*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TERIMA KASIH


>===== Original Message From alQubah <[EMAIL PROTECTED]> =====
Assalamualaikum,

Saya rasa anda benar.Saya pun  berpendapat begitu.

Ahmad Baharudin Kasbi wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
>
> Mengulas isu semasa, antara isu-isu menarik yang dirasakan layak 
diperkatakan
> untuk tempoh seminggu yang lalu ialah ulangtahun ke-25 kematian Allahyarham
> Tun Abd Razak, isu Perpaduan Melayu  dan sedikit ulasan mengenai rombakan
> kabinet negara.
>
> Kematian Tun Razak tanggal 14 Januari 1976, walau pun mungkin hanya dikira
> sebagai satu sejarah politik bagi kebanyakan kita, tapi entah kenapa untuk
> diri saya ini, saya ditakdirkan punya nostalgia yang agak tersendiri 
mengenai
> kematian beliau ini; seolah-olahnya saya ditakdirkan untuk menjadi saksi
> sejarah, membawa memori hari kematian beliau itu hingga bila-bila.
>
> Saya ketika itu masih budak lagi, saya tak begitu pasti samada sudah pandai
> mengeja atau belum; yang saya ingat sebelum hari kematian beliau itu, saya 
tak
> pernah pun mendengar nama beliau. Mungkin dek kesibukan saya bersama
> rakan-rakan seangkatan mengejar serindik di rimba atau pun menangguk haruan 
di
> permatang menyebabkan saya tak pernah peduli dengan semua itu; lagi pun di
> kampung saya ketika dek kemiskinan keluarga, kami tak mampu memilik peti TV
> (zaman hitam putih ketika itu), jadinya saya memang tak pernah kenal siapa 
itu
> Tun Razak.
>
> Perkenalan saya dengan manusia yang bernama Tun Abdul Razak ini bermula pada
> pagi hari kematian beliau; saya tak berapa pasti sama ada hari itu  memang
> hari sekolah cuti atau pun sekolah bercuti kerana berkabung dengan pemergian
> beliau; tapi yang pastinya hari itu saya tidak ke sekolah.
>
> Saya masih ingat, pagi itu saya bersama ibu ke pinggir sungai; sambil ibu 
saya
> membasuh kain baju, saya pula sibuk bermain air dan lumpur sungai; entah 
macam
> mana, antara ingat, saya rasa ibu saya bercerita mengenai kematian Tun 
Razak;
> kata ibu ramai orang menangis bila Tun Razak meninggal. Saya tanya kenapa?
>
> Jawab ibu:
>
> "Orang semua sayang kat dia"
>
> Sejak itulah nama Tun Razak mula terpahat di memori saya. Lama sesudah itu,
> apabila berada di bangku menengah, saya mula mengenali manusia bernama Tun
> Abdul Razak ini secara lebih mendalam melalui subjek kegemaran saya iaitu 
mata
> pelajaran Sejarah.
>
> Hari ini, 25 tahun sesudah itu; ulangtahun kematian allahyarham Tun disebut
> semula. Maka, berkesempatan itu, izinkan saya menulis apa yang sejarah kata
> mengenai manusia agung bernama Tun Abdul Razak ini:
>
> Kata Sejarah, Tun banyak jasanya kepada negara terutamanya kepada 
orang-orang
> Melayu. Kata Sejarah juga, Tun bertanggungjawab membangunkan kawasan-kawasan
> luar bandar, Tun bertanggungjawab mengasaskan FELDA di mana berjuta-juta 
ekar
> tanah Pertanian getah dan sawit telah dibuka dan diberikan kepada 
orang-orang
> Melayu yang miskin tidak bertanah. Tun bertanggungjawab memberi kemudahan 
asas
> hingga di desa terpencil dan  pedalaman melalui rancangan luar bandar yang
> dimulainya pada tahun 1959. Kata Sejarah lagi, Tun yang merupakan Menteri
> Pendidikan Malaysia yang pertama,  beliau bertanggungjawab merangka dasar
> pendidikan yang menitik beratkan pencapaian anak-anak Melayu dan memberi
> penekanan kpd penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama negara; sebagai
> contohnya Tun adalah pengasas kepada kewujudan MARA yang telah memberi
> biasiswa kepada ratusan ribu anak Melayu yang hari ini rata-ratanya sudah
> menjadi golongan kelas menengah di Malaysia, dan melalui Penyata Razak pula
> bahasa Melayu telah mula dinobatkan. Kalau kita terus tanya Sejarah; banyak
> lagi yang Sejarah kata mengenai Tun yang tak mampu kita guriskan di sini.
>
> Melihat kepada senarai jasa beliau di atas; maka dari sudut politik 
perjuangan
> bangsa Melayu, wajar benarlah Allahyarham Tun  Abdul Razak digelar Sejarah
> sebagai "Bapa Pembangunan Negara"
>
> NAH- SEKARANG SUDAH 25 TAHUN BERLALU, APA PULA KATA SEJARAH MENGENAI  
KERAJAAN
> YANG ADA HARI INI?
>
> Melihat dari kacamata saya sebagai seorang anak kecil yang pernah 
bergelumang
> dengan lumpur sungai di hari kematian Tun Abdul Razak; dan kemudian
> ditakdirkan menjadi penghuni kota; saya merasakan untuk membanding jasa Tun
> Abdul Razak dengan Dr Mahathir dari sudut mendaulatkan ketuanan Melayu baik
> dari segi pemilikan hartanah, perancangan masa depan pendidikan anak-anak
> Melayu mahu pun dari segi kemajuan tamadun bahasa Melayu sebagai lingua 
franca
> adalah ibaratkan langit dengan bumi. Tun Razak lebih dekat di hati orang
> Melayu tak kira apa generasi. Sedangkan Dr Mahathir, lebih ramai orang 
Melayu
> yang mencaci berbanding sekerat dua yang memuji.
>
> Terus terang saya katakan, dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas, saya
> memberi undi kepada pembangkang faktor utamanya ialah kerana hati 'budak
> kecil' dalam diri saya itu cukup terhiris melihat apa yang telah UMNO di 
bawah
> kepimpinan Dr Mahathir lakukan terhadap peninggalan besar Allahyarham Tun
> Abdul Razak ini.
>
> Kalau dulu, Tun Razak mengambil tanah kerajaan untuk diberi kepada rakyat
> seperti Felda contohnya; tapi kini cerita orang masuk Felda  sudah jadi
> lipatan sejarah. Bilakah kali terakhir anda mendengar Felda baru dibuka? 
Kalau
> ada pun mungkin sekitar tahun 1980an iaitu saki baki tanah-tanah rancangan
> baru yang dirancang sejak zaman Tun Razak.
>
> Hari ini, keadaannya sudah terbalik; tanah orang-orang Melayu seperti tanah
> rezab simpanan Melayu makin hari makin susut, makin berkurangan atas nama
> pembangunan; kerana itu tak salah kalau kita katakan,  dari sudut isu
> pemilikan tanah orang-orang Melayu, Sejarah sedang berkata:
>
> ZAMAN TUN RAZAK, KERAJAAN AMBIK TANAH NEGARA, BAGI KEPADA RAKYAT.
> ZAMAN DR MAHATHIR, KERAJAAN AMBIK TANAH RAKYAT BAGI KEPADA NEGARA - UNTUK
> PEMBANGUNAN!!!
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke