifah untuk
menjadi ketua kaum Muslimin yang akan memimpin, melindungi dan menjaga
harta, darah dan nyawa kaum Muslimin. 

6.    Hizbut Tahrir dengan ini menyeru seluruh kaum Muslimin agar
berusaha bersama-sama kami untuk menegakkan kembali Daulah al-Khalifah
ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah yang bila tertegaknya institusi politik
agung umat Islam ini, Khalifah pasti akan menghantar tentera untuk
menyelamatkan saudara-saudara kita dan membebaskan negeri-negeri umat
Islam dari cengkaman penjajah kuffar. 


USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden 
Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)
 
Sesuatu yang pasti dan Pasti dilalui adalah 
Kematian. Setiap patah perkataan yang kita tulis 
Ada yang menghisabnya. 

  <http://us.i1.yimg.com/us.yimg.com/i/mesg/tsmileys2/27.gif> Ahmus
 

Kirim email ke