*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada: Dr. Md Hatta Md Ramli, Pengerusi Jawatankuasa


Assalammualaikum,

Maaf kalau terkasar bahasa, sebab saya cuma insan biasa yang tidak dapat
lari daripada kesilapan. Saya adalah penyokong kuat PAS dan Keadilan dan
merupakan AJK tertinggi di kawasan kediaman saya.

Dalam Malaysia ni kan ada undang - undang, walaupun undang - undang itu
daripada pemerintah yang zalim, tapi undang - undang tetap
undang-undang.
Jadi sebagai rakyat, kita mesti mengikut undang - undang yang tidak
memesongkan aqidah kitaSeperti meminta undang - undanag jalanraya,
bayaran cukai pintu dan sebagainya. Kalau tak betul beritahu saya...
Soalan saya,
a. 'Adakah perhimpunan yang di akan diadakan ini mendapat permit atau
tidak?
b. Pernahkah permit perhimpunan di pohon oleh penganjur?
c. Jika pernah, boleh tolong nyatakan bila permohonan di buat?

Saya berharap agar Dr Hatta dapat menjawab soalan saya, kerana saya amat
perihatin dengan apa juga yang telah terjadi  kepada semua rakyat yang
ingin menebus maruah ugama, bangsa dan negara. Kalau boleh biarlah
dengan permit yang ada, ia merupakan satu 'lesen besar' bagi kita untuk
mengadakan perhimpunan secara aman.

Tidakkah saudara terfikir, apa yang akan terjadi jika perhimpunan ini
terus diadakan, kesan - kesannya menurut kajian saya ialah:
a. Kerosakan harta benda akibat serangan FRU dan lain - lain yang SETIA
BERKORBAN UNTUK PERDANA MENTERI.
b. Kerosakan kenderaan seperti motorsikal, kereta lori dan sebagainya,
yang mungkin mahal kos untuk memperbaikinya.
c. Kesakitan kepada mereka yang dipukul dan di aniaya, termasuk kanak -
kanak dan bayi yang terkena gas pemedih mata atau air asid.
d. Kesesakan jalanraya di kawsan perhimpunan
e. Pandangan orang - ramai serta ekspatriat tentang sikap orang Melayu
khasnya.

dan banyak lagi, contohnya mengurangkan produktivity orang -orang yang
terlibat pada hari esoknya dengan meminta MC dan tidak dapat datang
bekerja serta berbagai - bagai alasan.

Perjuangan kita memang sangat saya sokong dengan kuat tetapi kalau boleh
biarlah dengan mengikut undanag -undang dan lunas - lunas tertentu.
Jadilah seorang warga negara yang baik walaupun pemerintah zalim.

Kenyataan saya tidak bermakna saya menyokong PM, tetapi saya risau
tentang penyokong - penyokong Keadilan dan PAS serta lain-lain yang
inginkan keadilan.
Kasihanilah mereka. Tunjukan kepada mereka bahawa kita adalah berniat
baik dan berbuat baik selalu. Pemerintah yang tidak amanah, kita tidak
maafkan dan itu urusan dia dengan Allah, hanya Allah yang akan membalas
segala-galanya, jika tidak hari ini, mungkin esok, jika tidak didunia
tentunya diAkhirat kelak.

mungkin dalam diam - diam kita cuba tanamkan semangat ini kepada semua
agar dimasa depan tidak akan mengundi atau menyokong pemerintah zalim
ini.

Maafkan saya sekali lagi, kalau terkasar bahasa, Perjuangan mesti
diteruskan, Insya Allah.

Allah Maha Besar


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: budak jawa <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke