H-Net* Hizbinet Bukan Kedai Kopi....(resend)
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Assalamualaikum, Kepada sahabat-sahabat yang berminat dengan tulisan saya, dan tidak berkesempatan membaca tulisan2 saya yang sebelum ini, bolehlah lawat laman peribadi saya di: http://www.angelfire.com/wi/ulasan/akasbi.html Satu lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang berbanyak-banyak kepada tuan empunya & penyelenggara Hizbinet kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menulis dan mengasah bakat di medan diskusi hizbinet ini. Mungkin kemuncak daripada asahan yang bertubi-tubi itulah menyebabkan buat pertama kalinya sejak saya menulis di Hizbinet ini; tulisan saya telah tersiar di Majalah Tamadun keluaran terbaru, March 2001. Terima Kasih banyak-banyak; moga laman ini akan dimanafaatkan sepenuhnya oleh kita semua untuk sama-sama menjana ke arah kebangkitan ummah kali ke-2. KITA BOLEH MEMILIH UNTUK MEMBACA SAJA ATAU PUN TURUT SAMA TUMPANG MENULIS; APA PUN PILIHAN KITA - SAMPAI MASANYA NANTI, INSYAALLAH "ISLAM, KEBENARAN PASTI DATANG" AKAN TETAP TERTEGAK DI BUMI INI, INSYAALLAH!! Wassalam, Ahmad Baharudin Kasbi -- Free email from http://www.yourmail.cc == New domains == @crazy-life.com @crazy-guy.com @crazy-girl.net @yourhotdate.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) ~~~~~~~~ Pengirim: "ABK" <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* FWD: ULASAN ISU SEMASA (2)
jadi bercelaru, saya sendiri tak paham apa sebenarnya yg kerajaan kita cuba lakukan sampai sanggup menghantar 23 buah bot dan beberapa kapal perang beserta 2000 tentera untuk mengawal perairan pantai Sabah di kala tentera-tentera Filipina sedang menyembelih 'puak-puak' Abu Sayyaf di sana!! SALAHKAH NANTI KALAU CUCU CICIT DEPA TU NANTI PI TUDUH KATA TANGAN KITA TURUT TERPALIT DENGAN DARAH TOK WAN-TOK WAN DEPA ITU, KERANA KITA JUGA ADA 'PERANAN' DALAM UPACARA PENYEMBELIHAN ITU. WALAH HU AKLAM! Apa-apa pun, 102 orang islam yang mati di Palestine dan dicampur dengan 129 orang yg mati di Jolo menjadikan jumlah kematian orang-orang Islam di tangan kuffar untuk dua tiga minggu ini saja sudah mencecah angka 231 orang. Itu belum lagi termasuk kematian2 yg terbaru di Maluku, Chechnya, Kashmir dan kawasan-kawasan jihad yang satu waktu dengannya. Nampaknya, darah ummat Islam kian deras mengalir; mengalir dan terus mengalir tanpa hentinya. Bilakah agaknya akan turun Al-Mahdi untuk bangun berdiri bagi membela kematian-kematian insan yang tidak berdosa ini. Kita pun tidak tahu bila Al-Mahdi akan turun kerana percaya atau tidak dengan kedatangan beliau bukanlah soal akidah; tapi yang pastinya kita tak perlu tunggu sampai Al-Mahdi muncul, baru kita nak tersedar dari lena. Berita terbaru mengenai syahidnya Baba Bedul (Tuan Guru Abdul Rahman Betong), The Supreme Leader of The New PULO di penjara Siam sana haruslah membangkitkan kita semua dari tidur yang panjang. Apakah salah Baba Bedul, sehingga beliau 'diizinkan' untuk dicekup dek balachi balachi Siam ketika sedang berbuka puasa di Kuala Kangsar bulan Januari 1998 tempoh hari; kemudian di'izinkan' orang tua itu diarak pulang ke Siam; dipenjara, diseksa dipukul dipaksa makan ta_ik sendiri dan lain-lain sehingga hilang ingatan.dan akhirnya gugur syahid jauh dari pandangan mata anak-anak dan isteri tersayang. APAKAH DOSA BELIAU DAN APAKAH DOSA 129 ORANG SAUDARA MARA KITA DI FILIPINA SANA..SEHINGGA KITA SANGGUP MEMBIARKAN MEREKA DIPERLAKUKAN KUFFAR SEDEMIKIAN RUPA!! Apakah merebaknya berbagai jenis penyakit tanpa kawalan ini adalah petanda dan bala daripada Allah SWT di atas kelalaian kita iniwallahu a'lam. Wassalamu, Ahmad Baharudin Kasbi -- Free email from http://www.yourmail.cc == New domains == @crazy-life.com @crazy-guy.com @crazy-girl.net @yourhotdate.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) ~~~~ Pengirim: "ABK" <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* ULASAN MINGGUAN - resend
