*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ salam... Nie email, ada sesiapa boleh bagi keterangan and conformation? Begin forwarded message: From: [EMAIL PROTECTED] Reference : http://www.malaysia.net/sarawak/messages/3222.html Kalaulah benar laporan Borneo Post semalam bahawa Parti KeADILan Nasional [KeADILan] Sarawak keluar dari BA, ia jelas satu kejadian yg amat tragis semasa kita bersiap sedia menghadapi Pilihanraya Negeri yg akan datang. Para KeADILan sepatutnya sedar bahawa rakyat Sarawak begitu memberi harapan besar kepada KeADILan utk membenteras politik kotor Taib dan kroninya. KeADILan patut sedar bahawa sokongan itu diberi oleh rakyat atas karisma dan pengaruh KeADILan di Semenanjung, bukan kerana kewibawaan kepimpinannya di Sarawak. Siapa itu yusuf Abdul Rahman di mata orang Sarawak? Kalau bukan kerana isu kontroversi nama Abadul Rahman di belakangnya dikaitkan dengan 'Yakub' tak ada sesiapa yg kenal Yusuf di Sarawak. Janganlah terlalu perasan sehingga merasa org Sarawak ni seolah2 semua kenal Yusuf. Dati Seri Wan Azizah jelas tersalah pilih org ketika Yusuf tak semena-mena tampil menubuhkan JK KeADILan. Yusuf sepatutnya sedar bahawa kedudukan beliau sebagai Liason Officer KeADILan Sarawak bersifat sementara sebelum pemimpin sebenarnya diketengahkan. Tapi tak nampak pun Yusuf memberi laluan walaupun dia tahu tidak mempunyai pengaruh walau sesen pun dalam KeADILan. Alasan tidak dapat bekerjasama dengan DAP dan STAR ekoran dari pertindihan calon dalam pilihanraya yang lepas menunjukkan ketidak-matangan para pimpinannya. Ini hakikat yg perlu diakui dan penulis ini bolehlah dianggap sebagai penyokong BN yg menyamar jadi penyokong BA kalau memang tidak mahu jujur pada diri sendiri. Dalam pilihanraya yg lepas sebagai sebuah parti yang baru muncul KeADILan sepatutnya lebih bersifat memberi laluan kepada parti yang sudah lama bertapak. Bahkan mereka juga perlu sedar bahawa pada hakikatnya, selain dari Protem Committee yg dibentuk di Kuching, KeADILan Sarawak bahkan tidak layak pun disebut sebagai sebuah parti. Jentera parti sebenarnya hampir tidak wujud di semua daerah. Yang ada hanyalah penyokong. Hanya calon2 KeADILan yg berasal dari ABIM sahaja yg benar2 ada jentera yg memang telah lama dimobilise melalui usrah! Sepatutnya dalam pembahagian kerusi dengan parti2 lain KeADILan mendahulukan DAP dalam kawasan yang mereka nampak lebih berpeluang seperti Bandar Kuching dan Stampin. Dengan STAR memanglah boleh berunding sedikit, kerana Presidennya pun termasuk jenis perasan yangmenyangka dia patut diberi semua kawasan majority non-muslim Bumi! Bahkan KeADILan juga patut menghormati PAS yang memang sudah berkembang sejak lama. Sebelum ditubuhkan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak, kumpulan PAS yg digerakkan oleh Ustaz Mohd Zain ( sekarang Ketua Dewan Ulama PAS Selangor ) telah pun membina pengaruh mereka sendiri di sekitar kawasan Petra Jaya. Semua parti lain, selain STAR yg perasan tadi, akur bahawa KeADILan punya peluang besar untuk memenangi semua kawasan yg bukan tradisi DAP atau STAR , dan juga PAS ( walaupun tak pernah ada calon pilihanraya). Faktor lain ialah kerakusan para veteran politik yg menyertai KeADILan untuk ikut bertanding. Ini melemahkan lagi pengaruh KeADILan terutama sekali kawasan Petra Jaya yg ditandingi oleh Wan Zainal. Maaf lah Ami Zainal... ini hakikat yg perlu diakui. Lupalah kes lampu padam tu. Kalau calon seperti Ustaz Husaini atau Zulrusydi ( Pengerusi ABIM ) diletakkan di situ, mungkin majoritynya jauh lebih besar sehingga kes lampu padam pun mungkin tidak akan memberi impact kepada kiraan undi melalui kotak seludup ( undi Pos konon !!) contohilah pemimpin veteran seperti Habsah Harun yg lebih bersedia menjadi pendorong sahaja kepada pelapis politik baru di sarawak. Datuk Habsah mungkin tahu pasti bahawa, walaupun beliau sudah berusaha memberitahu Tun Rahman jgn ikut campur, tetapi rakyat tidak mudah utk tidak mengaitkannya dengan Tun. Jadi apakah cerita di sebaliknya, sehingga KeADILan merasa mampu bersaing seorang diri di pilihanraya akan datang ? Tidak sedia 'berkongsi kasih' utk menambat hati rakyat? Bukan itu tamak namanya. Bagaimanakah rakyat akan memberi kepercayaan kepada parti yang tidak dapat bekerjasama dengan orang lain ... walau benci macamana pun mereka di bawah kepimpinan Taib. Adakah kegiatan UMNO melobi para personel KeADILan akhir2 ini memberi kesan? Adakah tawaran UMNO Sarawak untuk berganding bahu menjadi barisan pembangkang di peringkat negeri membuat KeADILan bertukar angin? Tidakkah perkara ini dibincangkan dahulu dengan para pemimpin KeADILan di luar Kuching sehingga mereka saat ini pun terpinga2 dengan keputusan ini. Last sekali .. jgn ketawa.. betulkah laporan Borneo Post tu? Ini pandangan ikhlas dari seorang penyokong yg memberi harapan supaya KeADILan dapat mepertingkatkan lagi peluangnya. Maaf kalau ada yg tersinggung ... maklumlah zaman saman-menyaman ni!! aku ~~~~~~ ------------------------------------------------------------------------ Demi keADILan - http://www.keadilan.org To subscribe, send a blank e-mail to: [EMAIL PROTECTED] To unsubscribe, send a blank e-mail to: [EMAIL PROTECTED] ------------------------------------------------------------------------ Body Paint, Chocolates, & Roses Oh My! http://click.egroups.com/1/1159/0/_/1916/_/949685225/ eGroups.com home: http://www.egroups.com/group/parti-keadilan http://www.egroups.com - Simplifying group communications ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: AbgLang <[EMAIL PROTECTED]>