[ADIL-Net] Sedutan kuliah Tok Guru mengenai aurat yang dieksploitasi media

2000-10-11 Terurut Topik Incredible Hulk





www.harakahdaily.com
Malay Section








Sedutan kuliah Tok Guru mengenai aurat 
KOTA BHARU, 11 Okt (Hrkh) - Kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung dengan aurat wanita telah disalah fahamkan oleh media pro-BN yang mencari alasan untuk mengutuk PAS. 
Berikutan itu, bersama-sama ini adalah sedutan kuliah tersebut untuk membolehkan orang ramai menilai sendiri ucapan itu yang dibuat di Dewan Zulkefli Mohamad di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan pada 6 Oktober lalu. 
"ORANG muda kita sekarang bila datang ke bandar pada hari Sabtu, mulalah kita tengok mereka berpakaian seperti menolak Nabi Muhamad SAW dan meniru gaya seperti bintang filem. 
Orang muda-muda kita khasnya belia-beliawanis, mulai berpakaian sekerat sehingga menampakkan pusat. Dia rasa cerdik benarlah boleh tiru orang duduk telanjang di Sydney, Australia (Sukan Olimpik baru-baru ini), dengan berpakaian demikian (dedah aurat). 
Dia tidak ingat sebagai manusia kita diwajibkan meniru Nabi Muhamad SAW. Nabi Muhamad SAW ajar kepada kita supaya tutup aurat. Kesan pembukaan aurat inilah timbul masalah seperti zina dan sebagainya. 
Orang jantan (lelaki) mana, kalau tengok orang betina (perempuan) yang berpakaian nampak pusat, tidak naik syok. Tok Lebai tua pun kalau tengok pusat orang perempuan demikian naik syok juga. Orang panggil, iman Pak Lebai pun boleh bergoyang.
Jadi orang perempuan boleh menjadi fakta penting sebab merebaknya perbuatan (ke arah) zina. Orang perempuan yang bertutup itu pun, orang lelaki yang melihat naik syok juga, kalau tidak naik syok itu, mungkin orang itu pondan. 
Tetapi kalau orang yang sempurna tengok orang perempuan tentunya berasa lain. Kucing mana yang tidak mahu kepada ikan tawar bila lihat ia tergolek di dalam pinggan. 
Sifat kucing ini kalau tengok ikan dalam saji pun cuba hendak korek. Ini kan pula ikan yang berada di luar. Begitulah manusia pun berkelakuan hampir sama.
Jadi dalam bulan Rejab ini cuba perhatikan anak, cucu, anak beranak dan kawan-kawan kita, biar berpakaian elok sedikit, kalau hendak datang ke Kota Bharu biarlah menutup aurat yang menggambarkan syaksiah kita sebagai seorang muslim. 
Kita tunjukkan kita sebagai orang Kelantan yang terkenal dengan buminya dikenali sebagai Serambi Mekah dan Tadahan Wahyu.Malu datuk nenek kita, malu tok lebai kita. Mereka sebelum ini sengaja didik kita menjadi orang baik, tinggal di negeri Serambi Mekah, tiba-tiba kita pula tergelincir, keluar daripada landasan itu dan asyik hendak tiru orang-orang yang tidak berguna di atas dunia ini.
Itu hadirin semua muqadimah pengajian kita, masuk ke dalam bulan Rejab."
Comments ? E-mail UsCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!






