H-Net* Jangan Tinggal Daku...

2000-06-03 Terurut Topik Alam Wasathiyah




MENINGGALKAN AMAR MA’ARUF DAN NAHI MUNGKAR : SUATU IMPLIKASI BURUK.

Manusia dikawal oleh undang - undang . Tiada satu negara pun yang tidak mempunyai undang - undang . Namun bagi ummat Islam , perutusan wahyu Ilahi itu merupakan undang - undang yang bukan saja mengawal mereka didataran bumi ini , malah terus berfungsi hingga ke akhirat dengan memelihara mereka dari terjerumus ke lembah jahannam .

Amar ma’aruf dan Nahi mungkar antara ceraian peruntukkan undang - undang Islam yang mengawal manusia agar tidak menjadi mangsa kebuasan nafsu ammarah , sekaligus menyelamatkan mereka dari kebejadan noda dan dosa . Alangkah malang bagi manusia yang meninggalkan Amar ma’aruf dan Nahi mungkar tersebut , justeru ia bermaksud meninggalkan perintah Allah atau mengelak diri dari undang - undang Allah swt .

Keadaan ini meretakkan hubungannya dengan Allah swt. dan tiadalah implikasi yang paling buruk melainkan retaknya hubungan dua hala antara Allah dan hambanya . Lebih ketara apabila implikasi itu menular sehingga menghancurkan peradaban manusia . Tanpa Amar ma’aruf dan Nahi mungkar generasi manusia kehilangan pedoman , amal Islami kian terhakis dan aqidah ummah terancam .

Antara sedutan peristiwa dalam masyarakat ummat Islam . Terdapat mereka yang mesti diarah dan dipandu untuk melakukan amal Islami . Tanpa arahan dan panduan itu , mereka akan membatu diri , kaku dan lesu . Fenomena inilah yang melumpuhkan ummat Islam apabila amal Islami semakin hari semakin terhakis .

Sementara disatu sudut yang lain pula , terdapat mereka yang mesti dicegah dan dihalang supaya mereka meninggalkan perbuatan - perbuatan maksiat dan mungkar . Tanpa cegahan dan halangan itu , mereka akan galak , berani dan rakus . Fenomena inilah yang memusnahkan ummat Islam apabila kemungkaran telah berakar umbi .

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“ Demi tuhan yang diriku didalam genggamannya , samaada kamu menyuruh kepada yang baik atau kamu mencegah kemungkaran atau hampirlah Allah menurunkan hukuman ( bala) ke atas kamu lalu kamu berdoa kepada Allah maka doa itu tidak diperkenankan bagi kamu oleh Allah ”

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“ dan takutlah olehmu akan fitnah ( bala ) yang tidak hanya ditimpakan kepada orang - orang yang dholim dikalangan kamu sahaja dan ketahuilah sesungguhnya Allah amat dahsyat pembalasannya .”

Tegasnya perbuatan meninggalkan Amar ma’aruf dan Nahi mungkar itu adalah satu perbuatan yang nyata mengundang kemurkaan dan bala Allah swt. Sepastinya pula ,apabila ia diturunkan oleh Allah , semua pihak akan terlibat .



Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


H-Net* Tafakur sejenak?

2000-05-30 Terurut Topik Alam Wasathiyah


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Assalaamu'alaikum warga Hizbi net yang dirahmati Allah...

Saya mengikuti perkembangan terbaru ini (tafakur sejenak oleh Laman-laman 
Reformasi) dengan penuh perhatian. Bagi saya, persoalan sama ada seseorang 
pemimpin itu wajar meletakkan jawatan, atau persoalan memperbaiki dan 
mengkritik organisasi mahupun gerakerja parti adalah persoalan biasa...dan 
kiranya ini berlaku dalam Keadilan, kita mengharapkan ianya lahir daripada 
keihklasan dalam perjuangan dan proses mematangkan parti yang dilakukan 
dengan penuh ketelitian...Hatta kiranya berlaku ke atas PAS sekalipun, 
dipersilakan kiranya ianya dapat membuahkan kebaikan buat perjuangan 
Islam

Dan untuk mempastikan hasrat melakukan 'islah' dalam parti itu 
berjaya...penggeraknya mesti mempertimbangkan faktor kesan baik dan buruk, 
jangka panjang dan jangka pendek...juga turutan keutamaan. Dalam hal inilah 
pada saya Webmaster Laman laman tersebut kelihatan tidak cermat...Ini 
sememang masa yang cukup tidak sesuai untuk melakukan sedemikian (tafakur 
sejenak dan yg berkaitan..). Kalaupun benar perlu reformasi 
dalamantindakan ini sudah pun dijadikan 'lauk' kempen piihanraya 
BN...apakah menyistiharkan pernyataan reformasi dalaman (yg tidak pernah 
ketara keburukannya kepada perjuangan 'reformasi' mahupun ahli Keadilan 
sendiri, jika benar) pada ketika ini lebih besar manfaatnya daripada 
menangguhkannya selepas pilihanraya?

So...sekarang ni nampaknya mereka dah buka balik access...alhamdulillah. 
Kita harapkan ianya menjadi iktibar kepada pejuang keadilan dan kita dapat 
atur langkah pertahanan dan serangan yg lebih jitu ke atas BN selepas 
ini...kita pejuang yang matang..ayuh ambil sikap dan tindakan berdasarkan 
keutamaan dan mesyuarah...

Kalau dah utusan Meloya tu memang itulah kerja dia...peliklah kalau Utusan 
Meloya dan media-media kroni yang lain buat berita yg untungkan 
kita...samalah macam akhbar kita...cuma yg membezakannya ialah kita nak 
untungkan Islam dan keadilannya...mereka dok untungkan bende yang batil.

Inilah pandangan saya...sama-samalah kita berkongsi dan bertukar pandangan 
untuk kebaikan bersama...agar kita bersepakat dalam kebenaran. 'Umatku tidak 
bersepakat dalam kebatilan' (maksud hadith)

Salam Tajdid

Allahu Akbar!!!

raden hadi

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Alam Wasathiyah" [EMAIL PROTECTED]



H-Net* Heavy Metal - TAKKKKBIRRRR!!!

2000-05-29 Terurut Topik Alam Wasathiyah


 *~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net }
 {Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED] }
 {Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
 *~*
  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~
Alhamdulillah,

Perjuangan Islam akhir-akhir ini semakin ketara pertolongan dari Allah. 
Daripada peristiwa reformasi, kesatuan jamaah Islam, kemasukan ulama', 
intelek, dan ahli sukan terkemuka ke dalam Parti Islam Se Malaysia, semuanya 
merupakan tanda-tanda yg cukup menyerlahkan kebangkitan ISlam di bumi 
Malaysia khususnya. (Dr. Yusuf Qardhawi juga menghasilkan penulisan 
berkenaan 'Tanda-tanda Kemenangan Islam' yg telah diterjemahkan ke Bahasa 
Melayu oleh Maktabah al-Qardhawi..boleh cari bukunya di pasaran)...

Saya nak tarik perhatian saudara-saudara dengan kemunculan seorang lagi 
artis yang aktif berdakwah...selain Ogy, Azmil, Sabree Fadzil,...iaitu bekas 
vokalis kumpulan D'Riyadh yang pernah popular tahun 80an dahulu (masa kita 
muda-muda dulu...). Mungkin ramai yang dah dengar ceramahnya. 
Alhamdulillah..ceramah beliau memang cukup power...cukup heavy metal...aksi 
dan pengisiannya bagi saya cukup baik untuk dimanfaatkan khususnya untuk 
menarik orang muda kepada Islam...apalagi beliau ada asas mengaji 
Islam...beliau duduk langsung atas wadah PAS...jadinya cari-cari lah beliau 
ni utk ceramah di tempat saudara...namanya (ustaz) Akhil Hai atau Akhil 
Rawa...bila dia langkan 'takbir'...naik bulu roma...heavy metal punya! 
diselang-seli pula dengan nyanyian2 dan zikir2 yang mengasyikkan, maklumlah 
suara emas...lawaknya jangan cerita la, dari mula sampai habis memang tak 
kering gusi..lancar dan menarik.

Insya Allah, moga penyertaan beliau dalam PAS akan dapat dimanfaatkan 
bersama.


Sekian,

Sahabat

Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com


 
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
 ( pandangan rasmi  bukan tanggungjawab HIZBI-Net  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED])
 

Pengirim: "Alam Wasathiyah" [EMAIL PROTECTED]