uh Anwar Ibrahim, musuh politik no wahidnya pada ketika ini!! Kerana itu, beliau akan berbuat apa sahaja untuk mempastikan "Terengganu" akan dihukum dengan hukuman yg seberat-beratnya sepanjang tempoh 5 Tahun ini. Beliau melalui kuncu-kuncunya di Terengganu akan mempastikan Terengganu akan membayar harga yg teramat berat untuk pilihan mereka ini. Selain duit royali minyak; kepimpinan PAS di Terengganu hari ini sedang diuji dengan berbagai tindakan sabotaj secara halus dari dalam. Contohnya; pegawai2 penguatkuasa kerajaan (yg pro UMNO) hari ini boleh dilihat tidak lagi bersungguh-sungguh dalam tugas mereka. Contohnya, kalau anda ke Kemaman, anda boleh dengar komen orang2 Kemaman bagaimana sekarang ini pasar di Pekan Cukai selalu jem dengan kereta2 yg diparking sesuka hati sebab tak ada pegawai penguatkuasa nak mai kacau macam dulu; keadaan jalan yg terlalu sesak (pada hari2 tertentu) kadang2 benar2 merimaskan. Kata seorang sahabat dari sana: "Mereka ini macam nak kato kat kat kite "Ha, padan muka kamu, nak pilih PAS sangat, ha sekarang rasa, baru padan muka!" Macam tu dengan traffic lite di sesetengah kawasan di Terengganu; saya mendapat maklumat, kalau anda potong lampu merah pong, Polis tak kacau punya!! SEMUANYA NAK BAGI NAMPAK MACAM SUASANA NAK JADI KELAM KELIBUT DAN HURU HARA!! Macam tu juga dengan cerita driver2 lori yg selalu pergi ambik balak di satu kawasan pembalakan bernama PESAMA di Sri Banding; kalau sebut saja nak kena gie angkut balak di PESAMA, huyookalau boleh nak tolak tepi. Sebab apa? sebab nak kena tunggu berjam-jam, sedangkan dulu kejap saja, pegawai2 tu dapat habuan, kejap aje jalan. Sekarang dah tak boleh bagi habuan, jadi ha, dok tunggulah kamu semua tengah2 panas berjam2 hinggakan orang jadi naik malas nak ke sana..semuanya ini sebab nak bagi perjalanan ekonomi Ganu jadi lembab.macam lah jugak yg cuba dibuat oleh Pemimpin depa di pusat sana. Cerita2 di atas cumalah sebahagian dari ribuan kisah yg masih terpendam di bumi Terengganu sana, tunggu masa saja nak meletup. Sebab itu, saya tak berapa heran bila seorang sahabat saya bila saya jumpa dia di Terengganu baru2 ini, bila di tau saya mai dari Kedah; masa nak balik, lepas jabat tangan, dia pesan kata: "Nanti, kalu mu balik Kedoh, jumpe Dr Mahathir, tolong bagi penampor sket!!" Kata orang, kalau orang kirim salam, wajib kita sampaikan; tapi kalau orang kirim penampor sket, apa yg patut kita lakukan.sampai hari ini saya masih mencari-cari jawapan!! Wassalam, ABK -- Free email from http://www.yourmail.cc == New domains == @crazy-life.com @crazy-guy.com @crazy-girl.net @yourhotdate.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) Pengirim: "ABK" <[EMAIL PROTECTED]>
H-Net* Testing 1,2 3
*~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } {Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~ Ish, payah sungguh aih, tak keluaq keluaq...ini nak try yg ini pulak, kalau keluar, boleh tumpang menyampuk lagi... testing 1,2,3 -- Free email from http://www.yourmail.cc == New domains == @crazy-life.com @crazy-guy.com @crazy-girl.net @yourhotdate.com ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]) Pengirim: "ABK" <[EMAIL PROTECTED]>