eGroups Sponsor
















ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
 





[ADIL-Net] Debat pemuda Umno-PAS bulan depan

2000-10-11 Terurut Topik Incredible Hulk

Date: Wed, 11 Oct 2000 16:57:47 +0800www.malaysiakini.comOct 12, 2000 Debat pemuda Umno-PAS bulan depan 'Ein Azmi3.30pm, RABU: Pergerakan Pemuda Umno bercadang mengadakan debat denganPemuda PAS berhubung hak keistimewaan Melayu itu bulan depan.Menurut Setiausaha Pemuda Umno, Mohd Zulkifli Alwi, pergerakan itu masihbelum menetapkan satu tarikh khusus tetapi ia dijangkakan dijalankan sebelumbulan puasa, iaitu akhir November depan.Beliau berkata perbincangan berhubung butir-butir debat akan diteruskanbersama Setiausaha Pemuda PAS, Idris Ahmad. Beliau akan menjawab suratPemuda PAS berhubung debat yang dijalankan "satu lawan satu." Ketua Dewan Pemuda PAS, Mahfuz Omar telah menghantar sendiri suratpersetujuan untuk debat kedua-dua parti itu di bangunan Umno dua hari lalu.Dalam surat itu, Mahfuz menyatakan beliau bersedia menerima cabaran berdebatdan sekali lagi mencadangkan ia diadakan secara terbuka di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Zulkifli menjelaskan Pemuda Umno telah mengambil beberapa ketetapan untukmeneruskan program itu ekoran desakan Mahfuz. "Kalau itulah cara untuk menampilkan kebenaran, Pemuda Umno bersediamengadakan perdebatan," kata Zulkifli kepada malaysiakini. Bagaimanapun beliau menegaskan perbincangan itu harus dijalankan secaratertib dan beradab supaya "tidak menjadi sarkas politik" seperti beberapaforum yang pernah diwakili oleh kedua-dua parti itu.Bekas exco Pemuda Umno, Zein Isma didakwa pernah diganggu oleh penontonsetiap kali beliau bangun untuk berdebat dalam satu forum terbuka diUniversiti Kebangsaan Malaysia tahun lalu. Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yakob dilaporkan hari ini berkata,kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk menyiarkan secara langsung acarasedemikian melalui televisyen. Sementara Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa debat itudibatalkan kerana disifatkan tidak membawa faedah selain menguntungkanpolitik Ketua Pemuda PAS itu. COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!






eGroups Sponsor
















ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
 





[ADIL-Net] Tuan Guru Hj Abdrurahman Betong syahid

2000-10-11 Terurut Topik Incredible Hulk

Date: Thu, 12 Oct 2000 08:55:38 +0800Tuan Guru Hj. Abdurrahman Betong mati syahid di penjara setelah diseksa dipenjara Bangkok, Thailand. www.mahazalimtwo.tripod.comTuan Guru Hj. Abdurrahman Betong, pemimpin PULO dan 3 anggota PULO ditangkapoleh Kerajaan Malaysia dan dihantar ke Thailand pada Januari 1998 denganarahan Mahathir atas pemintaan dari kerajaan Thai sebagai syarat utama untukmembincankan konsesi minyak Patani kepada Petronas. Maklumat terkini dari Dr. Haron Moleng, Pemimpin tertinggi PULO dari Makkah,Saudi Arabia menyebut bahawa Tuan Guru Hj. Abdurrahman Betong telah matishahid minggu lalu setelah di seksa selama 2 tahun di pennjara di Bangkok.Pelawat yang menemui nya sebelum mati di penjara mendapati bahawa As Shahidtelah hilang ingatan dan menjadi bodoh. Maklumat juga menyebut bahawa antara siksaan yang di buat ke atas Tuan Guruia lah menyuroh nya memakan najis nya sendiri selama tiga bulan dan di pukuloleh orang yang bertopeng. PULO telah membuat kenyataan bahawa Kerajaan danTentera Thailand akan di serang oleh Angkatan Bersenjata Tentera MujahiddinPULO atas tindakan zalim mereka bersama Firaun Mahathir di Malaysia. AllahuAkbar. Dr. Muhammad PataniForeign Minister in ExilePatani United Liberation Organization[PULO]Representative OfficeRepulic of Patani Darussalam,Mekah Mukaramah, Arab Saudi COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!






eGroups Sponsor
















ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
 





[ADIL-Net] Gambar 2

2000-10-11 Terurut Topik Incredible Hulk

 Date: Thu, 12 Oct 2000 08:43:09 +0800www.mahazalimtwo.tripod.com





Gambar dan Aksi MenarikDemonstrasi Anti Mahathir di Universiti Cambridge
 
REFORMIS : Bilalah doktor tua ini nak insaf. Dah tu, pandai dia buat macam tak dengar LAUNGAN KERAMAT kami 
MAHAZALIM : Apalah yang aku nak kelentong depa lepas niapanama.kununnyaCis...ada demonstran rupanya di belakang ini.. Kuatnya depa jerit...mujuq jantung aku tengah steady... 
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!






eGroups Sponsor
















ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
 





[ADIL-Net] Gambar 1

2000-10-11 Terurut Topik Incredible Hulk

 Date: Thu, 12 Oct 2000 08:40:31 +0800

www.mahazalimtwo.tripod.com





Gambar dan Aksi MenarikDemonstrasi Anti Mahathir di Universiti Cambridge
 
Ketibaan Mahazalim yang sememangnya tidak tahu malu. Perhatikan para Reformis di belakangnya.COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!






eGroups Sponsor
















ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/
 





[ADIL-Net] Eksklusif! Kerajaan Pusat tiada hak hapus royalti Terengganu

2000-10-11 Terurut Topik Incredible Hulk

www.malaysiakini.com


Oct 11, 2000 EKSKLUSIF!K'jaan pusat tiada hak hapus royalti T'ganu Ng Boon Hooi 
7pm, RABU: Kerajaan persekutuan tidak mempunyai sebarang hak untuk menafikan pembayaran wang royalti minyak daripada Petronas kepada kerajaan PAS Terengganu. 
"Perjanjian ini tidak ada langsung kena mengena dengan kerajaan pusat yang membolehkan ia campur tangan dalam perjanjian ini untuk menghapuskan hak kerajaan Terengganu," kata Pengerusi Jawatankuasa Hisbah Terengganu Tun Mohd Salleh Abas, merujuk Seksyen 4 Akta kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian antara negeri itu dengan Petronas pada 22 Mac 1975. 
"(Campur tangan) ini adalah bertentangan dengan undang-undang kontrak dan Perlembagaan Persekutuan." 
"Sekarang sudah jelas dan nyata bahawa kerajaan Terengganu telah dinafikan haknya kerana royalti bagi pengeluaran dalam tempoh bulan Januari hingga 1 Julai tahun ini, yang sepatutnya dibayar pada 1 September baru-baruini, belum lagi dibayar," kata Mohd Salleh lagi dalam sesi soal-jawab dengan malaysiakini hari ini. [Lihat Wawancara dengan Mohd Salleh Abas, 11 Okt]
Beliau juga menggesa kerajaan persekutuan berpegang kepada prinsip perundangan dan "tidak sepatutnya bertindak liar sedemikian" dan "tindakan ganas ini" (pemberian wang ehsan) hendaklah ditarik semula. 
Beliau menambah, Terengganu tidak mengetahui apa-apa tentang kaedah pembayaran baru itu melalui Jawatankuasa Pembangunan Pusat (JPP) kecuali melalui satu salinan kenyataan Kementerian Kewangan pada 5 September lalu. 
"Tidak ada persetujuan yang sedemikian telah dibuat (antara kerajaan pusat dengan negeri), bahkan kerajaan negeri Terengganu pun tidak tahu dan langsung tidak diberitahu secara rasmi oleh Petronas dan kerajaan pusat bahawa negeri itu tidak mempunyai apa-apa hak," katanya lagi. 
Tindakan menukarkan nama bayaran kepada wang ehsan tidak akan mengubah kedudukan bayaran itu pada segi undang-undang kerana ia mesti dibayar oleh Petronas dan menjadi hak Terengganu, tambahnya. 
Beliau juga membidas kerajaan pusat yang menyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memberikan royalti pada 1974 kerana Terengganu dianggap negeri paling miskin waktu itu. 
"(Kenyataan) itu tidak boleh diterima akal," kata Mohd Salleh. 
Diskriminasi tanpa royalti
Menurutnya, Akta Kemajuan Petroleum berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974 dan perjanjian wang tunai (royalti) di bawah akta itu dibuat pada pada 22 Mac 1975. 
Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 tetapi petroleum hanya dijumpai di persisiran pantai Terengganu pada pertengahan tahun itu dan dikeluarkan dua tahun kemudian. Pada tahun 1978, Terengganu menerima royalti lebih kurang RM13 juta.
"Mustahil Abdul Razak mengarahkan supaya royalti petroleum dibayar kepada Terengganu sebelum beliau meninggal dunia sedangkan petroleum belum dijumpai," jelas bekas Ketua Hakim Negara itu. 
Mohd Salleh juga menjelaskan latar belakang penggubalan akta-akta berhubung Petronas dan kerajaan-kerajaan negeri yang mengandungi petroleum. 
"Untuk menyelesaikan masalah ketegangan kerajaan pusat dengan kerajaan Sarawak, akhirnya dua kerajaan itu bersetuju bahawa dasar lautan tidak boleh dimiliki mana-mana negeri dalam Malaysia, tetapi hak kepunyaan minyak yang ada di dasar lautan dan di daratan boleh dimiliki oleh negeri-negeri," jelasnya. Menurut akta petroleum 1974, minyak yang ditemui di sesebuah negeri hendaklah diserahkan kepada Petronas dan syarikat itu pula dikehendaki membayar wang tunai kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri dalam satu jumlah wang yang dipersetujui.
"Meneruskan bayaran royalti kepada Sabah dan Sarawak tetapi menghapuskan bayaran ini kepada Terengganu adalah satu perbuatan diskriminasi.
"Penghapusan ini tidak sah dan tidak berkesan dari segi undang-undang," kata Mohd Salleh.
Beliau juga menegaskan bahawa isu tentang penemuan minyak di luar kawasan 3 atau 12 batu nautika tidak boleh dijadikan asas undang-undang untuk menghapuskan hak negeri itu. 
"Isu ini telah dihapuskan dan diselesaikan (selepas penubuhan Petronas) oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan (Akta Perlombongan Petroleum 1966) tidak relevan lagi," kata Mohd Salleh.  Wawancara dengan Mohd Salleh Abas 

