*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SURIRUMAH MENGAKU TIDAK BERSALAH CEDERAKAN
PEMBANTU RUMAH

IPOH, 21 Feb (Bernama) -- Seorang surirumah berusia 44 tahun,
yang dituduh mencederakan pembantu rumahnya dengan seketul
batu pada subuh 14 Feb lepas, mengaku tidak bersalah dan minta
dibicarakan terhadap tuduhan itu.

Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Su Geok Yiam yang mendengar
kes itu menetapkan 20 dan 21 April ini sebagai tarikh perbicaraan
dan mengarahkan Cheah Lai Mooi dikenakan ikat jamin RM10,000
dengan seorang penjamin.

Cheah, yang diwakili peguam Chee Weng Weng, turut diperintah
menyerahkan pasport antarabangsanya dan semua dokumen
perjalanannya kepada mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, Cheah didakwa menyebabkan cedera
parah menggunakan seketul batu yang boleh menyebabkan
kematian terhadap Kusiah Manijan, 32, di sebuah bilik di rumah no
24, Lorong Canning, Taman Canning di sini pada kira-kira pukul
5.20 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Kesiksaan, yang jika
sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun atau
denda atau sebatan atau ketiga-tiganya sekali.

Cheah, yang kelihatan sugul di kandang tertuduh, sebelum itu
memohon melalui peguamnya supaya mahkamah tidak menyimpan
pasportnya kerana dia tidak berniat melarikan diri.

Chee berhujah bahawa Cheah, sebagai seorang surirumah yang
mempunyai kediaman tetap serta mempunyai dua anak lelaki di
sini, tidak mempunyai sebarang sebab untuk berbuat demikian.

Menurutnya suami Cheah, seorang pengurus besar sebuah kilang
besi di sini, turut memberi kerjasama baik apabila menghantar
mangsa ke hospital sebelum menyerahkan isterinya ke balai polis
pada pagi kejadian.

Bagaimanapun Hakim Su berpendapat syarat jaminan dan perintah
yang dikenakan terhadap Cheah munasabah kerana kesalahan
tertuduh adalah serius.

"Mengikut kebiasaan jaminan adalah tidak dibenarkan... sekiranya
perlu untuk tertuduh pergi ke luar negara, beliau boleh membuat
permohonan kepada mahkamah," katanya.

Timbalan pendakwaraya Abdul Rahim Mohd Noor sebelum itu
berhujah bahawa kesalahan tertuduh adalah "tidak boleh dijamin"
dan permohonan untuk mengenakan jaminan berjumlah RM10,000
itu sangat munasabah.

Suami Cheah, yang diiringi rakan dan saudara mara, membayar ikat
jamin itu pagi ini.

-- BERNAMA

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke