H-Net* Jawatan Kosong - Penolong Pengurus

2002-05-18 Terurut Topik Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad
Title: HIKMAH DLM HIDUP

Assalamualaikum,

Seorang kakitangan saya akan
melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda bermula 27 Mei 2002 ini.
Oleh itu, jawatan beliau sebagai
Penolong Pengurus akan dikosongkan. Saya mempelawa kepada anda
yang memiliki Diploma untuk mengisi jawatan tersebut. Memandangkan syarikat saya menjalankan
aktiviti motivasi maka mereka yang memiliki ciri-ciri kepimpinan dan kemahiran
komunikasi akan diberikan keutamaan. Mereka yang mempunyai
Diploma dalam bidang kaunseling atau psikologi juga mempunyai kelebihan.

Kekosongan hanya untuk pejabat
di Ipoh, Perak sahaja. Untuk maklumat lanjut
sila hubungi Pengarah Operasi, Puan Nor Sarina di
alamat di bawah. Anda juga boleh
menghantar resume kepada saya melalui e-mel. 

Dr. Tengku Asmadi T.
Mohamad, Ph.D

Pengarah Urusan /
Perunding Motivasi

MAP Training and
Consultancy Sdn. bhd.

172 A Jalan Gopeng, 31350 Ipoh

Perak D. Ridzuan

Tel. : 05 - 3134622

Faks : 05 - 3133409

E-Mel : [EMAIL PROTECTED] 

Laman-Web : http://www.laman-map.com 

---
Incoming mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.351 / Virus Database: 197 - Release Date: 4/19/2002
 
---
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by AVG anti-virus system (http://www.grisoft.com).
Version: 6.0.351 / Virus Database: 197 - Release Date: 4/19/2002
 
H-Net* Mastika Hadith - Jilid 1 - Bab 1 - Fasa 1 - Hadith 1.

2002-05-18 Terurut Topik Omar AlKhatab
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh, 
Mastika Hadith - Jilid 1
Bab 1 : Beriman Kepada ALLAH TA`ALA.
Fasal 1 : Mengenal ALLAH dan mengEsakanNya.

Hadith 1:
Dari Abu Ma`bad, dari Ibn Abbas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Muaz Bin Jabal ketika baginda s.a.w. mengutusnya ke negeri Yaman: "Sebenarnya engkau akan sampai kepada suatu kaum (ahli kitab), kemudian apabila engkau menemui mereka, maka serukanlah mereka supaya mereka meyakini: Bahwa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan ALLAH, dan bahwa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh ALLAH...".
Menurut satu riwayat yang lain, (baginda s.a.w. bersabda): "...Maka hendaklah dakwah yang mula-mula engkau kemukakan kepada mereka ialah dakwah supaya mereka mengakui keEsaan ALLAH TA`ALA...". 
Dan pada satu riwayat yang lain pula, (baginda s.a.w. bersabda): "...Maka hendaklah perkara yang mula-mula sekali engkau mengajak mereka kepadaNya ialah (tunjang atau asas) ibadah kepada ALLAH..." (HR Bukhari dan Muslim)

Muslimin dan muslimat rahimakumullah. Hadith yang kita baca pada kali ini, diambil secara lafaz yang sahih daripada Ibn Abbas r.a.. (sepupu Nabi s.a.w.). Menurut jumhur ulama`, Ibn Abbas r.a. adalah sahabat yang paling hebat dikalangan para sahabah r.a. dari segi ilmu penafsiran al-Quran, sebab dia dididik oleh Rasulullah s.a.w. sejak dia masih kecil lagi. 

Dalam hadith di atas, Ibn Abbas r.a. menceritakan kepada kita bahwa Nabi s.a.w. telah meninggalkan pesan kepada seorang sahabatnya yang bernama Muaz bin Jabal r.a., ketika baginda nak mengutuskannya pergi ke negara Yaman untuk berdakwah. 

( Muaz bin Jabal r.a. pula adalah salah seorang sahabat Nabi s.a.w. dari kalangan Ansar. Beliau adalah diantara 72 orang yang terlibat secara langsung di dalam Perjanjian `Aqobah yang ke2. Perjanjian itu dinamakan sedemikian kerana ia berlaku di kawasan Jamratul `Aqobah. Yang mana sekarang telah didirikan sebuah masjid di situ dan dinamakannya "Masjid Mubayyi`ah". Kecil saja masjidnya tapi sudah cukup sebagai tanda di bukit `Aqobah itulah Nabi s.a.w. menjelaskan Islam kepada jamaah-jamaah haji dari kalangan Ansar. Walaupun ketika itu Mekah telah menutup rapat ruang untuk Nabi s.a.w. bergerak, tapi dengan suntikan semangat baru yang dikecapinya daripada Peristiwa Isra` Mikraj; maka inilah hasilnya. Iaitu Perjanjian `Aqobah ke2 termenterai. )

Muaz bin Jabal r.a. juga adalah sahabat Nabi s.a.w. dari kalangan bangsa Yaman. Nampak tak tuan-tuan, macamana bijaknya Rasulullah s.a.w. mencatur rancangan. Dia bukan macam melayu mudah lupa. Dia fatonah. Baginda s.a.w. tahu bahwa orang yang layak untuk pergi berdakwah ke Yaman, tak lain tak bukan, mestilah orang berketurunan Yaman sendiri. Sebab itulah, Muaz bin Jabal dipilihnya dalam misi ini. 

Dan Muaz bin Jabal r.a. inilah juga yang pernah disebut dalam suatu hadith baginda s.a.w. yang masyhur. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang mafhumnya, "Sesungguhnya dikalangan umatku, yang paling reti membezakan halal dan haram ialah Muaz bin Jabal radiallahuanhu."...Inilah penghormatan yang diberi oleh ALLAH dan rasul kepada Muaz bin Jabal. Dialah yang paling expert dalam hal mensegregatekan benda halal dan benda haram. 

Begitulah juga dalam suatu hadith sahih yang lain, sekali lagi nama Muaz bin Jabal r.a. disebut. Pernah Nabi s.a.w. bersabda, "Muaz bin Jabal itu akan menjadi pemimpin bagi golongan ulama` di Padang Mahsyar kelak."...Inilah dia berita yang menghiburkan kita, muslimin muslimat sekelian. Golongan yang cinta dan sayangkan ulama`, janganlah berasa bimbang, kerana Nabi s.a.w. telah memberi suatu jaminan bahwa mereka yang cinta dan kasih pada ulama`, hatta golongan ulama` itu sendiri akan dipayungi di Padang Mahsyar oleh Muaz bin Jabal r.a.. Tidakkah pernah tuan-tuan mendengar firman ALLAH dalam Suratul Isra`15:71, yang bermaksud, "Bahwa pada hari qiamat, ALLAH akan membangkitkan manusia bersama pemimpin-pemimpin mereka..."...Maknanya, siapa yang mereka ikut di du!
nia dahulu, maka orang itulah yang akan bangun memimpin mereka di Padang Mahsyar. Bila berlaku sedemikian, itulah yang Nabi s.a.w. beri jaminan bahwa golongan ulama` dan golongan yang mencintai ulama`, akan berada di bawah pimpinan Muaz bin Jabal r.a.. Dan Muaz bin Jabal akan membawa kita mengadap ALLAH SWT. Tak lega ka tuan-tuan bila dengar berita macam ni?...Sudah tentulah lega tuan-tuan, sebab Muaz adalah sahabah r.a.. Bila sebut sahabah radiallahuanhu, mereka ini adalah golongan yang ALLAH sudah redha kepada mereka. Yang tak leganya nanti ialah Firaun. Dialah yang akan pimpin golongan yang seangkatan dengan dia. Nak lega macamana tuan-tuan kalau pimpinan Firaun ini dilaknat ALLAH SWT. 

Muaz bin Jabal r.a. hidup sehingga zaman pemerintah Khalifah Umar al-Khatab r.a.. Dan akhirnya Muaz bin Jabal meninggal dunia ketika usianya hanya 33 tahun. Terlalu muda, tuan-tuan. Samalah keadaannya seperti sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Saad bin Muaz r.a.. Beliau adalah pemimpin kaum Ansar. Saad bin Muaz ini masuk Islam ketika usianya 

H-Net* Mohon Izin Moderator

2002-05-18 Terurut Topik Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Mohon Izin Moderator

RUANG PEJABAT UNTUK DISEWA

Assalamu'alaikum wrth.
Sukacita saya mempelawa kepada sesiapa yang berminat untuk menyewa ruang

pejabat di lokasi strategik seperti berikut:

1. Persiaran Perbandaran, Shah Alam
   Saiz 300k.p
   Kadar sewa bulanan : RM600.00 (Berhawa dingin)
   (Kadar sewa termasuk bayaran elektrik dan air - centralise)
   Berdekatan dengan pusat membeli belah, surau, bank, pejabat pos,
tempat makan dll.

2. TAMAN SRI MUDA (Seksyen 25) [ 2 (dua) ] ruang pejabat
   Saiz 300k.p x 2 pejabat
   Kadar sewa bulanan untuk 1 ruang : RM400.00 (Berhawa dingin)
   Kadar sewa bulanan untuk 2 ruang : RM600.00 (Berhawa dingin)
  (Kadar sewa tidak termasuk bayaran elektrik dan air)
   Berdekatan dengan pusat membeli belah, masjid, bank, pejabat pos,
tempat makan dll.
  *Sesuai untuk dibuat tempat tusyen atau pusat latihan komputer
dsb.(sudah renovate)

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi:
Encik Ahmad di talian berikut: 03-55114530 / 55110139 / 012-6961148

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: Kumpulan Usahawan Muslim Sdn Bhd [EMAIL PROTECTED]

H-Net* Jeruk salak Indonesia kini di Kota Bharu

2002-05-18 Terurut Topik salam sejahtera

 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalamu'alaikum,

Kepada members dari Kelantan yang teringin nak rasa jeruk salak, sila ke

Basah Jeruk trading
Berek 12, Jalan Hospital,
Kota  Bharu, Kelantan
(sebelah kedai nasi kukus Zakini).

Kedai ini baru sahaja dibuka dan menjual bermacam-macam jenis jeruk dari 
Pulau Pinang dan Indonesia, kuah rojak (colek), dan nata decoco jenama 
'Siti' keluaran Melati Trading.

Jualan secara runcit dan borong. Untuk belian borong, sila hubungi 
[EMAIL PROTECTED]

Dipersilakan...

Ini laman web kedai:
http://www.basahjeruk.kota-bharu.com

Wassalam.

_
Chat with friends online, try MSN Messenger: http://messenger.msn.com

 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 
Pengirim: salam sejahtera [EMAIL PROTECTED]