Oct 11, 2000 Wawancara dengan Exco Terengganu, Mohd Salleh Abas
Royalti, bukan wang ehsanMalaysiakini: Siapakah yang berhak kepada royalti minyak ini; kerajaan Pusat atau kerajaan Terengganu?
Mohd Salleh: Royalti minyak adalah hak kerajaan negeri Terengganu yang mesti dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu oleh Petronas, sebabnya:
a. Seksyen 2 Akta Kemajuan Petroleum 1974 menyatakan bahawa hak kepunyaan petroleum keseluruhannya sama ada di darat atau di laut adalah terserah (vested) kepada Petronas dan penyerahan hak kepunyaan ini akan berkuat kuasa apabila surat acara penyerahan telah ditandatangani. Penyerahan ini adalah muktamad, tidak boleh ditarik balik dan hak kepunyaan itu adalah menjadi hak kepunyaan Petronas buat selama-lamanya.
b. Di bawah Seksyen 4, sebagai balasan penyerahan ini, Petronas diwajibkan membayar 

[ADIL-Net] PAS leader's statement not 'anti-women'

2000-10-10 Terurut Topik Incredible Hulk

Date: Wed, 11 Oct 2000 08:09:26 +0800www.malaysiakini.comOct 10, 2000 PAS leader's statement not 'anti-women''Ein Azmi6:45pm, TUES: Kelantan mentri besar Nik Aziz Nik Mat's purported statementthat "women are the main cause of social problems" is not anti-women, anaide claimed.The PAS leader's press secretary Mohd Fauzi Zakaria said that the statementwas only directed at women "who provoke men sexually"."Nik Aziz was only explaining Islam's tenets which are meant to ensure thehonour and safety of women. This is because sexual crimes will ultimately beborne by women themselves."To protect one's honour, Islam encourages one to be watchful and adviseswomen not to wear revealing clothes that will sexually provoke men," hesaid.He also explained that Nik Aziz, in his religious class last Friday, hadtried to explain that social problems were partly caused by some women whoexposed their bodies (aurat) to seduce men."The mentri besar was not referring to all women. Therefore, there is noquestion of withdrawing the statement as the statement was true," he said ina statement to malaysiakini today.According to Mohd Fauzi, Nik Aziz do not support men who sexually harassedwomen, referring to a few incidents which involved DAP female members ofparliament a few months ago.Yesterday, malaysiakini reported that DAP Wanita vice-chair Betty Chew haddemanded that Nik Aziz withdraw his statement which was deemed as derogatoryto women."Such remarks indicate his anti-women bias and will anger women who see thisas an attempt to justify the criminal and unlawful actions of men againstwomen," she said. Oct 10, 2000 Kenyataan Nik Aziz tidak 'anti-wanita''Ein Azmi 6:45pm, SEL: Kenyataan Menteri Besar Kelantan berhubung isu "wanita puncamasalah sosial" yang menimbulkan kemarahan beberapa pihak tidak bersifatantiwanita. Ia hanya ditujukan kepada mereka yang "mengganggu sentimen dan rangsanganseks" lelaki. "Tidak timbul kenyataan beliau bersifat anti-wanita," jelas SetiausahaAkhbar menteri besar itu, Mohd Fauzi Zakaria."Sebaliknya beliau hanya menjelaskan kehendak Islam yang sentiasa inginmengawal kehormatan dan keselamatan kaum wanita. Ini kerana kes-kes jenayahseks akhirnya hanya akan ditanggung kaum wanita itu sendiri."Mohd Fauzi berkata, dalam usaha menjaga kehormatan, Islam lebih mengutamakanlangkah berjaga-jaga dengan meminta mereka agar tidak berpakaian yangmengghairahkan kaum lelaki. Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam kuliah mingguannya pada Jumaat lalu juga cubamenerangkan sebahagian gejala sosial berpunca daripada sesetengah wanitayang mendedahkan aurat untuk menimbulkan keghairahan lelaki, jelas MohdFauzi lagi. "(Menteri Besar) itu tidak merujuk semua wanita. Dengan itu, tidakberbangkit soal menarik kenyataan kerana ia (kenyataan itu) adalah benar,"tambahnya, dalam satu kenyataan kepada malaysiakini petang ini. Semalam, malaysiakini melaporkan Wanita DAP menggesa Nik Aziz menarik semulakenyataan itu yang dianggap menghina wanita. "Kenyataan seperti itu menunjukkan sikap anti-wanita dan menyebabkankemarahan wanita yang melihat ia (pendapat itu) sebagai usaha membenarkantindakan jenayah dan tidak mengikut undang-undang kaum lelaki terhadapwanita," kata Naib Ketua pergerakan itu, Betty Chew. [Ally wants PAS leaderto withdraw derogatory words, Oct 9]Terpengaruh reaksi UmnoMohd Fauzi menjelaskan Menteri Besar itu tidak mempunyai sebarang prasangkaterhadap pandangan Wanita DAP. "Mungkin beliau (Betty) membuat kenyataan itu akibat terpengaruh denganreaksi-reaksi daripada pemimpin Umno," katanya. Menurutnya lagi, menteri besar itu juga tidak menyokong lelaki yang terlibatdengan gangguan seks terhadap wanita, seperti yang pernah dialami olehbeberapa anggota Dewan Rakyat DAP beberapa bulan lepas.om/ros/1203019585@Middle ...om/ros/1203019585@Middle ... COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Get Yahoo! Mail - Free email you can access from anywhere!






eGroups Sponsor
















ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--

Send a blank e-mail to:
 [EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal 
 [EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

 ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/