*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*ASAL USUL SEMBAHYANG*

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah
Nabi Adam a.s., iaitu
tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke
bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa
takut yang amat sangat.
Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua
rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas
dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah
menjelma.




ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah
Nabi Ibrahim a.s.,
iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya
agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya
pada waktu tergelincir
matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya
dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan
Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan
dengan tebusan
kibas.




ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah
Nabi Yunus a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan
nun. Ikan nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika
itu telah masuk waktu
Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang
empat rakaat kerana
baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4
kegelapan iaitu:

Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.




MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib
ialah Nabi Isa a.s.,
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan
dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah Nabi Isa
lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan
dari kejahilan tersebut,
iaitu:

Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain
daripada Allah yang Maha
Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga
tohmahan ke atas ibunya
Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan
sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan
itu hanya satu iaitu
Allah jua, tiada dua atau tiga.




ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah
Nabi Musa a.s. Pada
ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan
keluar dari negeri
Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan
dukacita. Allah lalu
menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada
waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai
tanda bersyukur.

Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi
Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

Wassalam.


____________________________________________________
Dapatkan email gratis Anda di http://mail.astaga.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke